Ke arah menjalani gaya hidup dan persekitaran yang lebih lestari, inisiatif GET-Green bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar demi kualiti hidup yang lebih baik. Program-program di bawah teras ini memainkan peranan dalam memupuk amalan gaya hidup mesra alam sekitar di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif hijau seperti kitar dan guna semula serta pengurusan sisa buangan yang efektif.
Dalam menyambut Hari Pembersihan Sedunia dan Hari Ozon Sedunia 2023, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan di Pantai Saujana, Port Dickson sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
Dengan kerjasama daripada pihak SMW Environment dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, aktiviti pembersihan pantai serta usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai perlindungan alam sekitar itu melibatkan seramai lebih 360 orang sukarelawan daripada pelbagai organisasi serta para pelajar institusi pengajian tinggi.
Para sukarelawan telah berjaya mengumpul sebanyak 19,260 sisa pepejal termasuk puntung rokok, sudu dan garfu plastik, botol plastik serta penutup botol hasil daripada aktiviti pembersihan tersebut.
Great Eastern Takaful juga berpeluang untuk memperkenalkan inisiatif upcycling serta melaksanakan demonstrasi mesin dengan harapan untuk meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa plastik serta penghasilan barangan baharu yang berkualiti tinggi daripada sisa plastik tersebut.
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah menyampaikan taklimat kesedaran alam sekitar dan memperkenalkan inisiatif upcycling kepada seramai 257 pelajar SK Subang pada 7 September 2023.
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) amat berbesar hati kerana dapat berkongsi ilmu dan memberi kesedaran alam sekitar dan pengenalan kepada inisiatif upcycling kepada 183 pelajar dari SMK Abdul Jalil pada 12 September 2023.
>>Baca selanjutnya
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) terus menerapkan budaya kitar semula dalam kalangan warga kerjanya dengan menganjurkan GET-Up Battle, iaitu pertandingan kitar semula dalam usaha untuk menggalakkan semua pekerja membuat pilihan yang baik dalam menguruskan plastik
>>Baca Selanjutnya
Great Eastern Takaful Berhad (GETB) amat berbesar hati dapat memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar kepada lebih 230 kru mySalam bertempat di Putrajaya dan Sarawak pada bulan Mac 2023.
Great Eastern Takaful telah menjayakan program kesedaran alam sekitar kepada 100 orang pelajar di SMK Lembah Subang dengan kerjasama Eco Garage dan Sea Monkey Project pada 26 Januari 2023
>>Baca selanjutnya
Bertemakan 'dare to be different, we do it right’, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah mencatatkan Malaysia Book of Records
Great Eastern Takaful telah menganjurkan Upcycling Workshop khas buat mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Malaya pada bulan Disember 2022.
Great Eastern Takaful dengan kerjasama Sea Monkey Project telah menganjurkan bengkel Upcycling bersama komuniti setempat yang hadir ke Taman Tugu Malaysia pada bulan Oktober 2022.
Great Eastern Takaful telah mengambil langkah yang lebih proaktif dalam membendung isu pencemaran plastik dengan mengadakan sesi latihan teknikal mengenai penggunaan mesin upcycling kepada warga kerja GETB.
>>Baca selanjutnya
Memanfaatkan amalan pendigitalan dan perniagaan mampan, Great Eastern Takaful mengambil langkah yang lebih besar ke arah operasi perniagaan lestari berdasarkan Takaful Perantaraan Berasaskan Nilai (VBIT), yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
>>Baca selanjutnya