1. Langkah Interim Penetapan Semula Kos Perubatan – Soalan Lazim Kini Tersedia
Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim yang telah dikemas kini atau hubungi kami di 1300-13-8338 (tekan 6) untuk bantuan lanjut.
 

2. Penggantungan Sementara Permohonan DDA
Bermula 16 Januari 2025, permohonan baharu untuk Kebenaran Debit Terus (DDA) akan digantung buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Ketahui lebih lanjut
 

3. Bayar Caruman Anda dengan Mudah melalui i-Great In Touch (iGIT)
Guna iGIT untuk membuat bayaran caruman anda dengan selamat. Elakkan membuat bayaran melalui pihak ketiga.

Anugerah, penghargaan dan pencapaian Great Eastern Takaful

Sepanjang tahun-tahun yang lalu, Great Eastern Takaful telah menerima penghormatan dengan pelbagai anugerah dan penghargaan yang diberikan kepada kami melalui ketabahan, semangat, dan komitmen yang ditunjukkan oleh perunding takaful, warga kerja, dan seluruh organisasi kami. 

Majlis Anugerah Kecemerlangan HR 2025
Majlis Anugerah Kecemerlangan HR 2025

Great Eastern Takaful terus #MencapaiKejayaan dengan memenangi tiga anugerah termasuk dinobatkan sebagai The Best HR Team (SME) dan turut memenangi anugerah Excellence in Championing Women Leaders dan Excellence in Cross-Generational Workforce Engagement dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan HR 2025 yang dianjurkan oleh Human Resources Online.

Pencapaian ini amat bermakna buat seluruh warga kerja Great Eastern Takaful yang sentiasa berpegang kepada nilai Purpose, Passion dan Performance dalam setiap usaha yang dilakukan.

The BrandLaureate BestBrands Awards 2025 : The Best Takaful Provider
The BrandLaureate BestBrands Awards 2025 : The Best Takaful Provider

Great Eastern Takaful telah dinobatkan sebagai 'The Best Takaful Provider' pada malam penganugerahan The BrandLaureate BestBrands Awards 2025. Anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan yang mengiktiraf usaha gigih seluruh warga kerja dan para perunding takaful dalam melindungi rakyat Malaysia. Kami juga turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan para pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami.

Great Eastern Takaful kekal komited dalam menyediakan perlindungan takaful yang bermakna kepada rakyat Malaysia. Melalui pengiktirafan ini, kita telah #MencapaiKejayaan bersama dan kemenangan ini adalah untuk semua!

Takaful Star Awards 2025
Takaful Star Awards 2025

Great Eastern Takaful meraikan satu lagi pencapaian penting pada tahun ini dengan merangkul sembilan anugerah kecemerlangan di Takaful Star Awards 2025, anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Antara peristiwa bermakna ialah anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan perunding takaful Great Eastern Takaful, termasuk Ejen Baharu Terbaik, Pengurus Unit Terbaik, Pengurus Agensi Terbaik dan Ejen Terbaik. Di bawah kategori Perniagaan Takaful Keluarga Berkelompok, Great Eastern Takaful telah merangkul Anugerah Pengeluar Perniagaan Berkelompok Terbaik dan Agensi Korporat Perniagaan Berkelompok Terbaik.

Mencapai KEJAYAAN: Great Eastern Takaful Raikan Tiga Kemenangan Anugerah Kecemerlangan HR
Mencapai KEJAYAAN: Great Eastern Takaful Raikan Tiga Kemenangan Anugerah Kecemerlangan HR

Great Eastern Takaful terus Mencapai Kejayaan dengan meraih 3 anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan HR 2024 yang telah dianjurkan oleh Human Resources Online. Dinobatkan sebagai ‘Best HR Team (SME)' dan memenangi tempat pertama bagi kategori ‘Excellence in Workforce Flexibility’ serta tempat kedua bagi kategori ‘Excellence in Cross-Generational Workforce Engagement’, pencapaian ini amat bermakna buat seluruh warga kerja Great Eastern Takaful.

Anugerah Inisiatif - Malaysia oleh Anugerah ESGBusiness 2024
Anugerah Inisiatif - Malaysia oleh Anugerah ESGBusiness 2024

Great Eastern Takaful menerima penganugerahan Anugerah Inisiatif - Malaysia untuk Program Upcycling di ESGBusiness Awards 2024 yang diadakan di Singapura.

Anugerah ESGBusiness meraikan organisasi yang menerajui langkah ke arah masa hadapan lestari, sekaligus mengiktirafkan mereka yang membuktikan kepimpinan cemerlang dalam sektor alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG). Pengiktirafan berprestij ini adalah lambang dedikasi dan usaha gigih seluruh pasukan Great Eastern Takaful dalam merangka penyelesaian takaful yang inovatif serta menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik dalam mempromosikan kelestarian.

Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2024 oleh GIFA
Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2024 oleh GIFA

Great Eastern Takaful sekali lagi dianugerahkan sebagai Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA).

GIFA merupakan satu platform berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan dalam industri kewangan global, meraikan institusi dan individu yang telah menyumbang dalam sektor kewangan Islam. Anugerah ini mencerminkan komitmen teguh Great Eastern Takaful dalam menyediakan perlindungan takaful terbaik dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan serta komuniti, sambil memperkukuh dedikasi syarikat ke arah kecemerlangan dan inovasi dalam industri.

Anugerah Majikan Terbaik Kincentric 2023
Anugerah Majikan Terbaik Kincentric 2023

Great Eastern Takaful Berhad (GETB), selaku pengendali takaful keluarga telah mencatatkan kejayaan baharu melalui penganugerahan Majikan Terbaik Kincentric 2023.

Diperkukuhkan dengan data terkumpul selama 20 tahun berkenaan pengalaman pekerja, anugerah Majikan Terbaik Kincentric mengiktiraf organisasi terkemuka di peringkat antarabangsa. berdasarkan penanda aras yang paling objektif yang ada, iaitu pendapat para pekerja. Kelainan yang dibawakan oleh anugerah ini adalah  dengan menekankan faktor-faktor penting untuk meningkatkan penglibatan pekerja, memupuk kecekapan, menyerlahkan  kepemimpinan, dan mengekalkan fokus terhadap bakat pekerja. 

Takaful Star Awards 2023
Takaful Star Awards 2023

MTA mengiktiraf kecemerlangan Great Eastern Takaful dengan 7 anugerah berprestij.

Di bawah kategori Perniagaan Takaful Keluarga Individu, GETB dianugerahkan Top Agency Manager Group dan Quality Business Award (Leader) manakala bagi kategori Perniagaan Takaful Keluarga Berkelompok, GETB menerima 2 anugerah iaitu Top Group Business Producer (Individual Agent/Sole Proprietor) dan Top Group Corporate Agency di samping 3 anugerah di bawah kategori khas iaitu Member Companies Top Agency/Agent/Intermediaries, Value-Based Intermediation for Takaful Award, dan Rising Takaful Leader.

Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2023
Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2023

Great Eastern Takaful telah dianugerahkan sebagai Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik 2023 Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2023.

GIFA merupakan satu anugerah kewangan islamik paling berprestij di peringkat antarabangsa. Ia mengiktiraf badan kerajaan, institusi dan individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam industri, yang turut menyumbang kepada kemampanan kewangan dan perbankan islam dalam struktur kewangan global.

Anugerah Jenama Paling Dihargai 2023 - Penyelesaian Takaful
Anugerah Jenama Paling Dihargai 2023 - Penyelesaian Takaful

Great Eastern Takaful Berhad telah merangkul anugerah Most Valuable Brand 2023 – Takaful Solutions oleh BrandLaureate BestBrands Awards 2022/2023.

Anugerah yang telah dilancarkan pada tahun 2006 ini adalah anugerah penjenamaan yang paling berprestij dan terkemuka di peringkat antarabangsa. Anugerah ini mengenalpasti jenama unggul di platform antarabangsa dan meningkatkan daya saing nilai penjenamaan mereka.

Anugerah Penyedia Takaful Terbaik Malaysia 2022
Anugerah Penyedia Takaful Terbaik Malaysia 2022

Great Eastern Takaful telah dianugerahkan sebagai Penyedia Takaful Terbaik Malaysia oleh Global Business Outlook 2022.

Anugerah ini memberi pengiktirafan serta penghargaan atas pencapaian organisasi di peringkat antarabangsa khususnya dalam mendorong prestasi cemerlang syarikat dan pemimpin perniagaan di seluruh industri. Penerima anugerah ini dinilai berdasarkan prestasi, inovasi dan dorongan dalam mencipta nilai tambah industri.

Anugerah Jenama Terbaik 2021 - Penyelesaian Takaful
Anugerah Jenama Terbaik 2021 - Penyelesaian Takaful

Great Eastern Takaful telah memenangi The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Awards 2021 – Brand of the Year – Takaful Solutions.

Penerima anugerah Brand of the Year ini dinilai berdasarkan inovasi dalam pembangunan produk, penyesuaian dalam mematuhi industri Shariah, penglibatan pelanggan dan keupayaan untuk memberi kesan kepada komuniti melalui penawaran produk dan perkhidmata

Inisiatif CSR Malaysia 2020
Inisiatif CSR Malaysia 2020

Great Eastern Takaful Berhad telah dinobatkan sebagai penerima Inisiatif CSR Tahun 2020 - Malaysia oleh Insurance Asia Awards yang berprestij, di mana kriteria tertinggi ditetapkan ke atas penerima anugerah, penanda aras yang digunapakai adalah dari sudut keunikan projek, inovasi, keberkesanan, impak dan dinamisme.

