Pemimpin dan Lembaga Pengarah Syarikat Great Eastern Takaful
En Norman Ka Cheung Ip
Pengerusi Lembaga Pengarah
En Norman Ka Cheung Ip dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah (“Lembaga”) Great Eastern Takaful Berhad (“Syarikat”) pada 8 Ogos 2014 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 20 Mei 2020. Beliau juga adalah Pengerusi Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad. Pada 8 Ogos 2023, Encik Norman Ip dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.
Beliau kini merupakan Ahli Majlis Industri Sekuriti dan Pengarah QAF Limited.
Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan United Engineers Limited, Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad, UE E&C Ltd, WBL Corporation Limited, Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan Singapura serta Pengarah Australia Oriental Minerals NL, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia.
Beliau merupakan Akauntan bertauliah terlatih dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang kewangan dan pelaburan, hartanah dan pengurusan syarikat. Dari tahun 2000 hingga 2009, beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The Straits Trading Company Limited (“STC”), yang aktiviti utamanya adalah dalam bidang hartanah, perlombongan, dan perhotelan. Sebelum menyertai STC pada tahun 1983, beliau bersama Ernst & Whinney (kini dikenali sebagai Ernst & Young LLP).
En Norman Ka Cheung Ip memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekon) daripada London School of Economics and Political Science. Beliau adalah Felo Institut Akauntan Bertauliah di England and Wales dan Institut Akauntan Bertauliah Singapura.
YBhg Dato’ Albert Yeoh Beow Tit
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg Dato’ Albert Yeoh Beow Tit telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat pada 1 Januari 2020 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.
YBhg Dato’ Albert Yeoh Beow Tit kini merupakan Pengarah di beberapa syarikat iaitu Cagamas MBS Berhad and Cagamas SRP Berhad.
YBhg Dato’ Albert Yeoh Beow Tit memulakan kerjayanya dalam industri kewangan khususnya dalam sektor perbankan dan telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Citibank Berhad, dimana jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah Perbankan Korporat pada Februari 1996. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di OCBC Bank (Malaysia) Berhad sehingga bersara pada tahun 2008.
Beliau merupakan Pengarah Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad pada tahun 2002 sehingga Mac 2019 dan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad pada Januari 2002 sehingga Mac 2020. Beliau juga merupakan Pengarah Alliance Investment Bank Berhad dari Mei 2016 sehingga Mei 2019, dan Pengarah Danajamin Nasional Bhd dari Mei 2009 sehingga Mei 2018. YBhg Dato' Albert Yeoh Beow Tit juga memegang jawatan sebagai Pengarah BOS Wealth Management Malaysia Berhad pada November 2019 sehingga Mei 2022.
YBhg Dato’ Albert Yeoh Beow Tit memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Double Major dalam ekonomi dan Penyelidikan Operasi) dari Monash University, Australia dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan dari University of Salford, England. Beliau telah menerima anugerah Felo kepada Asian Institute of Chartered Bankers (dahulunya dikenali sebagai Institute of Bankers Malaysia) oleh Gabenor Bank Negara Malaysia pada April 2002.
En Tong Hon Keong
Ahli Lembaga Pengarah
En Tong Hon Keong dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah pada 7 Ogos 2023 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.
Sebelum ini, En Tong Hon Keong merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif OCBC Bank (Malaysia) Berhad di mana beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan ahli Jawatankuasa Audit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah OCBC Al-Amin Bank Berhad.
En Tong Hon Keong membina kerjayanya di Maybank dalam tempoh lebih 30 tahun di mana beliau mengetuai pelbagai jabatan antaranya jabatan Perancangan, Sistem Maklumat, Operasi Pusat dan Perkhidmatan Pengurusan Maklumat. Beliau turut berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif Kanan Strategi dan Transformasi untuk Perbankan Perniagaan / Perbankan PKS dari tahun 2010 sehingga 2013.
En Tong Hon Keong memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau merupakan alumni Program Pengurusan Lanjutan di The Wharton School, University of Pennsylvania, USA.
YBhg Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (B)
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee bin Mazlan (B) telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 29 April 2016.
Beliau kini menganggotai Lembaga Pengarah Aiiman Asset Management Sdn Bhd sebagai Pengerusi.
YBhg Mejar Jeneral Dato’ Zulkiflee telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Angkatan Tentera Malaysia dan memegang pelbagai jawatan dan menerima pelbagai perlantikan di Kementerian Pertahanan. Beliau pernah berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Yayasan, Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad pada Jun 2015 sehingga Jun 2022.
sebelum ini merupakan Pengerusi Affin Hwang Investment Bank Berhad, Pengarah Affin Hwang Trustee Berhad dan Affin Hwang Asset Management Berhad.
YBhg Major General Dato’ Zulkiflee memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Teknologi MARA pada tahun 1989. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains, Strategi Keselamatan Negara dari Universiti Pertahanan Nasional Fort McNair, Washington D.C.
YBhg Datin Arlina binti Ariff
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg Datin Arlina binti Ariff telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 29 April 2024. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan PRG Holdings Berhad.
Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman di Bank Negara Malaysia (“BNM”) di mana beliau telah memegang pelbagai jawatan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan.
YBhg. Datin Arlina memiliki Ijazah Sarjana dalam Amalan Kewangan Islam (MIFP) dari Universiti INCEIF. Sebelum itu, beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Pembangunan Ekonomi Kuantitatif dan Diploma Pascasiswazah dalam Pembangunan Ekonomi Kuantitatif dari Universiti Warwick di Coventry, England. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Carleton di Ottawa, Kanada.
YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria bin Hj Yadi (B)
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria bin Hj Yadi (B) telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat pada 6 Mei 2025 sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif. Beliau turut mewakili Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dalam Lembaga Pengarah.
YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia pada Jun 2023 setelah lebih 40 tahun berkhidmat dengan cemerlang. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Staf di Markas Angkatan Tentera Malaysia dari November 2020 sehingga Jun 2023, di mana beliau bertanggungjawab menyelia perancangan bersama tiga cabang perkhidmatan dan pelaksanaan dasar pertahanan strategik. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Panglima Medan Tentera Darat Timur (Sarawak dan Sabah), di mana beliau bertanggungjawab terhadap kesiapsiagaan operasi, latihan, pentadbiran dan logistik. Sepanjang kerjaya militari beliau, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria telah memegang pelbagai jawatan kanan dalam bidang pemerintahan dan staf, termasuk mengetuai Jawatankuasa Sasaran Bernilai Tinggi Labuan (Labuan High-Value Target). Kepimpinan beliau telah memberi sumbangan besar dalam perancangan pertahanan negara serta penggubalan dasar pada peringkat tertinggi.
YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Mohd Zakaria memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Analisis Pertahanan daripada Naval Postgraduate School (USA), Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M), serta Diploma dalam Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada Universiti Malaya. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dan Diploma Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Selain itu, beliau turut mengikuti pengajian di National Defence College dan Royal College of Defence Studies (RCDS) di United Kingdom.
YBhg Profesor Dato’ Dr Wan Sabri bin Wan Yusof
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg Profesor Dato’ Dr Wan Sabri bin Wan Yusof telah dilantik menjadi ahli Lembaga Syarikat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 10 Jun 2022.
Beliau kini merupakan Naib Canselor Akademik dan Pengurusan Pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah (”USAS”) dan Pengarah Yayasan Al Ammar.
YBhg Profesor Dato’ Dr Wan Sabri pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad dari tahun 2010 sehingga 2021. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah untuk Southern Bank Berhad, CIMB Islamic dan Alliance Bank.
YBhg Profesor Dato’ Dr Wan Sabri memegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Ijazah Sarjana Sastera daripada Temple University, USA (pengkhususan dalam perbandingan agama). Beliau turut memegang Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (IRKH) dengan pengkhususan dalam Tafsir serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau telah menerbitkan pelbagai artikel dan buku termasuk monograf tentang cendekiawan Islam terkemuka di rantau ini dan juga Isu Dalam Pemikiran Islam dan Tafsir (Tafsir Al-Quran).
Asst. Prof. Dr. Muhammad Naim Omar
Pengerusi Jawatankuasa Syariah
Asst. Prof. Dr. Muhammad Naim Omar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 7 Jun 2022 dan telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah pada 13 Disember 2025.
Beliau memperoleh ijazah dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan seterusnya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah dari Universiti Kaherah pada tahun 1999. Beliau kemudiannya dianugerahkan PhD dalam Undang-undang Islam oleh Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 2006.
Pada masa ini, beliau merupakan pensyarah di Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengajar beberapa mata pelajaran termasuk Undang-undang Transaksi Islam, Kaedah Fiqhiyyah Islamiyyah dan Perundangan Islam.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah dalam Institusi Perbankan Islam dan Takaful yang laim seperti OCBC Al-Amin, Takaful Ikhlas dan MNRB. Kini, beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Alliance Islamic Bank. Beliau telah membentangkan banyak kertas kerja di persidangan dan telah menerbitkan pelbagai artikel berkaitan Undang-undang Transaksi Islam, Pengurusan Kekayaan Islam dan Undang-undang Kontrak Islam.
Dr. Muhammad Pisol Mohd @ Mat Isa
Ahli Jawatankuasa Syariah
Dr. Muhammad Pisol Mohd @ Mat Isa telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad sejak 13 Disember 2022. Beliau berkelulusan PhD dalam Kewangan Islam dari Universiti Malaya pada tahun 2012. Beliau juga mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Usuluddin (Pemikiran Politik Islam) dari Universiti Malaya pada tahun 2001 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin (Teologi dan Falsafah) dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1996.
Dr. Muhammad Pisol kini berkhidmat sebagai Profesor Adjunct di Open University Malaysia (OUM). Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai pensyarah universiti, mengajar pelbagai kursus termasuk menyelia pelajar Sarjana dan PhD dalam kursus Ekonomi Islam, Kewangan Mikro, dan Kewangan Islam.
Sebelum ini, Dr. Muhammad Pisol adalah Ahli Jawatankuasa Syariah di Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad dari 2014 hingga 2022. Pada masa ini, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah United Oversea Bank Berhad (UOB) sejak November 2023 dan sebagai Penasihat Syariah untuk GA Skylight Berhad (SKYLIGHT GROUP) sejak Mac 2025. Beliau juga berdaftar sebagai penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2019.
Bidang kepakaran beliau termasuklah Kewangan Islam, Fiqh Al-Muamalat, Ekonomi Islam dan Kewangan Mikro Islam. Beliau juga terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan penerbitan.
Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed
Ahli Jawatankuasa Syariah
Prof. Madya Dr. Nurul Aini Muhamed telah dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 13 Disember 2022. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Syariah dari Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003 dan Sarjana Amalan Kewangan Islam dari INCEIF pada tahun 2020. Beliau pada masa itu menerima PhD dalam Pengurusan Perniagaan dari Australia Selatan pada tahun 2020.
Prof. Madya Dr. Nurul Aini kini berkhidmat di Fakulti Muamalat dan Ekonomi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Panel Jawatankuasa Syariah di institusi yang sama sejak 2023. Sebagai ahli akademik, bidang kepakaran beliau adalah Perbankan dan Kewangan Islam, Undang-undang Transaksi Islam, dan Pengurusan Halal dan Tadbir Urus. Beliau secara aktif menjalankan penyelidikan, membentangkan kertas kerja dan latihan mengenai kewangan Islam. Beliau juga telah menerbitkan banyak artikel mengenai isu-isu kontemporari dalam Kewangan Islam.
Prof. Madya Dr. Nurul Aini sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah di Hong Leong Islamic Bank, Hong Leong MSIG Takaful, dan BNP Paribas Malaysia Berhad. Beliau juga ahli Persatuan Muamalat Malaysia (MMA), Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS), dan Majlis Pendidik Kewangan Islam Antarabangsa (ICIFE).
En. Mohd Fadhly Md. Yusoff
Ahli Jawatankuasa Syariah
En. Mohd Fadhly Md. Yusoff telah dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 1 Julai 2023.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kelas Kepujian 1), dari Universiti Malaya pada tahun 1995. Pada masa ini, beliau menjalankan perniagaan sendiri dan juga berkhidmat sebagai Penasihat Syariah dan perunding bebas. Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah AmBank Islamic Berhad dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Jabatan Pasaran Modal Islam di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau mengurus, menyelia dan memantau keperluan pematuhan Syariah ke atas struktur produk berhubung dengan penyerahan atau penerbitan sekuriti patuh Syariah.
En. Mohd Fadhly juga terlibat dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan produk dan sekuriti Pasaran Modal Islam patuh Syariah. Beliau sebelum ini merupakan ahli Jawatankuasa Syariah Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Beliau juga merupakan ahli berdaftar Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (ASAS).
Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir
Ahli Jawatankuasa Syariah
Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada 1 Jun 2025. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya pada tahun 2003, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya pada tahun 2006 dan PhD dalam Perakaunan & Kewangan dari Universiti Cardiff pada tahun 2012. Beliau juga memperolehi Diploma Penyelidikan Sains Sosial dari Universiti Cardiff pada tahun 2007.
Prof. Madya Dr. Mohd Rizal kini berkhidmat di Jabatan Syariah dan Pengurusan di Universiti Malaya. Beliau mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Asas Perakaunan, Amalan Perbankan dan Kewangan Islam, Tadbir Urus Korporat Islam, Perakaunan Islam, Pengauditan Institusi Perniagaan Islam dan Metodologi Penyelidikan Pengurusan Muamalat. Beliau terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan kerap membentangkan kertas kerja akademik dan menjalankan latihan dalam bidang Syariah dan Kewangan Islam.
Pada masa ini, beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin. Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Malaya.
Shahrul Azlan Shahriman
Ketua Pegawai Eksekutif
Shahrul dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Januari 2018. Beliau bertanggungjawab untuk menyelia arah dan prestasi perniagaan Great Eastern Takaful. Beliau mempunyai pengalaman tempatan dan antarabangsa dalam pengedaran produk pelbagai saluran dalam pelbagai institusi kewangan.
Shahrul memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Wichita State, Amerika Syarikat dalam bidang Pengurusan. Dia berada di dalam senarai Roll Dean's Honor Roll dan lulus dengan 'Cum Laude' (Distinction).
Jasveen Kaur Marne
Ketua Pegawai Kewangan
Jasveen menyertai Great Eastern Takaful pada 2014 daripada Great Eastern Life Malaysia untuk mengetuai dan membangun semula pasukan penilaian. Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Aktuari yang Dilantik dan bertanggungjawab dalam pengurusan fungsi aktuari. Jasveen kemudiannya memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada 15 Mei 2018 dan memberi kepimpinan kepada bahagian Kewangan, Pengurusan Strategik dan Penentuan Harga dan ketua-ketua fungsi-fungsi berkenaan melapor langsung kepada beliau. Jasveen amat berpengalaman di dalam bidangnya. Beliau pernah bekerja KPMG (UK) Limited lebih dari 4 tahun sebelum mengambil jawatan di dalam bahagian Penentuan Harga dan Penilaian di bawah AKtuari GELM.
Jasveen memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas 1) dalam Sains Aktuari daripada London School of Economics. Beliau juga adalah Ahli Fellow Institute and Faculty of Actuaries. Sebelum menyertai Great Eastern, beliau telah bekerja dengan KPMG LLM di United Kingdom sebagai Consultant, Investment Advisory Team, Pensions.
Charmaine Kee Sze Teng
Ketua Pegawai Operasi
Charmaine Kee Sze Teng telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa 14 Mac 2025. Beliau akan bertanggungjawab dalam memacu strategi operasi syarikat bagi memastikan kecekapan, prestasi dan perkembangan syarikat terus mengukuh di samping mengekalkan pematuhan terhadap peraturan, memperkukuh hubungan bersama pihak berkepentingan serta memanfaatkan kepakaran beliau untuk mencapai hasil perniagaan yang positif.
Charmaine mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan dan memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang Operasi Insurans Hayat dan Takaful, Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Kualiti, Strategi Perniagaan serta Pengurusan Projek. Semasa tugasan terakhir beliau sebagai Ketua Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan, beliau telah mengetuai seramai 280 orang kakitangan dalam mengendalikan operasi insurans hayat, perubatan dan perniagaan berkumpulan.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Perniagaan dan Pengurusan dari University of South Alabama.
Raja Mazlena Raja Aziz
Ketua, Perundangan, Kesetiausahaan dan Shariah
Raja Mazlena telak dilantik sebagai Ketua Perundangan, Kesetiausahaan dan Shariah pada April 2019. Beliau merupakan Naib Presiden Kanan Jabatan Kesetiausahaan, Perundangan dan Perkhidmatan Korporat di Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad ("GELM") selama lapan (8) tahun sebelum menyertai pusat kreatif NGO yang membantu dan menyokong kreativiti kanak-kanak.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syuhaib Ithnin
Ketua, Bisnes Takaful Korporat dan Kumpulan B40
Syuhaib Ithnin memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Bisnes Takaful Korporat dan Kumpulan B40 berkuat kuasa pada 1 September 2025. Beliau bertanggungjawab meneraju segmen Kumpulan Takaful dan Kumpulan B40 dalam memastikan syarikat mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan serta memperluas rangkaian saluran pengedaran. Peranan beliau merangkumi pengukuhan portfolio perniagaan kumpulan dengan mengenal pasti dan menilai peluang perniagaan baharu, serta merangka dan melaksanakan pelan strategi bagi menyokong pertumbuhan yang mampan.
Syuhaib memiliki Ijazah Sarjana dalam Kewangan Islam daripada International Centre of Islamic Finance Education (INCEIF) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain itu, beliau turut berdaftar sebagai sebagai Certified Financial Planner (CFP) dan Islamic Financial Planner (IFP) dengan Financial Planning Association Malaysia (FPAM) serta memegang kelayakan sebagai Chartered Islamic Finance Professional (CIFP).
Razali Kipli
Ketua, Modal Insan
Razali mengetuai bahagian Modal Insan yang menguruskan segala aspek Modal Insan daripada perekrutan serta gaji dan manfaat kepada latihan dan pembangunan.
Razali memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada RMIT University dan beliau menganggotai Persatuan Majikan-Majikan Insurans (AIE) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Rashida Mior Ahmad Darwish
Ketua, Pemasaran
Rashida dilantik sebagai Ketua Pemasaran berkuatkuasa September 2024 sebagai peneraju bagi unit penjenamaan, pemasaran dan produk. Beliau turut berperanan untuk memantau pelaksanaan strategi pemasaran dan produk.
Sebelum menyertai Great Eastern Takaful, beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan di beberapa buah syarikat insurans seperti Prudential Assurance Malaysia Berhad dan AIA Public Takaful Berhad. Pengalaman beliau merangkumi pembangunan produk insurans merentasi saluran pengedaran termasuk insurans konvensional, pelaburan berkaitan insurans, dan takaful.
Rashida memegang Ijazah Sarjana dalam Sains Aktuari daripada Universiti Heriot-Watt dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Aktuari dan Statistik daripada Universiti Purdue.
Tan Say Yen
Aktuari Dilantik
Say Yen dilantik sebagai Aktuari Dilantik baharu berkuat kuasa 24 Februari 2025. Beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun sebagai penilaian aktuari dalam Insurans dan Takaful di Malaysia dan United Kingdom. Say Yen memiliki Ijazah Sarjana Muda Matematik dengan Sains Aktuari daripada University of Southampton, United Kingdom dan memperoleh keahlian Fellowship daripada Institute and Faculty of Actuaries pada tahun 2014.