Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Takaful Gadai Janji (MRTT) untuk Pinjaman Perumahan LPPSA

Takaful Gadai Janji (MRTT) untuk Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Great Eastern Takaful
Promosi Terkini
promosi MRTT LPPSA

Khas untuk Penjawat Awam sahaja. Lengkapkan maklumat di bawah untuk dihubungi oleh pegawai kami.
 

Contoh: 0123456789
Contoh: arman@gmail.com

Maklumat yang anda berikan di dalam borang ini mungkin akan digunakan oleh Great Eastern Takaful Berhad (Syarikat), ejen-ejennya, dan syarikat berkaitan Syarikat untuk memaklumkan anda pengumuman, maklumat dan berita penting mengenai Syarikat, produk dan khidmatnya, promosi dan tawaran dari masa ke semasa. Anda boleh menarik kebenaran untuk sebarang tujuan komunikasi di atas dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1 300 13 8338 atau menulis kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com


Bagaimana Memilih Pelan MRTT di Laman LPPSA?

Apa Itu Takaful Gadai Janji (MRTT)?

  • Jika anda tertanya-tanya apa itu MRTT, ianya merupakan sebuah Pelan Takaful Keluarga untuk tujuan pembiayaan kewangan gadai janji seperti pinjaman perumahan LPPSA.
  • MRTT ataupun Mortgage Reducing Term Takaful ialah pelan Takaful bertempoh dengan caruman tunggal. Ianya menyediakan kemudahan pembayaran manfaat sekali gus sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) (sebelum umur 65 tahun hari lahir terhampir) ke atas Orang Yang Dilindungi.
  • Bayaran manfaat sekaligus adalah bergantung kepada Jadual Jumlah Perlindungan Berkurangan.
  • Anda boleh merujuk pada Soalan Lazim dan Lembaran Fakta untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu MRTT dan pembiayaan pinjaman perumahan LPPSA.
  • Untuk kiraan perlindungan MRTT bagi pinjaman perumahan LPPSA. Anda boleh menggunakan kalkulator yang kami sediakan.

Apa Itu Takaful Kebakaran Jangka Panjang (LTFT)*?

LTFT menawarkan perlindungan kepada bangunan rumah anda (kediaman persendirian) daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik. Perlindungan banjir juga diperluaskan di bawah sijil asas kebakaran.

Tempoh perlindungan adalah berdasarkan tempoh pinjaman perumahan seperti yang dipersetujui antara anda dan pembiaya kewangan perumahan anda, i.e. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Pilihan manfaat tambahan yang boleh anda beli dengan membayar sumbangan tambahan:

  • Pemecahan atau limpahan tangki peralatan atau paip air rumah;
  • Ribut dan taufan;
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi;
  • Penenggelaman dan gelinciran tanah;
  • Kerosakan oleh pokok tumbang atau dahan atau objek daripadanya.

 

*Pelan ini ditaja jamin oleh Etiqa General Takaful Berhad (201701025031).

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo