Great Eastern Takaful Berhad (GETB) telah menyampaikan taklimat kesedaran alam sekitar dan memperkenalkan inisiatif upcycling kepada seramai 257 pelajar SK Subang pada 7 September 2023.
Lebih istimewa, program ini juga disertai oleh lima sukarelawan daripada pasukan Skuad Hijau SMK Abdul Jalil. Mereka turut membantu dalam mengendalikan sesi demonstrasi mesin upcycling kepada para pelajar di samping berpeluang memainkan peranan penting dalam melindungi alam sekitar.