Anugerah Jenama Paling Dihargai 2020 - Penyelesaian Takaful
Anugerah Jenama Paling Dihargai 2020 - Penyelesaian Takaful

Great Eastern Takaful Berhad telah dinobatkan “BrandLaureate’s Most Valuable Brand Award – Takaful Solutions” oleh BrandLaureate Award berprestij yang yang mengiktiraf dan menghargai inovasi, inspirasi dan intergriti.

Penerima Anugerah “BrandLaureate’s Most Valuable Brand Award” dinilai atas dasar strategi jenama, budaya jenama, komunikasi jenama yang luar biasa, ekuti jenama dan prestasi jenama.

Inisiatif Takaful Terbaik 2019
Inisiatif Takaful Terbaik 2019

Kami telah memenangi anugerah ‘Insurance Initiative of the Year’ daripada Insurance Asia untuk i-Gr8 Harapan dan salah satu sebab kemenangan adalah kerana ia menyediakan perlindungan takaful mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Pengendali Takaful Paling Pesat Berkembang 2018
Pengendali Takaful Paling Pesat Berkembang 2018

Sedang kami menyambut ulangtahun kami yang ke-8, kami telah dianugerahkan dengan Anugerah Pengendali Takaful Paling Pesat Berkembang 2018 oleh Anugerah Kewangan Antarabangsa.

Anugerah Kewangan Antarabangsa adalah platform yang mengiktiraf bakat industri, kemahiran kepimpinan, nilai bersih industri dan keupayaan global yang dianjurkan oleh Kewangan Antarabangsa iaitu sebuah penerbitan analisis premium dan perniagaan di United Kingdom.

Pengendali Takaful Terbaik (Asia) 2013
Pengendali Takaful Terbaik (Asia) 2013

Pada 2013, kami diiktirafkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik (Asia) untuk penyelesaian kewangan dan perlindungan bertaraf dunia dan berlandaskan Syariah. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut kami diberi penghormatan oleh Anugerah Islamic Business & Finance yang merupakan salah satu anugerah paling berprestij dalam industri kewangan Teluk.

Institusi Islam Baru Terbaik 2012
Institusi Islam Baru Terbaik 2012

Dua tahun selepas pembentukan kami pada Disember 2010, kami sekali lagi menerima pengiktirafan oleh Anugerah Islamic Business & Finance sebagai Institusi Islam Baru Terbaik 2012.  

2012 menandakan tahun ketujuh Anugerah Islamic Business & Finance diadakan bagi mengiktiraf, menggalakkan dan mengganjarkan komuniti perniagaan dan kewangan Islam antarabangsa.

Pengendali Takaful Baru Terbaik 2011
Pengendali Takaful Baru Terbaik 2011

Kurang setahun setelah ditubuhkan pada Disember 2010, kami diiktirafkan sebagai Pengendali Takaful Baru Terbaik 2011 oleh Anugerah Islamic Business & Finance.

Anugerah Islamic Business & Finance ini adalah salah satu anugerah paling berprestij dalam industri kewangan Teluk dan ia merupakan suatu penghormatan buat syarikat baru kami.

Anugerah Pengurus Muda Terbaik 2019
Anugerah Pengurus Muda Terbaik 2019

Nurul Sheila Khalib, Ketua Pembangunan Produk, merupakan penerima anugerah berprestij Pengurus Muda Terbaik daripada Persatuan Takaful Malaysia. Ciri-ciri yang diperlukan oleh penerima anugerah ini adalah inovasi dan kreativiti dalam menjalankan inisiatif syarikat dan mengurus perniagaan serta pasukan. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Produk dan Pemasaran pada Oktober 2019.

Anugerah Pengurus Muda Terbaik 2020
Anugerah Pengurus Muda Terbaik 2020

Abir Abdul Rahim, Ketua Talian Digital, menerima anugerah Pengurus Muda Terbaik dan merupakan kemenangan kedua bagi pekerja Great Eastern Takaful. Kriteria ketat ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia ke atas pengiktirafan termasuk menyumbang ke syarikat dan industri takaful secara positif serta aktif mempromosikan agenda kesedaran takaful

Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat 2020
Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat 2020

Anugerah ini merupakan satu penerimaan sangat bermakna bagi Great Eastern Takaful kerana tujuan takaful adalah untuk bersama-sama membantu yang lebih memerlukan. Antara projek yang telah dijalankan adalah pemasangan solar dan sistem penyucian air kepada sebuah komuniti yang terdiri daripada 400 penduduk kampung sejak 2018, pemerkasaan wanita dan kanak –kanak melalui insiatif peningkatan kemahiran serta pertanian masyarakat