Dengan berinteraksi bersama Great Eastern Takaful Berhad ("Pengendali Takaful"), menyerahkan maklumat kepada Pengendali Takaful, mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengendali Takaful, anda memberikan maklumat peribadi pada Pengendali Takaful. Anda dengan ini bersetuju (dan sekiranya dikehendaki, bersetuju secara rasmi) ke atas penggunaan maklumat peribadi anda termasuklah data peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan di dalam notis ini.
"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang anda telah berikan atau akan berikan kepada Pengendali Takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat emel, imej, pilihan peribadi anda, maklmat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Pengendali Takaful dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif iaitu yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan.
Jika anda memberi kamu sebarang maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai orang yang dilindungi, pelaksana, atau benefisiari, atau apabila anda merujuk seseorang individu kepada kami bagi tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada individu tersebut, dengan memberikan maklumat sedemikian kepada kami, anda menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga untuk memberi kepada kami maklumat peribadi mereka untuk tujuan yang berkaitan dengan anda seperti yang dinyatakan di dalam notis ini.
Maklumat peribadi anda mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Pengendali Takaful (dan pengganti hak miliknya) untuk tujuan berikut:
Pengendali Takaful mungkin juga akan mengumpul, menyimpan, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda daripada pemilik sijil yang telah mengambil sijil takaful untuk dan bagi pihak anda, ejen broker dan/atau rakan perniagaan atau strategik Pengendali Takaful atau pihak ketiga yang mana kami telah mendapatkan atau menerima maklumat berkenaan anda berhubung dengan atau berkaitan dengan sijil takaful anda, termasuk permohonan sijil takaful atau tuntutan anda.
Pengendali Takaful mungkin akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi keperluan operasi, audit, penyiasatan, perundangan, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang potensi dikenakan tindakan undang-undang dan tujuan tuntutan pengunderaitan serta penilaian tuntutan pada masa hadapan.
Maklumat yang anda berikan kepada Pengendali Takaful adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat tersebut, Pengendali Takaful mungkin tidak dapat memberikan perlindungan takaful kepada anda atau memberi respon kepada sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh anda.
Pengendali Takaful mungkin menzahirkan dan/atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:
Rakan sekutu, rakan perniagaan atau strategik kami boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang patuh Syariah dan yang mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kepada anda secara kewangan.
Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh Pengendali Takaful berdasarkan undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia.
Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi talian Careline kami di 1300-13-8338 atau melayari Portal Pelanggan kami di https://igetintouch.greateasterntakaful.com. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan memprosesan maklumat tertentu, termasuk membatalkan persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran, anda boleh menghubungi talian Careline kami di 1300-13-8338 , atau menulis kepada Pengendali Takaful di i-greatcare@greateasterntakaful.com.
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berhubung dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami di 603-42598381.
Untuk keterangan lanjut mengenai cara Pengendali Takaful memproses maklumat peribadi anda, sila layari laman sesawang kami greateasterntakaful.com dan baca Piagam Pelanggan dan Dasar Privasi.
Pengendali Takaful boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh Pengendali Takaful adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, Pengendali Takaful akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan atau maklum balas anda.
Pengendali Takaful boleh menyemak dan mengemaskini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan di dalam undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Pengendali Takaful dan Great Eastern, serta perubahan di dalam jangkaan privasi komuniti. Sebarang kemas kini dan/atau perubahan pada Notis Perlindungan Data Peribadi ini akan dimuat naik di laman sesawang kami dan anda dinasihatkan merujuk kepada laman sesawang kami di greateasterntakaful.com pada bila-bila masa untuk memastikan anda mendapat maklumat jika ada sebarang perubahan.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna-pakai.
Sila klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.
Teras 1: Takaful Mudah Diakses
Menawarkan model penglibatan yang aktif di mana pelanggan akan menyedari:
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan efektif dalam mengendalikan aduan dan pertanyaan. Anda boleh menangani semua kebimbangan atau aduan yang berkaitan dengan pengendalian maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami melalui saluran ini:
Matlamat Yang Diharapkan
Penglibatan yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih baik
Sasaran Tahap Perkhidmatan
Komitmen Kami
Teras 2 : Kenali Pelanggan Anda
Untuk memahami profil pelanggan dengan secukupnya yang membolehkan kami untuk:
Matlamat Yang Diharapkan
Memupuk Kepercayaan
Sasaran Tahap Perkhidmatan
Komitmen Kami
Nota: Pengendalian maklumat pelanggan dikawal oleh Dokumen Sijil Bank Negara Malaysia mengenai Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan dan Pengendali Takaful hendaklah beroperasi dengan sewajarnya.
Teras 3: Perkhidmatan tepat pada masanya, Telus dan Cekap
Menyampaikan perkhidmatan yang lancar di mana pelanggan akan menyedari:
Matlamat yang Diharapkan
Kepuasan pelanggan
Sasaran Tahap Perkhidmatan
Komitmen Kami
Teras 4: Proses Penyelesaian Tuntutan yang Adil, Telus dan Tepat Pada Waktu
Menyediakan pengalaman pemprosesan dan penyelesaian tuntutan yang lancar di mana pelanggan menyedari:
Matlamat yang Diharapkan
Memberikan ketenangan minda kepada pelanggan
Sasaran Tahap Perkhidmatan
Komitmen Kami
Tarikh kuat kuasa
Piagam Perkhidmatan Pelanggan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.