Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK Kg. Tun Razak, Melaka

Taklimat Kesedaran Alam Sekitar di SK Kg. Tun Razak, Melaka

Sekali lagi, Skuad Hero Lestari dijemput oleh sebuah sekolah di Melaka untuk melaksanakan Program Upcycling, sebuah inisiatif kelestarian oleh Great Eastern Takaful di bawah usaha tanggungjawab sosial korporat, GET-Green. Pada 11 Jun 2024, seramai 300 pelajar daripada SK Kg. Tun Razak telah menyertai progam ini.

Program Upcycling ini menampilkan taklimat yang menarik dan menyeronokkan, serta kuiz yang menekankan kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Mesin hasil semula turut diperkenalkan di mana ia dapat memproses sisa plastik kategori 2 dan 5 menjadi barangan baharu yang berguna seperti pembaris dan sikat rambut. Para pelajar turut berpeluang untuk mengendalikan mesin tersebut dan menghasilkan sebanyak 20 produk hasil semula termasuk sikat rambut dan pembaris. Aktiviti interaktif ini dilihat dapat memperkukuhkan prinsip kelestarian dan kitar semula.

Penglibatan Skuad Hero Lestari dalam program ini adalah melangkaui sekadar inisiatif kelestarian atau program pendidikan, yang mana ia adalah pencetus kepada tindakan bermanfaat. Great Eastern Takaful berhasrat untuk memberikan lebih pengetahuan serta Kemahiran kepada anak muda demi membentuk individu yang bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Bersama, mari kita Mencapai Kejayaan, dan menuju ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM