Pada musim wabak ini, kita semua haruslah lebih berhati-hati. Sakit dan ajal ini bukan dalam kawalan kita. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan” kita perlu sentiasa bersedia untuk apa jua situasi yang melibatkan kesihatan diri kita dan keluarga. Sebagai manusia, kita boleh cuba sedaya upaya untuk mencegah penyakit dan berusaha untuk bersedia jika kita jatuh sakit. Cara mencegah penyakit adalah pengetahuan am bagi orang ramai. Makan makanan seimbang, selalu bersenam dan menjaga kebersihan, semuanya mudah untuk dilakukan dalam kehidupan seharian. Persediaan untuk penyakit sedikit rumit kerana jika anda jatuh sakit, anda harus bersedia dari segi perubatan, penjagaan dan kewangan. Salah satu solusi untuk perkara ini adalah melalui Takaful Perubatan dan Kesihatan. Berita baik buat anda, kini anda boleh mendapatkan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan secara atas talian di dalam usaha untuk mengekang wabak Covid-19 melalui i-Great Medi Care dan i-Great Critical Care.