Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Great Eastern Takaful Logo

Saluran Alternatif menerusi Bancatakaful

Sebagai syarikat Takaful yang menawarkan produk-produk Takaful Keluarga dan Takaful Kredit secara holistik, jaminan jenama kami adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan kami bagi setiap tahap kehidupan mereka, baik dari segi perlindungan yang diperlukan, matlamat kewangan, bajet mahupun tahap risiko yang mampu diambil.

Great Eastern Takaful Berhad berusaha untuk menjangkaui kemungkinan perubahan dalam kehendak pelanggan bagi membolehkan kami menyediakan solusi Takaful yang dapat memenuhi kehendak perlindungan dan kewangan mereka.  

Tambahan pula, teras utama kejayaan kami dibina di atas kebolehan dan pengalaman kami dalam memberikan khidmat pelanggan yang terbaik melalui rangkaian rakan perniagaan kami:

  • Affin Islamic Bank Berhad
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • MBSB Bank Berhad
  • OCBC Al-Amin Bank Berhad
     

Great Eastern Takaful Berhad disokong oleh Kumpulan Great Eastern yang merupakan jenama yang kukuh dan dihormati serta menitikberatkan kepakaran dan pengalaman dalam sektor perlindungan selama lebih dari satu abad.

Jenama kami diperkukuhkan lagi dengan kelebihan sinergi dan perkongsian pengalaman serta kejayaan di antara rakan-rakan perniagaan kami di Asia Tenggara yang menjadi tunjang utama kepercayaan terhadap jenama kami sehingga kini.

Anugerah-anugerah yang telah kami perolehi membuktikan kehebatan jenama kami dalam menyediakan solusiperlindungan Takaful yang kukuh dan inovatif.

Kini, dalam keadaan pasaran yang dinamik serta sentiasaberubah, kepantasan dan skala pencapaian dalam pemasaran adalah penting bagi kami untuk berdaya saing. Oleh itu, kami sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama baharu (juga kerjasama melalui rangkaian digital) untuk pembangunan perniagaan Takaful yang lestari dan mantap bagi semua rakan perniagaan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di  GETB_PARTNERSHIP@greateasterntakaful.com

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo