Great Eastern Takaful Berhad (GETB) terus menerapkan budaya kitar semula dalam kalangan warga kerjanya dengan menganjurkan GET-Up Battle, iaitu pertandingan kitar semula dalam usaha untuk menggalakkan semua pekerja membuat pilihan yang baik dalam menguruskan plastik yang tidak digunakan lagi.
Melalui pertandingan ini, lebih ramai pekerja telah dilatih untuk mengendalikan mesin upcycling 2 dalam 1 dan seterusnya menghasilkan produk baharu yang lebih berkualiti seperti pembaris, sikat, bekas sabun dan klip beg.
Pertandingan yang berlangsung selama sebulan yang bermula pada bulan Mac 2023 ini bertujuan memupuk kerjasama di kalangan pekerja di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar yang akan memberi kembali kepada masyarakat di mana setiap produk yang dihasilkan akan diedarkan semula kepada orang ramai melalui program-program kesedaran yang bakal dijalankan.