Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK (P) Methodist dan SK Semabok, Melaka

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK (P) Methodist

Great Eastern Takaful “Upcycling Champion”, atau yang baru diperkenalkan sebagai Skuad Hero Lestari, meneruskan Program Jelajah Upcycling untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah dan komuniti.

Pada 21 Mei 2024, lebih 500 pelajar dari SK (P) Methodist dan SK Semabok di Melaka terlibat dalam sesi praktikal mengenai cara mengendalikan mesin upcycling 2-dalam-1 yang mengubah sisa plastik menjadi produk baharu. Lebih daripada 100 barangan hasil semula yang terhasil sepanjang sesi tersebut berlangsung. Inisiatif ini yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian dan gaya hidup hijau, telah diterima baik oleh para pelajar dengan peluang yang diberikan kepada mereka untuk menghasilkan barangan hasil semula serta terinspirasi untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk hasil semula di rumah. Skuad Hero Lestari juga mengambil peluang ini untuk meningkatkan literasi kewangan terutamanya dalam menyimpan dan menjana pendapatan tambahan daripada aktiviti kitar dan hasil semula.

Program Jelajah Upcycling adalah melangkaui program pendidikan kebiasaannya yang mana ia merupakan seruan untuk tindakan berterusan oleh para pelajar. Great Eastern Takaful berharap untuk memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi individu yang peka terhadap perlindungan alam sekitar. Bersama-sama, kita boleh Mencapai Kejayaan dan mencipta masa depan yang lebih lestari.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM