Ringkasan profil Great Eastern Takaful Berhad
Sejarah Kami
Great Eastern Takaful Berhad adalah syarikat usaha sama antara i Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad. Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, Great Eastern Takaful komited dalam menyediakan produk perlindungan takaful keluarga komprehensif yang memberi perlindungan kesihatan dan kewangan patuh syariah dalam usahanya untuk merapatkan jurang perlindungan di kalangan rakyat Malaysia, termasuk kumpulan berpendapatan rendah (B40). Menzahirkan pendekatan Takaful untuk Semua, operasi perniagaan GETB disokong oleh pelbagai saluran pengedaran, rakan perniagaan korporat dan perbankan untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dan memenuhi keperluan perlindungan para pelanggan.
Melangkaui operasi perniagaan, Great Eastern Takaful juga giat menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial yang memfokuskan teras tanggungjawab sosialnya – Financial Literacy (GREAT-Pintar) dan Meningkatkan Kualiti Hidup (GREAT-Care) demi kesejahteraan masyarakat.
Aspirasi Great Eastern Takaful untuk mencapai kejayaan bersama rakyat Malaysia adalah terbukti melalui pelbagai anugerah dan pengiktirafan tempatan dan antarabangsa. Antara pengiktirafan terkini adalah “Most Valuable Brand – Takaful Solutions” oleh The BrandLaureate BestBrands Awards, “Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik” oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) serta pelbagai anugerah Takaful Star Awards oleh Persatuan Takaful Malaysia pada tahun 2023. Tahun 2024 menyaksikan Great Eastern Takaful diperakui sebagai “Majikan Terbaik” oleh Anugerah Majikan Terbaik Kincentric, dianugerahkan sebagai “Penyedia Penyelesaian Takaful Terbaik” oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA), diiktiraf dengan “Anugerah Inisiatif – Upcycling” oleh ESGBusiness Awards di samping menerima beberapa anugerah lain daripada HR Excellence Awards 2024. Pada tahun 2025, Great Eastern Takaful sekali lagi dinobatkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik oleh The BrandLaureate BestBrands Awards selain memenangi tiga anugerah daripada HR Excellence Awards 2025. Pada tahun 2026, Great Eastern Takaful terus memperkukuh pencapaiannya dengan pelbagai kemenangan di Takaful Star Awards 2026 anjuran Malaysian Takaful Association, di samping menerima pengiktirafan di Employee Experience Awards 2026 atas inisiatif kecemerlangan sumber manusia.
Pihak Kerajaan juga telah melantik Great Eastern Takaful sebagai pengurus skim mySalam, yang merupakan skim perlindungan kesihatan nasional yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.
Great Eastern Cares
Di bawah inisiatif Great Eastern Cares, Great Eastern Takaful komited untuk menghasilkan impak yang positif dan bermakna dalam komuniti yang kami layani. Berpandukan nilai dan tujuan kami, kami berusaha untuk menyumbang secara bertanggungjawab melalui pelbagai inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan, keprihatinan dan pembangunan mampan selaras dengan prinsip Syariah.
Usaha kami tertumpu kepada dua tonggak utama, iaitu Meningkatkan Kualiti Kehidupan dan Memperkasa Literasi Kewangan. Melalui kedua-dua tonggak ini, kami menyasarkan untuk menyokong individu dan keluarga dalam membina masa depan yang lebih baik di samping menggalakkan amalan yang bertanggungjawab dan berhemah.
Dalam memperkasa literasi kewangan, kami menganjurkan pelbagai program yang memupuk tabiat kewangan yang baik serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai peringkat umur. Program Jelajah Upcycling merupakan salah satu inisiatif utama yang menggabungkan literasi kewangan dengan tanggungjawab alam sekitar, dengan menggalakkan peserta mengamalkan penggunaan secara berhemah serta menyokong kelestarian melalui aktiviti kitar semula kreatif (upcycling).
Bagi menyokong usaha meningkatkan kualiti kehidupan, kami terus menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif. Antaranya termasuk GREAT Ramadan, di mana kami mendekati komuniti kurang berkemampuan sepanjang bulan yang diberkati, serta GREAT Back to School, di mana kami menyediakan sokongan keperluan asas kepada pelajar daripada golongan kurang berkemampuan sebagai persediaan menghadapi tahun persekolahan.
Melalui Great Eastern Cares, Great Eastern Takaful terus komited dalam memperkasa komuniti, memupuk daya tahan, serta mencipta impak positif yang berkekalan secara beretika, bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada masyarakat.