Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan? Kami di sini sedia membantu.
- Apa itu fasal bunuh diri?
Fasal ini mensyaratkan bahawa pembayaran tidak akan dibuat bagi kematian akibat bunuh diri, sama ada dalam keadaan siuman atau tidak, dalam tempoh satu tahun dari tarikh pengeluaran atau tarikh pengembalian semula sijil.
- Apa itu tempoh boleh tanding?
Dalam tahun pertama sijil dikeluarkan, pengendali takaful berhak untuk membatalkan sijil kerana pendedahan yang tidak dibuat, tanpa perlu membuktikan kepalsuan atau penyalahtafsiran penting.
- Siapa yang layak untuk mengesahkan dokumen-dokumen tuntutan?
- Pegawai Tuntutan/Cawangan
- Pesuruhjaya Sumpah
- Notari Awam
- Peguam bela & Peguam cara
- Jaksa Pendamai
- Ahli Parlimen
- Ketua Balai Polis
- Penghulu
- Pegawai Daerah
- Bagaimana cara membuat tuntutan kematian?
Senarai Keperluan Tuntutan Kematian:
- Borang Tuntutan Kematian
- Kontrak sijil asal
- Sijil Kematian/Permit Pengebumian
- Akuan Berkanun (jika sijil/surat ikatan hilang atau termusnah
- Surat ikatan penyerahan hak
Kematian akibat Penyakit
Kematian akibat Kemalangan
- Borang Tuntuan Manfaat Kematian Kemalangan
- Laporan polis/laporan Penyiasatan Polis
- Laporan pembedahan mayat
- Laporan toksikologi (jika berkaitan)
Kematian Luar Negara
- Sijil Kematian mesti mendapat pengesahan daripada Kedutaan Malaysia atau Konsulat
Lain-lain
- Bukti Umur Si Mati (KP/Pasport/Sijil Kelahiran)
- Bukti Pertalian antara Si Mati & Penuntut (Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran Anak)
- Surat Pemberikuasaan/Kebenaran (dilengkapkan oleh Waris Terdekat)
- Pemberikuasaan untuk Memungut Tuntutan(-tuntutan) Cek(-cek) Pembayaran
- Apa itu Aktiviti Kehidupan Harian (ADL)?
Aktiviti Kehidupan Harian adalah kegiatan rutin yang dijalankan untuk tujuan kebersihan diri dan kesihatan (contohnya berpakaian, makan, mobiliti, menggunakan tandas, bergerak dan membasuh) yang penting untuk kehidupan berdikari.
- Apa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan penyakit kritikal?
Penyakit |
Bukti Perubatan |
---|
Kanser |
Laporan histopatologi |
Strok |
Imbas CT/Imbas MRI |
Serangan Sakit Jantung |
Enzim kardium (Troponin T, CK, CKMB), ECG, laporan Ekokardiogram |
Pembedahan Pintas Arteri Koronari |
Laporan pembedahan pintas arteri koronari, laporan Angiogram dan laporan Ekokardiogram |
Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Serius |
Laporan Angiogram dan laporan Ekokardiogram |
Kegagalan Ginjal |
Laporan dialisis, Ultrabunyi atau laporan Imbas CT, Ujian fungsi renal, Urinalisis |
Tumor Otak Benigna |
Laporan histopatologi atau Imbas CT/ laporan MRI |
Pembedahan Otak |
Kraniotomi/ laporan pembedahan otak, laporan Imbas CT |
- Apa sebab-sebab lazim pengendali takaful menolak tuntutan?
- Tidak membuat pendedahan penting
- Sijil tidak berkuatkuasa
- Luput setelah tempoh tangguh (biasanya dalam tiga tahun pertama sejak dikeluarkan)
- Luput kerana kehabisan nilai tunai
- Bunuh diri dalam masa satu tahun setelah dikeluarkan
- Masuk hospital atau Kejadian Dilindungi berlaku dalam tempoh menunggu
- Kejadian termasuk dalam risiko terkecuali
- Masuk hospital kerana alkoholisme atau penyalahgunaan bahan
- Kejadian yang tidak termasuk di bawah liputan perlindungan
- Tiada kemasukan ke hospital, hanya rawatan pesakit luar
- Kejadian berlaku akibat penyakit dan bukan kemalangan
- Kejadian berlaku sebelum tarikh permulaan sijil
- Hilang upaya atau penyakit tidak memenuhi definisi atau terma dan syarat sijil
- Di mana saya boleh mendapatkan borang tuntutan?
Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini. Borang tuntutan juga boleh didapati di cawangan-cawangan dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami. Anda boleh menghubungi ejen anda atau talian perkhidmatan pelanggan kami di 1 300 13 8338 untuk bantuan.
Nota: Perkara yang tersenarai mungkin tidak lengkap dan syarikat berhak untuk meminta maklumat/dokumen lanjut.
Bagi pelanggan, sila kunjungi portal pelanggan kami di https://igetintouch.greateasterntakaful.com. Bagi ejen, sila kunjungi igreatpartner.greateasterntakaful.com atau hubungi kami di talian 1 300 13 8338.
Kembali ke atas
Kaunter
Pembayaran Langsung
Jika anda ingin membuat pembayaran secara peribadi, anda boleh melawat kaunter kami di Cawangan Great Eastern Malaysia.
Hantar kepada kami
Cek mesti dipalang dan dibayar kepada "Great Eastern Takaful Berhad" dan nombor sijil anda, nama dan nombor telefon hendaklah tertera di belakang cek tersebut. Sila hantar kepada alamat berikut:
Great Eastern Takaful Berhad
PETI SURAT 13042
50796 Kuala Lumpur
Malaysia
Pembayaran Automatik
Ia adalah kaedah yang mudah dan selamat. Dengan menggunakan Pembayaran Automatik, kami akan secara automatik memotong caruman anda dari akaun bank atau kad kredit anda.
Kaedah Pembayaran |
Panel Bank |
Borang & Dokumen Diperlukan |
Catatan |
---|
Kad Kredit (Easi Pay) |
VISA/Mastercard yang dikeluarkan oleh bank di Malaysia |
Borang Perkhidmatan Easi Pay |
|
GIRO (Autodebit) |
- Malayan Banking Berhad
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Malaysia
- Bank Simpanan Nasional
- CIMB Bank Berhad
|
Borang Auto Debit (BSN, MBB, CIMB, RHB, PBB) |
- Borang boleh didapati di bank peserta (BSN, MBB, CIMB, RHB, PBB)
- Borang mesti disahkan dan diluluskan oleh bank terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Great Eastern Takaful.
|
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
|
|
- Borang 1/79 BPA
- Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
- Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
|
Hanya untuk sesiapa yang bekerja dengan badan kerajaan |
Direct Debit Authorisation (DDA) |
27 Ahli Bank (Klik sini untuk butiran) |
Borang Direct Debit Authorisation (DDA) |
- Hanya untuk akaun simpanan dan semasa
- Terma & syarat untuk melanggan perkhidmatan DDA
|
Setelah melanggan perkhidmatan Pembayaran Automatik, anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan di bawah untuk memastikan sijil takaful anda mendapat perlindungan yang berterusan.
Untuk menyemak kad kredit atau nombor akaun bank anda telah didaftarkan dengan betul mengikut arahan anda.
Untuk menyemak penyata akaun anda kad kredit atau akaun bank anda dengan kerap untuk mengesan jika terdapat sebarang ketidakteraturan yang berkaitan dengan potongan caruman.
Jika anda mengesyaki apa-apa potongan yang tidak dibenarkan telah dibuat ke akaun anda atau lain-lain penyelewengan mengenai potongan caruman anda telah dilakukan, anda harus memberitahu bank anda dan Great Eastern Takaful Berhad dengan segera.
Bank yang mengambil bahagian dalam Kaedah Pembayaran Direct Debit Authorization (DDA)
No. |
Nama Bank |
Kod Bank |
---|
1 |
CIMB Bank Berhad |
CIMB |
2 |
Bank Islam Malaysia Berhad |
BIMB |
3 |
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad |
BKRM |
4 |
Citibank Berhad |
CITI |
5 |
Deutsche Bank Malaysia Berhad |
DBB |
6 |
Hong Leong Bank Berhad |
HLBB |
7 |
HSBC Bank Malaysia Berhad |
HSBC |
8 |
Malayan Bank Berhad |
MBB |
9 |
OCBC Bank Malaysia Berhad |
OCBC |
10 |
Public Bank Berhad |
PBB |
11 |
RHB Bank Berhad |
RHB |
12 |
Standard Chartered Bank Mlaysia Berhad |
SCB |
13 |
Bank of America Merrill Lynch |
BOFA |
14 |
J.P. Morgan Chase Bank |
JPMC |
15 |
BNP Paribas |
BNPP |
16 |
Industrial and Commercial Bank of China |
ICBC |
17 |
United Overseas Bank |
UOB |
18 |
Affin Bank Berhad |
ABB |
19 |
Alliance Bank Malaysia Berhad |
ABMB |
20 |
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad |
BTMU |
21 |
Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad |
SMBC |
22 |
Bank Pertanian Malaysia |
AGRO |
23 |
Bank of China (Malaysia) Berhad |
BOCM |
24 |
Bank Muamalat Malaysia Berhad |
BMMB |
25 |
Al-Rajhi Bank |
ARM |
26 |
Mizuho Bank (Malaysia) Berhad |
MCBM |
27 |
AmBank Malaysia Berhad |
AMBB |
Arahan Tetap
Anda haruslah berhubung dan berdaftar dengan bank anda untuk menikmati perkhidmatan arahan tetap.
Perbankan Internet
JomPAY
Anda boleh membayar caruman melalui internet dan bebas daripada caj perkhidmatan dari akaun Semasa atau Simpanan dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang tertera di bawah:
Langkah 1 |
Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPAY |
---|
Langkah 2 |
Masukkan 16899dalam medan Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - FAMILY |
---|
Langkah 3 |
Masukkan Nombor Sijil 10-digit anda dalam "Ref-1"
Contoh: 4004000000 |
---|
Langkah 4 |
Masukkan Nombor Telefonanda di "Ref-2" |
---|
Langkah 5 |
Masukkan Jumlah Carumananda |
---|
Langkah 6 |
Tambah Biller sebagai "Kegemaran" |
---|
Untuk senarai bank yang menyertai, sila rujuk http://www.jompay.com.my
Perbankan Internet
Anda boleh membayar caruman anda melalui perbankan internet. sekiranya anda mempunyai akaun di mana-mana bank di bawah, anda boleh log masuk ke laman web tersebut dan melakukan perbankan internet.
Malayan Banking Berhad |
www.Maybank2U.com.my |
Public Bank Berhad |
www.PbeBANK.com.my |
CIMB Bank |
www.cimbclicks.com.my |
Klik sini untuk Garis Panduan Perbankan Internet.
Kembali ke atas
Apakah e-Penyata?
Ia adalah dokumen elektronik yang dikeluarkan kepada sijil Takaful dengan penyata tahunan yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2019 (“Tarikh Kuatkuasa”). Bermula dari Tarikh Kuatkuasa, anda tidak lagi akan menerima salinan cetakan penyata anda daripada kami. Anda kini boleh melihat dan mendapatkan penyata anda mengikut kesenangan anda secara dalam talian di i-Get In Touch.
Apakah jenis-jenis e-Penyata yang terdapat dalam i-Get In Touch?
I. Penyata Caruman Takaful Keluarga
II. Penyata Tahunan berkaitan pelaburan
III. Penyata Tahunan Akaun Individu Peserta
Bagaimanakah saya tahu e-Penyata saya terdapat dalam i-Get In Touch?
Anda akan menerima SMS / pemberitahuan e-mel ke telefon bimbit / alamat e-mel berdaftar anda apabila pernyataan anda dikemas kini dan tersedia dalam i-Get In Touch.
Bolehkah saya menukar alamat e-mel berdaftar saya?
Ya, anda boleh mengemas kini alamat e-mel anda di i-Get In Touch> Akaun Saya> Lihat Profil atau dengan melengkapkan Borang Permohonan bagi Perubahan Butiran Diri (PSF01A).
Berapa tahun penyata saya boleh perolehi dalam i-Get In Touch?
Anda boleh mengakses e-penyata anda sehingga 5 tahun yang lalu di Portfolio Saya> e-Dokumen
Apakah format e-Penyata saya?
Semua e-Penyata adalah dalam format PDF (Fail Dokumen Mudah Alih) yang boleh dibaca menggunakan Adobe Acrobat Reader (versi 5 dan keatas).
Berapa cepat saya boleh melihat penyata saya selepas saya mendaftar untuk i-Get In Touch?
Anda boleh log masuk dan melihat e-penyata dengan serta-merta.
Bolehkah saya memilih untuk mendapatkan salinan penyata?
Tidak, kerana penyata ini telah tersedia didalam i-Get In Touch. Anda boleh log masuk pada bila-bila masa untuk memuat turun dan mencetak e-penyata anda mengikut kesenangan anda.
Bagaimana boleh saya mendaftar untuk i-Get In Touch?
Sila klik di sini untuk panduan mendaftar i-Get In Touch.
Kembali ke atas
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat mengenai Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan?
Sila klik di sini untuk Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan. Panduan ini memberikan anda maklumat umum mengenai bagaimana Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan anda berfungsi, faktor-faktor yang mungkin boleh mengurangkan nilai dana anda dan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menikmati perlindungan Takaful sepanjang tempoh sijil anda.
Kembali ke atas