Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo
Terma dan Syarat

Notis PDP
Pelanggan

Notis PDP
Perunding Takaful
Polisi
Privasi

Piagam Perkhidmatan Pelanggan
Penafian Perunding Takaful

Sila baca dengan teliti maklumat di bawah sebelum menggunakan laman web ini.

SYARAT MENGAKSES

Akses laman web ini dibenarkan oleh GREAT EASTERN TAKAFUL Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “GETB”) dan perwakilannya tertakluk kepada syarat yang berikut:

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN SELEPAS INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, SILA JANGAN MENGAKSES, ATAU SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI ATAU MANA-MANA HALAMAN YANG SETERUSNYA DENGAN SERTA MERTA.

Rujukan kepada ‘anda’ ialah rujukan kepada orang (-orang) yang mengakses laman web ini. Rujukan kepada ‘kami’ ialah rujukan kepada GETB. Tajuk-tajuk di sini dimasukkan semata-mata untuk rujukan sahaja.

Maklumat, material, fungsi dan kandungan yang dibekalkan dalam laman web ini dan Syarat Akses seperti dinyatakan di sini boleh dipinda dari masa ke masa, dengan atau tanpa notis, atas budi bicara GETB. Bagaimanapun, di mana perbezaan atau pindaan tersebut adalah mengikut pendapat kami, cukup penting dan membawa kesan yang besar terhadap pengaksesan anda ke laman web ini, kami akan memberitahu anda tentang perbezaan atau pindaan tersebut dengan memberi anda tujuh (7) hari notis terdahulu melalui paparan pada laman web kami atau melalui kaedah lain yang sama seperti kami fikirkan wajar, melainkan jika kami tidak dapat melakukannya disebabkan keadaan di luar kawalan kami. Di mana perbezaan adalah berkaitan Syarat Pengaksesan ini, akses berterusan anda ke laman web selepas perbezaan tersebut akan dianggap sebagai persetujuan anda dan anda terikat oleh nya.

KELAKUAN ANDA

Akses anda ke laman web ini mesti, pada setiap masa, mematuhi sebarang garis panduan, arahan GETB atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini, dalam apa cara pun. Tanpa prejudis kepada kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman ini oleh orang lain. Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan ataupun membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sistem internet takaful kami atau sekuriti sistem internet takaful atau sebaliknya yang menyalahi undang-undang.

PERLAKUAN DAN LARANGAN YANG PENTING

  1. Anda tidak sepatutnya berkongsi ID pengguna atau kata laluan dengan mana-mana orang lain.
  2. Anda tidak boleh memaparkan maklumat akaun anda di tempat yang dapat dilihat orang lain.
  3. PC anda tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan
  4. Bersihkan ingatan Para selepas penggunaan untuk memadamkan maklumat peribadi yang disimpan di dalamnya.
  5. GREAT EASTER TAKAFUL tidak akan meminta ID pengguna dan kata laluan anda melalui e-mel. Laporkan kepada GREAT EASTERN TAKAFUL jika anda menerima e-mel sedemikian.
  6. Ia adalah tanggung jawab anda untuk mengemas kini Pelayar Internet anda dengan sekuriti yang terkini.

PENAFIAN WARANTI DAN LIABILITI

Klausa-klausa yang berikut mengenepikan atau menghadkan liabiliti perundangan kami untuk laman web ini. Anda patut membacanya dengan teliti.

Tiada Waranti

Sementara kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketetapan, mata wang, ketersediaan, kebenaran dan perlengkapan (dalam konteks tujuannya) tentang maklumat dan material yang terkandung dalam laman web ini, semua maklumat dan bahan termasuk maklumat tentang perkhidmatan, produk, maklumat kewangan, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau lain-lain perkara yang dibekalkan hanya ‘seperti dipaparkan, dan ‘seperti tersedia’ dan dibekalkan hanya untuk maklumat dan rujukan anda. Oleh yang demikian GETB tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan maklumat  dan bahan sebegini dan menyatakan penafian liabiliti untuk kesilapan atau tertinggal maklumat dan bahan sebegini. Penggunaan seterusnya adalah di atas risiko anda sendiri. Tiada jaminan apa-apa pun, tersirat, tersurat atau statutori, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tajuk, bukan pelanggaran hak-hak pihak ketiga, kebolehniagaan, kepuasan kualiti, kesihatan untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer, diberi berhubung dengan laman web ini, atau sebarang makluman dan bahan yang terkandung dalamnya. Tiada jaminan diberi bahawa akses sebarang maklumat atau bahan pada laman web ini atau keseluruhan laman web akan dibekalkan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan atau bahawa sebarang kecelaan yang dikenal pasti akan dibetulkan. Lebih-lebih lagi, tiada jaminan diberi bahawa laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan bebas daripada sebarang virus atau lain-lain kod, ejen, program atau makro yang bahaya, merosakkan atau memburukkan. Kami tidak membuat perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan, kefungsian atau prestasi perisian mana-mana pihak ketiga yang boleh digunakan berkaitan laman web ini.

SKOP KEGUNAAN LAMAN WEB

Pengguna yang berkenaan

Laman web ini (dan terutamanya sebarang maklumat takaful yang ditawarkan melalui laman web ini) adalah bertujuan untuk mereka yang hanya mengaksesnya dari dalam Malaysia dan tiada apa-apa akan ditafsirkan sebagai GETB memberikan maklumat dan kemudahan takaful di luar Malaysia. Bahan-bahan dan maklumat dalam laman web ini tidak bertujuan untuk diguna oleh orang yang berlokasi atau penduduk dalam bidang kuasa yang menyekat pengagihan bahan-bahan dan maklumat sebegini dan kami tidak menjamin bahawa laman web ini mematuhi atau sesuai untuk digunakan di tempat-tempat di luar Malaysia. Anda perlu sedia maklum tentang dan mematuhi sebarang undang-undang, peraturan dan amalan tempatan yang berkaitan sama ada berkaitan kepada sekatan-sekatan atau sebaliknya dan juga sebarang kebolehgunaan seterusnya menurut keadaan individu anda.

Tanpa menjejaskan kenyataan umum yang terdahulu, sebarang maklumat atau bahan pada produk dan perkhidmatan yang dituju sebagai maklumat umum kepada orang-orang dalam Malaysia sahaja. Tiada apa-apa pada laman web ini patut dianggap sebagai nasihat atau cadangan terhadap produk dan perkhidmatan mahupun sebarang tawaran atau permintaan untuk membeli produk dan perkhidmatan tersebut. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan memperoleh pengesahan bebas bahan-bahan dan maklumat yang dibekalkan pada laman web ini sebelum membuat sebarang pelaburan, perniagaan atau keputusan komersial berdasarkan sebarang bahan dan maklumat sebegini.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengguna laman web ini oleh diri anda dan/atau mana-mana orang mengguna komputer anda dan anda mesti memastikan bahawa mana-mana orang sebegini mematuhi dengan terma dan syarat di sini. Sekiranya anda berada dalam lingkungan undang-undang pihak berkuasa tidak membenarkan atau mengenakan sekatan pada akses terhadap kandungan laman web ini, sejurus itu anda akan berhenti mengakses atau mematuhi sekatan sebegini (mengikut mana yang berkenaan).

HAK CIPTA DAN CAP DAGANG

Hak cipta dalam laman web ini dimiliki oleh GETB. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian di sini boleh dikeluarkan semula, diedarkan, diterbitkan semula, dipaparkan semula, disiarkan, hiperpautan, dirangka atau dihantar dalam apa cara atau dengan sebarang cara atau disimpan dalam sistem mendapat kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis GETB terdahulu melainkan jika peruntukan dalam perenggan bertajuk ‘Penggunaan Terhad untuk Ejen dan Bakal Ejen’  di bawah. Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran GETB, masukkan hiperpautan ke laman web ini pada lain-lain laman web, dirangka atau “cermin” mana-mana bahan yang terkandung pada laman web ini pada lain-lain pelayan.

Semua teks, grafik, imej, lukisan, foto, video atau lain-lain multimedia atau sebarang gabungan daripadanya yang tersedia pada laman web ini pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan tanda perkhidmatan dan sebarang Hak Harta Intelektual yang berkenaan atau hak milik, semuanya ialah harta GETB dan di mana berkenaan, hak milik pihak ketiga. Tiada hak atau lesen diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk memuat turun, mencetak semula atau mengguna sebatang kandungan tersebut. Tiada cap dagang atau tanda perkhidmatan dipaparkan pada laman web boleh digunakan sebagai pautan kepada mana-mana laman ahli GETB atau mana-mana laman lain melainkan jika penubuhan tersebut dan penggunaan cap dagangan tersebut atau tanda perkhidmatan diberi kebenaran bertulis terdahulu oleh GETB.

Penggunaan Terhad untuk Ejen dan Bakal Ejen

Jika anda adalah Ejen atau bakal Ejen GETB, anda boleh mencetak, menyalin, memuat turun atau menyimpan sementara petikan daripada laman web ini, hanya untuk maklumat peribadi anda dan melainkan jika tiada apa-apa dipinda, bila anda mengguna atau bercadang menggunakan produk dan perkhidmatan kami untuk mana halaman atau petikan daripada laman web in berkaitan secara langsung/tidak langsung dengan permintaan perniagaan takaful untuk GETB.

Tiada kebenaran hak

Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terpelihara.

PAUTAN

Pautan ke laman lain

Di mana kami bekalkan pautan hiperteks ke lokasi lain pada internet, ini dilakukan untuk tujuan maklumat sahaja. Tiada pengendorsan atau kelulusan mana-mana pihak ketiga atau nasihat, pendapat, maklumat, produk atau perkhidmatan mereka dinyatakan atau tersirat oleh sebarang maklumat pada laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web lain atau petikan daripada pautan atau halaman berkaitan atau berpaut ke laman web ini. Kami tidak mengesahkan kandungan mana-mana laman web sebegini. Mengikut pautan-pautan ke lain-lain laman web atau halaman adalah di atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau dalam sebarang cara lain berkaitan hubungan dengan pautan.

Perisian yang boleh dimuat turun

Pautan laman untuk memuat turun perisian hanyalah untuk kemudahan dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kesukaran atau akibat berkaitan dengan memuat turun perisian tersebut. Penggunaan sebarang perisian yang dimuat turun ditadbir oleh terma perjanjian lesen, jika ada, yang disertakan atau dibekalkan dengan perisian tersebut.

MESEJ SEKURITI

Mesej dihantar atas risiko pengguna
Mesej-mesej yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya kerana mereka tertakluk kepada kemungkinan pemintasan atau hilang atau kemungkinan pindaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara tersebut dan tidak menanggung apa-apa terhadap anda atau mana-mana orang untuk sebarang ganti rugi atau sebaliknya berkaitan dengan sebarang mesej yang dihantar oleh anda kepada GETB atau sebarang mesej yang dihantar oleh GETB kepada anda melalui Internet.

GANTI RUGI

Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan sentiasa melindungi GETB daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian (secara langsung atau tidak langsung) dan perbelanjaan, termasuk sebarang yuran perundangan pada dasar menanggung rugi sepenuhnya, yang mungkin disebabkan oleh GETB atau mana-mana ahli daripadanya berkaitan dengan atau akibat daripada

  • anda salah guna laman web ini dan perkhidmatan yang dibekalkan di sini; sama ada secara sengaja atau sebaliknya, atau
  • anda melanggar terma dan syarat walau macam mana pun terjadi, atau
  • sebarang hak harta intelektual atau tuntutan pelanggaran hak empunya yang dilakukan oleh pihak ketiga terhadap GETB berkaitan dengan penggunaan atau salah guna laman web ini.

LAIN –LAIN

Tiada Penepian

Kegagalan GETB untuk melaksanakan atau menegakkan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak mewakili penepian hak atau peruntukan tersebut.

Kebolehasingan

Sekiranya mana-mana daripada terma dan syarat ini ditetapkan tidak sah atau tidak boleh dikenakan menurut sebarang undang-undang, yang berkaitan dengan GETB, lalu peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikenakan akan dianggap telah digantikan oleh peruntukan yang sah, boleh dikenakan yang paling sepadan dengan peruntukan asal, tanpa memansuhkan sebarang peruntukan lain terma dan syarat di sini.

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Dengan mengakses laman web ini dan / atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia:

  • akan merangkum akses tersebut dan penyediaan perkhidmatan sebegini, dan
  • akan terpakai dalam tafsiran terma dan syarat ini.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer versi 9 ke atas.

Paparan resolusi skrin 1024 x 768.

 

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
 

  1. Maklumat Peribadi

Dengan berinteraksi bersama Great Eastern Takaful Berhad (“Pengendali Takaful”), menyerahkan maklumat kepada Pengendali Takaful, mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengendali Takaful, anda memberikan maklumat peribadi pada Pengendali Takaful.

"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang anda telah berikan atau akan berikan kepada Pengendali Takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, data bio atau profil peribadi, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat emel, imej, pilihan peribadi anda, maklumat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, orang yang dilindungi, pelaksana, atau benefisiari yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Pengendali Takaful dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi maklumat peribadi sensitif iaitu yang bermaksud sebarang maklumat peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan.

Dengan memberikan maklumat peribadi kepada Pengendali Takaful, anda mengizinkan (dan jika perlu, secara eksplisit bersetuju) terhadap penggunaan maklumat peribadi anda termasuk maklumat peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Keizinan dan kebenaran yang tersebut di sini akan meliputi sebarang maklumat yang diperolehi daripada mana-mana sijil takaful yang diberikan kepada anda pada masa ini, sebarang permohonan baharu kepada Pengendali Takaful untuk sijil takaful, dan pemprosesan tuntutan, rekod kewangan atau kredit sejarah, data atau maklumat sama ada diberikan atau tidak.

Sebagai peraturan am, jika anda berumur di bawah 18 tahun, Pengendali Takaful akan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap anda. Walau bagaimanapun, jika anda telah mencapai umur 16 tahun dan ingin menyertai sijil takaful keluarga atas kehidupan anda sendiri atau dalam kehidupan lain di mana anda mempunyai kepentingan boleh lindung takaful yang dibenarkan, anda dianggap mempunya keupayaan untuk memberikan kebenaran anda sendiri berkenaan sijil takaful tersebut.
 

  1. Pengumpulan Maklumat Peribadi

Pengendali Takaful mungkin mengumpul maklumat peribadi anda menerusi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, cara berikut:

a. Apabila anda menghantar sebarang borang seperti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, borang permohonan, cadangan, dan/atau tuntutan;

b. Apabila anda membuat sebarang perjanjian, memberi dokumen atau maklumat berkaitan dengan interaksi dan transaksi anda dengan Pengendali Takaful, atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pengendali Takaful.

c. Apabila anda berhubung dengan kakitangan Pengendali Takaful seperti pegawai perkhidmatan pelanggan menerusi panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faksimile, perjumpaan bersemuka, platform digital (termasuk media sosial), dan email;

d. Apabila anda menggunakan perkhidmatan disediakan oleh Pengendali Takaful menerusi dalam talian atau platform teknologi lain, seperti laman sesawang dan aplikasi termasuk semasa anda mendaftar sebarang akaun dalam talian dengan Pengendali Takaful;

e. Apabila anda meminta Pengendali Takaful untuk menghubungi anda, disertakan ke dalam email atau senarai mel lain, membalas permintaan Pengendali Takaful bagi maklumat peribadi tambahan, atau tawaran dan/atau inisiatif disediakan oleh Pengendali Takaful;

f. Apabila anda telah dihubungi oleh, atau membalas kepada, wakil yang dibenarkan oleh Pengendali Takaful atau penyedia perkhidmatan lain lain;

g. Apabila Pengendali Takaful menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga, sebagai contoh, di mana anda telah dirujuk oleh mereka;

h. Apbila imej anda ditangkap oleh Pengendali Takaful melalui kamera CCTV semasa anda berada di dalam premis Pengendali Takaful, atau melalui gambar atau video yang diambil oleh Pengendali Takaful atau wakil yang dibenarkan apabila anda menghadiri acara yang dihoskan oleh Pengendali Takaful;

i. Pengendali Takaful mungkin mengumpul dan/atau mengesahkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga, seperti seseorang pemilik sijil yang mempunyai sijil takaful ke atas diri anda atau untuk manfaat anda, ejen, broker, rakan niaga dan pihak ketiga yang anda telah dirujuk kepada pihak Pengendali Takaful atau pihak ketiga yang telah Pengendali Takaful peroleh atau terima maklumat berkenaan anda berkaitan dengan polisi, permohonan takaful atau tuntutan anda, sebagai contoh, dari mana-mana kumpulan syarikat Great Eastern, penanggung insurans atau pengendali takaful lain, persatuan insurans dan takaful, hospital, klinik serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Sekiranya anda memberikan Pengendali Takaful maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai orang yang dilindungi, pelaksana, atau benefisiari, atau apabila anda merujuk pihak ketiga kepada Pengendali Takaful bagi tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan Pengendali Takaful kepada pihak ketiga tersebut, anda telah menyatakan kepada Pengendali Takaful bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga berkenaan bahawa anda akan memberikan Pengendali Takaful maklumat peribadi mereka bagi tujuan yang dinyatakan di sini. Rujukan bagi "maklumat peribadi anda" akan merangkumi maklumat peribadi pihak ketiga yang telah anda berikan.
 

  1. Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi anda mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Pengendali Takaful (dan pengganti hak miliknya) untuk tujuan berikut:

a. untuk penyediaan perkhidmatan takaful, yang mungkin berkenaan dan untuk menjalankan sebarang kegiatan atau kewajipan sebagai pengendali takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tujuan operasi dan pengurusan dalaman;

b. untuk menilai atau memproses sebarang cadangan atau permohonan yang dibuat untuk mana-mana produk dan perkhidmatan Pengendali Takaful, termasuk sebarang pengunderaitan pada masa hadapan;

c. sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis terhadap tuntutan tersebut, termasuklah memastikan sejarah tuntutan anda untuk memperbaiki proses tuntutan dan mencegah tuntutan palsu, termasuk sebarang penilaian tuntutan pada masa hadapan;

d. untuk mengurus dan mengendalikan hubungan Pengendali Takaful dengan anda serta memberi perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan;

e. untuk memadankan dan mengemaskini sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh Pengendali Takaful dan kumpulan syarikat Great Eastern ("Great Eastern") yang berkaitan dengan anda dari semasa ke semasa (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasterntakaful.com);

f. untuk menawarkan dan/atau memproses sebarang pindaan, perubahan, pembatalan atau pembaharuan sebarang produk atau perkhidmatan oleh Pengendali Takaful atau Great Eastern;

g. untuk pemasaran langsung dan pemasaran umum produk dan perkhidmatan daripada Pengendali Takaful, Great Eastern atau pihak ketiga yang patuh Shariah yang mungkin menarik minat anda. Sila pastikan bahawa maklumat pemasaran yang berkenaan dengan produk dan perkhidmatan daripada pihak ketiga hanya akan dihantar kepada anda sekiranya anda telah bersetuju secararasmi untuk menerima perkara yang sama;

h. untuk penyelidikan dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah dan statistik;

i. untuk menjalankan sebarang hak subrogasi atau tuntutan mendapatkan hak kembali;

j. untuk mencegah, menyiasat atau melaporkan sebarang wang haram yang berlaku atau yang disyaki, pembiayaan keganasan, sogokan, rasuah, penipuan yang berlaku atau yang disyaki termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan takaful, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan lain-lain kegiatan jenayah atau yang menyalahi undang-undang;

k. untuk retakaful;

l. untuk tindakan undang-undang atau yang berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang; dan

m. jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang jujur, sekiranya tindakan itu perlu:

i. untuk mematuhi mana-mana penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses perundangan, dan / atau

ii. untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Pengendali Takaful dan Great Eastern (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasterntakaful.com).

Maklumat yang anda berikan kepada Pengendali Takaful adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat tersebut, Pengendali Takaful mungkin tidak dapat memberikan perlindungan takaful kepada anda atau memberi respon kepada sebarang tuntutan.
 

  1. Pendedahan Maklumat Peribadi

Pengendali Takaful mungkin menzahirkan dan / atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:

a. wakil-wakil yang diberi kuasa oleh Pengendali Takaful;

b. bagi sijil pihak ketiga, Pemilik Sijil dan / atau Orang yang Dilindungi;

c. bagi sijil kumpulan, Pemilik Sijil dan / atau Ejen atau Broker mereka;

d. pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menyediakan pentadbiran, telekomunikasi, kemudahan berkaitan komputer termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian perkakasan atau perisian, penambahbaikan sistem, penghijrahan atau penyelenggaraan, jika ada, pembayaran, pemprosesan data, penyimpanan atau perkhidmatan lain kepada Pengendali Takaful yang berkaitan dengan perlakuan atau cara operasi perniagaan kami) untuk memenuhi kewajipan Pengendali Takaful kepada anda;

e. bank dan institusi kewangan;

f. penanggung insurans atau pengendali takaful, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, pengendali retakaful, persatuan takaful seperti Persatuan Takaful Malaysia dan pihak berkuasa kawal selia industri takaful;

g. mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku kegagalan pembayaran kredit, mana-mana agensi kutipan hutang;

h. mana-mana organisasi perkadaran takaful yang mengumpul maklumat berkenaan sejarah kredit, punca kemalangan, maklumat kecederaan dan jumlah yang dibayar serta berkongsi maklumat dengan syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful lain dan pihak lain yang berhak melihatnya;

i. mana-mana individu yang bertanggungjawab menjaga hal sulit dan telah bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang data sulit, yang telah dilantik oleh Pengendali Takaful untuk menunaikan kewajipannya kepada anda;

j. mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau peserta bersama terhadap hak atau perniagaan Pengendali Takaful;

k. mana-mana individu yang Pengendali Takaful bertanggungjawab membuat penzahiran mengikut keperluan sebarang undang-undang, peraturan, pengawalan, tata amalan atau garis panduan yang mengikat Pengendali Takaful termasuk dan tidak terhad kepada mana-mana badan pengawalan, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf didalam industri seperti Persatuan Takaful Malaysia dan selainnya menurut undang-undang; dan

l. syarikat-syarikat lain di Great Eastern, rakan-rakan sekutu Pengendali Takaful dan;

m. mana-mana rakan perniagaan atau strategik.
 

  1. Langkah Keselamatan pada Maklumat Peribadi Anda

Pengendali Takaful akan mengambil usaha yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi dalam milikan atau kawalan Pengendali Takaful dengan membuat pengaturan keselamatan yang munasabah untuk menghalang akses tanpa kebenaran, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko serupa. Walau bagaimanapun, Pengendali Takaful tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan sebarang maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada atau tentang anda, atau sebagai contoh tiada kod berbahaya akan memasuki tapak web Pengendali Takaful (sebagai contoh virus, pepijat, kuda trojan, perisian pengintip atau perisian iklan). Anda harus sedar tentang risiko yang berkaitan dengan menggunakan tapak web.

Walaupun Pengendali Takaful berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, Pengendali Takaful tidak dapat memastikan keselamatan maklumat yang anda hantar kepada Pengendali Takaful melalui Internet, dan Pengendali Takaful menyarankan anda untuk mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk melindungi maklumat peribadi anda apabila anda berada di Internet.

Pengendali Takaful mengesyorkan agar anda menukar kata laluan anda dengan kerap, menggunakan gabungan huruf dan nombor, dan pastikan anda menggunakan penyemak imbas yang selamat.

Di mana berkenaan, anda berjanji untuk memastikan nama pengguna dan kata laluan anda selamat dan sulit serta tidak akan mendedahkan atau membenarkan ia didedahkan kepada mana-mana orang yang tiada kebenaran, dan memaklumkan Pengendali Takaful secepat mungkin jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa orang lain mengetahui nama pengguna anda serta kata laluan atau percaya kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda telah hilang, dicuri atau dikompromi dalam apa jua cara atau bahawa transaksi sebenar atau kemungkinan transaksi tanpa kebenaran telah berlaku. Pengendali Takaful tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan akibat daripada sebarang pelanggaran keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda tanpa kebenaran dan/atau penipuan.
 

  1. Pengekalan Maklumat Peribadi

Kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda pada jangka masa yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan operasi, audit, penyiasatan, perundangan, kawal selia, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang litigasi yang berpotensi, dan pengunderaitan dan penilaian tuntutan masa hadapan tujuan.
 

  1. Penggunaan Kuki dan Teknologi Berkaitan

Laman web dan platform Pengendali Takaful menggunakan kuki dan teknologi lain. Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan dalam pengkomputeran anda atau peranti elektronik lain apabila anda melawati tapak web dan platform Pengendali Takaful untuk tujuan penyimpanan rekod. Kuki disimpan dalam direktori fail penyemak imbas anda, dan pada kali seterusnya anda melawati tapak web atau platform, penyemak imbas anda akan membaca kuki dan menyampaikan kembali maklumat ke tapak web, platform atau elemen yang pada asalnya menetapkan kuki. Bergantung pada jenis kuki itu, kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain.

Suar web (juga dikenali sebagai tag piksel dan GIF jelas) melibatkan grafik yang tidak nyata kepada pengguna. Pautan penjejakan dan/atau teknologi serupa terdiri daripada beberapa baris kod pengaturcaraan dan boleh dibenamkan dalam tapak web atau platform Pengendali Takaful. Suar web biasanya digunakan bersama dengan kuki dan digunakan terutamanya untuk tujuan analisis statistik. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menjejaki corak trafik pada tapak web dan platform, serta mengetahui sama ada e-mel telah diterima dan dibuka dan untuk melihat sama ada terdapat sebarang respons.

Pengendali Takaful mungkin menggunakan kuki dan teknologi lain seperti berikut:

a. maklumat penjejakan seperti bilangan pelawat dan kekerapan penggunaan mereka, profil pelawat dan tapak pilihan mereka;

b. menjadikan tapak web dan platform Pengendali Takaful lebih mudah digunakan. Sebagai contoh, kuki boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan interaksi masa depan anda dengan tapak web dan platform Pengendali Takaful;

c. untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan Pengendali Takaful dengan lebih baik mengikut minat dan keperluan anda. Sebagai contoh, maklumat kuki mungkin dikenal pasti dan didedahkan kepada vendor dan rakan kongsi perniagaan Pengendali Takaful untuk menjana pandangan pengguna;

d. mengumpul maklumat tentang carian dan sejarah penyemakan imbas pengguna;

e. apabila anda berinteraksi dengan Pengendali Takaful di tapak web dan platform Pengendali Takaful, Pengendali Takaful mungkin menerima dan merekod maklumat secara automatik pada log pelayan Pengendali Takaful daripada penyemak imbas anda. Pengendali Takaful mungkin mengumpul untuk tujuan analisis, statistik dan maklumat berkaitan tapak termasuk, tanpa had, maklumat yang berkaitan dengan cara pelawat tiba di tapak web atau platform, pelayar yang digunakan oleh pelawat, sistem pengendalian yang digunakan pelawat, pelawat. Alamat IP, dan maklumat strim klik pelawat dan cap masa (yang mungkin termasuk sebagai contoh, maklumat tentang halaman yang mereka telah lihat, masa halaman itu diakses dan masa yang dihabiskan untuk setiap halaman web);

f. menggunakan maklumat sedemikian untuk memahami cara orang menggunakan tapak web dan platform Pengendali Takaful, dan untuk membantu Pengendali Takaful menambah baik struktur dan kandungan mereka;

g. menggunakan kuki yang diperlukan untuk membolehkan tapak web dan platform Pengendali Takaful beroperasi, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda log masuk ke bahagian selamat tapak web dan platform Pengendali Takaful; dan/atau

h. memperibadikan laman web dan platform untuk anda, termasuk menyampaikan iklan yang mungkin menarik minat anda dan menggunakan maklumat berkaitan kuki untuk membolehkan kami memahami keberkesanan iklan Pengendali Takaful.

Beberapa kuki yang Pengendali Takaful gunakan adalah daripada syarikat pihak ketiga untuk memberikan Pengendali Takaful analisis web dan risikan tentang tapak web dan platform Pengendali Takaful. Syarikat-syarikat ini mengumpulkan maklumat tentang interaksi anda dengan tapak web dan platform Pengendali Takaful. Pengendali Takaful menggunakan maklumat sedemikian untuk menyusun statistik tentang pelawat yang berinteraksi dengan tapak web, platform dan kandungan dalam talian Pengendali Takaful yang lain, untuk mengukur keberkesanan komunikasi Pengendali Takaful, dan untuk memberikan maklumat yang lebih berkaitan kepada pelawat.

Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki tersebut, anda boleh melaraskan tetapan penyemak imbas anda. Melainkan anda telah melaraskan tetapan penyemak imbas anda untuk menyekat kuki, sistem Pengendali Takaful akan mengeluarkan kuki sebaik sahaja anda melawat tapak Pengendali Takaful atau mengklik pada pautan dalam e-mel sasaran yang telah Pengendali Takaful hantar kepada anda, walaupun anda telah memadamkan kuki sebelum ini.

Cara kuki boleh diuruskan bergantung pada penyemak imbas anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengkonfigurasi atau melumpuhkan kuki, sila rujuk pilihan 'Bantuan' pelayar internet anda.

Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi lain oleh Pengendali Takaful seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini, anda harus memadam atau melumpuhkan kuki yang dikaitkan dengan tapak web dan platform Pengendali Takaful dengan menukar tetapan pada penyemak imbas anda dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat memasuki bahagian tertentu tapak web atau platform Pengendali Takaful. Ini juga boleh memberi kesan kepada pengalaman pengguna anda semasa berada di tapak web atau platform Pengendali Takaful.

Analisis data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin boleh digunakan untuk beberapa tujuan yang dinyatakan dalam perenggan di atas.
 

  1. Hak Anda pada Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh Pengendali Takaful berdasarkan undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi talian bantuan Pengendali Takaful atau melayari Portal Pelanggan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan pemprosesan maklumat tertentu, termasuk membatalkan persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran, anda boleh menghubungi talian bantuan Pengendali Takaful atau menulis kepada Pengendali Takaful.

Pengendali Takaful boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh Pengendali Takaful adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, Pengendali Takaful akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan atau maklum balas anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berhubung dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Pengendali Takaful.

Untuk keterangan lanjut mengenai cara Pengendali Takaful memproses maklumat peribadi anda, sila layari laman sesawang Pengendali Takaful dan baca Piagam Pelanggan dan Dasar Privasi seperti yang dinyatakan di bawah :

Great Eastern Takaful Berhad
Laman Sesawang www.greateasterntakaful.com
Portal Pelanggan https://igetintouch.greateasterntakaful.com
Talian Bantuan Pengendali Takaful 1300-13-8338
Alamat Emel i-greatcare@greateasterntakaful.com
Pegawai Privasi +60342598381

Pengendali Takaful boleh menyemak dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan di dalam undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Pengendali Takaful dan Great Eastern, serta perubahan di dalam jangkaan privasi komuniti. Sebarang kemas kini dan / atau perubahan pada Notis ini akan dimuat naik di laman sesawang Pengendali Takaful dan anda dinasihatkan merujuk kepada laman sesawang Pengendali Takaful pada bila-bila masa untuk memastikan anda mendapat maklumat jika ada sebarang perubahan.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Sila layari versi Bahasa Inggeris.

Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan atau akan berikan, boleh digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Great Eastern Takaful Berhad ("GETB"), termasuk pengganti hak miliknya untuk tujuan berikut:

  • untuk memproses borang permohonan ejen anda;
  • untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan dalaman, termasuk pemeriksaan karakter/kredit yang mungkin terdiri daripada kajian menyeluruh dan penyiasatan latar belakang anda, kelayakan, pengalaman, pendidikan, sejarah pekerjaan, rujukan dan maklumat lain (termasuk rekod jenayah);
  • untuk penyelidikan dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah dan statistik;
  • untuk memantau peranan dan prestasi anda sebagai ejen GETB;
  • untuk memadankan dan mengemaskini maklumat peribadi anda yang terdapat di dalam rekod GETB dan kumpulan syarikat Great Eastern ("Great Eastern") dari semasa ke semasa;
  • untuk tujuan promosi termasuk memaparkan dan menerbitkan gambar atau imej video;
  • untuk tujuan pemasaran langsung dan pemasaran umum produk dan perkhidmatan GETB, Great Eastern atau pihak ketiga yang patuh Shariah yang mungkin menarik minat anda. Harap maklum bahawa maklumat pemasaran yang berkenaan dengan produk dan perkhidmatan tersebut hanya akan dihantar kepada anda sekiranya anda telah bersetuju secara rasmi untuk menerima;
  • untuk mencegah, menyiasat atau melaporkan sebarang wang haram yang berlaku atau yang disyaki, pembiayaan keganasan, sogokan, rasuah, penipuan yang berlaku atau yang disyaki termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan takaful, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan lain-lain kegiatan jenayah atau yang menyalahi undang-undang;
  • untuk tindakan undang-undang atau yang berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang; dan
  • jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang jujur, sekiranya tindakan itu perlu:
    a. untuk mematuhi mana-mana penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses perundangan, dan / atau
    b. untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta GETB dan Great Eastern.

"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang anda telah berikan atau akan berikan kepada GETB dan/atau Great Eastern, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat emel, imej, pilihan peribadi anda, maklumat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh GETB dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi data peribadi sensitif iaitu yang bermaksud sebarang data peribadi yang mengandungi  maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan.

GETB boleh menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi keperluan pentadbiran, audit, penyiasatan, perundangan, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tujuan yang berpotensi dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat yang anda berikan kepada GETB adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan GETB dengan maklumat tersebut, GETB mungkin tidak dapat memproses, mentadbir atau mengurus permohonan dan peranan anda sebagai ejen GETB, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenaikan pangkat dan komisen anda.

Jika anda memberi kami maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, dengan memberikan maklumat sedemikian kepada kami, anda menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga untuk memberi kepada kami maklumat peribadi mereka untuk tujuan yang berkaitan dengan anda seperti yang dinyatakan di dalam notis ini.

GETB boleh menzahirkan dan/atau memberi maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:

  • Wakil GETB yang diberi kuasa dan pegawai  terdekat  dan / atau atasan;
  • pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menyediakan pentadbiran, telekomunikasi, kemudahan berkaitan komputer termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian perkakasan atau perisian, penambahbaikan sistem, penghijrahan atau penyelenggaraan, jika ada, pembayaran, pemprosesan data, penyimpanan atau perkhidmatan lain kepada GETB yang berkaitan dengan perlakuan atau cara operasi perniagaan kami) untuk memenuhi kewajipan GETB kepada anda;
  • pengendali takaful, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, pengendali retakaful, persatuan takaful dan pihak berkuasa kawal selia industri takaful;
  • mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku kegagalan pembayaran kredit, mana-mana agensi kutipan hutang;
  • mana-mana orang yang menjadi tanggungjawab GETB untuk membuat penzahiran kepadanya mengikut sebarang kehendak undang-undang, peraturan, tataamalan atau garis panduan yang mengikat GETB termasuk tanpa batasan, sebarang badan kawal selia, badan-badan kerajaan atau badan yang diiktiraf industri seperti Persatuan Takaful Malaysia, dan jika dikehendaki oleh undang-undang;
  • syarikat-syarikat lain di Great Eastern, yang sekutu dan mana-mana rakan perniagaan atau strategik (untuk maklumat, sila layari laman sesawang kami di www.greateasterntakaful.com); dan
  • pihak-pihak lain yang anda telah bersetuju untuk penzahiran data peribadi anda.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh GETB berdasarkan undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda melalui portal i-Great Partner (https://igreatpartner.greateasterntakaful.com). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan pemprosesan maklumat tertentu, anda boleh menghubungi GETB melalui Modul Komunikasi Internet (ICM) di i-Great Partner.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berhubung dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi kami di 603-4259 8381.

GETB boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh GETB adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, GETB akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan atau maklum balas anda.

GETB boleh menyemak dan mengemaskini Notis Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan di dalam undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur GETB, Great Eastern, serta perubahan di dalam jangkaan privasi komuniti. Sebarang kemas kini dan / atau perubahan pada Notis Perlindungan Data Peribadi ini akan dimuat naik di portal i-Great Partner. Anda dinasihatkan merujuk kepada portal i-Great Partner secara berkala untuk memastikan anda mendapat maklumat jika ada sebarang perubahan.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

POLISIS PRIVASI

DI GREAT EASTERN TAKAFUL, kami menghormati setiap hak individu untuk privasi. Hubungan kami dengan anda adalah aset paling berharga kami dan iannya merupakan dasar nama dan reputasi kami. Sama ada anda merupakan pemilik sijil kami, ejen GREAT EASTERN TAKAFUL, pengguna berdaftar atau pelawat ke bahagian selamat Laman web kami, kami faham kepentingan yang anda letakkan pada privasi dan keselamatan maklumat yang mengenalkan diri anda secara peribadi atau maklumat anda. Kami merujuk kepada dan menganggap maklumat ini sebagai”maklumat peribadi”. Kami memberikan poisi privasi yang berikut kepada anda.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL OLEH GREAT EASTERN TAKAFUL DAN BAGAIMANA MAKLUMAT INI DIGUNAKAN

Bila anda menyertai sijil baru atau mendaftar untuk perkhidmatan kami, kami bertanyakan maklumat peribadi anda melalui pelbagai kaedah komunikasi (contohnya transmisi bentuk elektronik, pengisian salinan borang nyata, dll) seperti butiran hubungan anda, antara maklumat lain. Apabila kami mengumpul maklumat peribadi ini daripada anda, kami akan membuat rujukan kepada polisi ini. Kami menghadkan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi untuk apa yang perlu bagi mentadbir perniagaan kami, untuk menawarkan rangkaian rancangan kewangan, produk terbaik dan/atau untuk menyampaikan perkhidmatan unggul kepada anda.

PROSEDUR KESELAMATAN YANG DIBUAT UNTUK MELINDUNGI MAKLUMAT

Kami komited untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi anda. Untuk tujuan ini dan berdasarkan kebolehan kami yang terbaik, kami telah melaksanakan sistem kawalan yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat pelanggan, ejen, atau rakan kongsi perniagaan pada setiap masa. Piawaian dan prosedur keselamatan hendaklah dikekalkan walau apa pun berakhir atau penamatan hubungan perniagaan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan kami, sila lihat kenyataan kami mengenai Dasar Sekuriti dan Ciri-ciri di bawah.

Kami juga mengekalkan peraturan-peraturan yang ketat yang membenarkan hanya pekerja tertentu yang berkaitan atau diperlukan untuk mengakses maklumat anda atas dasar perlu-tahu. Kakitangan kami telah mendapat pendidikan dan secara peribadi telah diambil untuk mematuhi / tindakan mengikut hak anda untuk privasi dan kerahsiaan. Sebarang pelanggaran dasar korporat oleh pekerja kami dianggap serius dan pekerja berkenaan dikenakan tindakan tatatertib seperti yang kami anggap wajar.

DASAR KESELAMATAN DAN CIRI-CIRI

Kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan yang boleh mengakibatkan pengubahan, kemusnahan, kecurian data atau mengkompromikan kerahsiaan pelanggan kami atau ejen atau data rakan kongsi perniagaan. Laman web kami menggunakan perkakasan keselamatan yang terbukti secara komersial dan produk perisian dalam sistem, rangkaian dan aplikasi infrastruktur kami. Produk-produk keselamatan ini termasuk router, firewall, sistem operasi selamat, proses pengesahan, teknologi penyulitan, dan lain-lain.

Sila ambil perhatian bahawa anda memainkan peranan dalam sistem keselamatan juga. Walaupun kami menjalankan segala usaha yang munasabah untuk menyediakan pelbagai sistem yang selamat, terjamin dan boleh dipercayai, kami tidak mempunyai kawalan ke atas komputer, perisian komputer, sistem dan sampingan tambahan lain yang digunakan oleh anda untuk mengakses sistem dan penghantaran terus melalui internet tidak boleh dijamin, wajar atau diwakili sebagai selamat sepenuhnya. Jika anda telah mendaftar untuk kemudahan dalam talian, anda tidak perlu berkongsi kemudahan dengan orang lain atau mendedahkan kedua-dua "sistem pengguna-id" dan "kata laluan". "Kata laluan" sepatutnya menjadi kod rahsia dan ia perlu diubah dengan serta merta, jika anda merasakan bahawa ia telah dikompromi. Berdasarkan amalan baik, "kata laluan" mesti ditukar selalu dan kod rahsia yang tidak mudah diteka.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada orang lain melainkan jika kami telah memberi notis pendedahan terlebih dahulu atau sebelum ini telah dibenarkan oleh anda. Kami berhak mendedahkan atau melaporkan maklumat peribadi dalam keadaan tertentu di mana kami percaya dengan jujur pendedahan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan atau arahan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang), untuk bekerjasama dengan pengawal selia, undang-undang pihak berkuasa atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, atau untuk menguatkuasakan dan melindungi hak atau harta kami.

Untuk memastikan bahawa anda mendapat manfaat daripada rangkaian penuh rancangan kewangan, produk dan / atau perkhidmatan dan juga peluang-peluang lain, kami, dari masa ke masa akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan ejen-ejen kami, syarikat gabungan atau syarikat-syarikat ahli dalam Kumpulan kami dan / atau rakan kongsi perniagaan lain. Dalam keadaan sedemikian, kami melindungi maklumat peribadi dengan perjanjian kerahsiaan dan entiti ini mesti mengesahkan dengan piawai privasi kami supaya kerahsiaan maklumat tersebut sentiasa dilindungi.

Teras 1: Takaful Mudah Diakses

Menawarkan model penglibatan yang aktif di mana pelanggan akan menyedari:

  • Pelbagai saluran pilihan dan akses untuk penyertaan dan pertanyaan.
  • Di mana dan bagaimana untuk memberi maklum balas, cadangan dan aduan.

Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan efektif dalam mengendalikan aduan dan pertanyaan. Anda boleh menangani semua kebimbangan atau aduan yang berkaitan dengan pengendalian maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami melalui saluran ini:

  • Lawati mana-mana 21 pusat perkhidmatan kami di seluruh negara; atau
  • Hubungi talian bebas tol kami di 1 300 13 8338; atau
  • Tulis kepada kami di:

    Unit Maklumbalas Pelanggan
    Great Eastern Takaful Berhad
    Level 3 menara Great Eastern
    303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur

Matlamat Yang Diharapkan
Penglibatan yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih baik

Sasaran Tahap Perkhidmatan

  • Pelbagai saluran dan saluran yang sesuai digunakan untuk penyertaan dan pertanyaan.
  • Saluran atas talian digunakan untuk penyertaan dan pertanyaan.
  • Maklumbalas, cadangan dan aduan diterima melalui saluran yang disediakan.

Komitmen Kami

  1. Kami akan memastikan produk-produk Takaful mudah diakses melalui pelbagai saluran, secara fizikal dan maya, untuk mendapatkan maklumat, penyertaan atau membuat pertanyaan.

    • Menawarkan model penglibatan aktif di mana pelanggan akan menyedari:
      • Pelbagai pilihan saluran dan akses untuk penyertaan dan pertanyaan.
      • Di mana dan bagaimana memberi maklumbalas, cadangan dan aduan.
         
    • Mengukuhkan bahawa takaful mudah diakses melalui pelbagai saluran, fizikal dan maya.

      • Pelanggan sentiasa dimaklumkan mengenai saluran-saluran fizikal dan penglibatan yang tersedia untuk mereka mengambil bahagian dalam pelan takaful atau membuat pertanyaan.

      • Secara khusus, pelanggan harus mempunyai akses kepada yang berikut:
        • Carian ejen takaful
        • Senarai saluran penglibatan pelanggan, iaitu laman web korporat, portal web layan-diri pelanggan dan pusat panggilan.
        • Media sosial - Facebook: Great Eastern Takaful Berhad

          Nota: Saluran yang tersedia mungkin berbeza dari masa ke semasa, dan pelanggan akan dimaklumkan dengan sewajarnya.

  2. Kami akan mendapatkan maklumbalas, cadangan atau aduan secara aktif agar kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan

    • Pelanggan disediakan dengan saluran untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui:

    • Kami akan menjalankan maklum balas / tinjauan kepuasan pelanggan secara berkala untuk memastikan keperluan pelanggan dipenuhi.

 

Kembali ke atas

Teras 2 : Kenali Pelanggan Anda

Untuk memahami profil pelanggan dengan secukupnya yang membolehkan kami untuk:

  • Mengetahui dan menjangkakan keperluan dan keinginan pelanggan.
  • Meminta maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk memberikan nasihat terbaik kepada pelanggan.
  • Menawarkan produk dan perkhidmatan yang sesuai.

Matlamat Yang Diharapkan
Memupuk Kepercayaan

Sasaran Tahap Perkhidmatan

  • 90% pelanggan dilayan dengan produk dan perkhidmatan yang sesuai yang mana memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  • Aduan minimum (nisbah 5% daripada jumlah aduan) dari pelanggan yang tidak memahami apa yang ditawarkan dan / atau tidak mempunyai produk dan perkhidmatan yang sesuai.

Komitmen Kami

  1. Kami akan berusaha untuk membantu para pelanggan mencari produk yang sesuai untuk memenuhi keperluan mereka

    • Kakitangan dan ejen yang berpengetahuan dan beretika sedia ada untuk berkhidmat kepada pelanggan
    •  Latihan
      • Memastikan kakitangan dan ejen dilatih dengan betul mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
      • Latihan mesti disediakan apabila produk baru dilancarkan dan kerap sebagai kursus penyegaran untuk produk sedia ada.
         
    • Memahami Keperluan Pelanggan

      Untuk memahami profil pelanggan dengan secukupnya, kami termasuk ejen kami hendaklah: -

      • Mendengar penuh perhatian kepada para pelanggan.
      • Memperakui dan memahami dengan betul keperluan dan keinginan pelanggan.
      • Minta maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk memberi nasihat kepada pelanggan dengan sewajarnya dan mengikut Tataamalan Perlindungan Data Peribadi 2010 yang berkaitan dengan industri.
      • Menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
         
    • Sebarang pilihan yang diberikan kepada pelanggan akan dijelaskan dan pada "asas pilihan”, contoh rider, berkongsi / menggunakan maklumat pelanggan untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan.

Nota: Pengendalian maklumat pelanggan dikawal oleh Dokumen Sijil Bank Negara Malaysia mengenai Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan dan Pengendali Takaful hendaklah beroperasi dengan sewajarnya.

Kembali ke atas
 

Teras 3: Perkhidmatan tepat pada masanya, Telus dan Cekap

Menyampaikan perkhidmatan yang lancar di mana pelanggan akan menyedari:

  • Tanggungjawab Pengendali Takaful terhadap para pelanggan.
  • Piawaian perkhidmatan yang dijangkakan dan masa yang diambil untuk menyampaikan perkhidmatan ini, iaitu masa yang diambil untuk menjawab pertanyaan / menyelesaikan aduan.
  • Di mana dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

Matlamat yang Diharapkan
Kepuasan pelanggan

Sasaran Tahap Perkhidmatan

  • 80% pelanggan dilayani mengikut tahap perkhidmatan dan masa yang ditetapkan.
  • 100% pelanggan diberikan dokumen sijil tepat pada masanya.
  • Penurunan nisbah aduan.

Komitmen Kami

  1. Kami akan menetapkan tanggungjawab yang jelas terhadap para pelanggan dan berusaha mematuhinya:
    Di Great Eastern Takaful Berhad, visi kami adalah untuk membuka jalan kepada kehidupan yang HEBAT dan CERIA: Takaful untuk ANDA & SAYA

    Misi kami terdiri daripada:

    • Melindungi keperluan jangka hayat anda dengan produk yang menarik dan berpatutan
    • Alami saat-saat bermakna bersama kami: kami menepati janji-janji kami sepanjang masa
    • Untuk menjadi rakan terpilih untuk semua pihak yang berkepentingan dengan menarik dan memupuk bakat-bakat yang bernilai
      Kami juga menganggap pematuhan dengan pelbagai kehendak pengawal selia termasuk kehendak Syariah, antara yang paling penting dan antara keutamaan strategik kami. Unit Maklumbalas Pelanggan kami mempromosikan urusan yang saksama dalam urusan perniagaan dengan para peserta dan disediakan untuk melindungi kepentingan pihak berkepentingan kami.
       
  2. Kami akan menetapkan jangkaan yang jelas terhadap masa yang diambil untuk pelbagai perkhidmatan.

    • Untuk memastikan masa yang diambil terhadap pelbagai perkhidmatan dinyatakan secara jelas:
      • Penyampaian Perkhidmatan

        Maklumat mengenai tempoh masa pemprosesan yang diambil untuk penyampaian perkhidmatan mestilah dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan melalui pelbagai saluran (ibu pejabat/ cawangan / risalah / pusat panggilan / laman web / media sosial).

      • Piawaian yang akan diamalkan
        • Melayani Pelanggan yang datang dengan segera
        • Masa menunggu pelanggan: Dalam masa 10 minit.
           
  3. Kami akan memastikan pelayanan perkhidmatan sijil yang cekap dan menyediakan dokumentasi yang berkaitan tepat pada masanya.

    • Para pelanggan hendaklah dimaklumkan mengenai setiap langkah dan dokumentasi yang diperlukan untuk mengubah, memperbaharui, menyerahkan atau membatalkan sijil, contohnya, apa yang berlaku sekiranya terdapat perubahan pada sijil, notis mengenai pembaharuan, dan sebagainya serta akibat yang timbul daripada mana-mana tindakan ini.
    • Para pelanggan perlu diingatkan dalam notis pembaharuan supaya memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan risiko sebelum pembaharuan.
    • Prosedur Operasi Standard berkenaan urusan dengan para pelanggan mesti dipatuhi dengan jelas.
       
  4. Kami akan memastikan perkhidmatan sijil yang cekap dan menyediakan dokumentasi yang berkaitan pada masa yang tepat (Takaful Keluarga)

    • Takaful Keluarga

      Tempoh masa pemprosesan Sijil (dari penerimaan dokumentasi yang lengkap, maklumat dan pembayaran caruman)

      • Pengeluaran Sijil Baru (setelah diterima dalam sistem Sijil):

        • Kes-kes standard – dalam masa 5 hari bekerja
        • Maklumat tambahan yang diperlukan / keadaan penyakit sedia ada / kes rumit - dalam masa 10 hari bekerja
           
      • Perubahan butiran Sijil (Endorsmen):

        • Perubahan Sijil (Bukan-kewangan): dalam masa 3 hari bekerja
        • Perubahan Sijil (Kewangan):
        • Kes-kes standard - dalam masa 5 hari bekerja
        • Kes-kes bukan standard - dalam masa 10 hari bekerja
        • Penguatkuasaan Semula: dalam masa 10 hari bekerja (dengan bayaran & dokumentasi lengkap)
           
    • Pengeluaran notis pembaharuan

      Untuk Sijil dengan pembaharuan yang dijamin, notis caruman akan dikeluarkan tidak kurang daripada 30 hari kalendar sebelum tarikh caruman yang akan datang (tidak termasuk kad kredit/ kad debit yang berulang dan pembayaran auto debit; dan mod bulanan).

      Pemberitahuan Semakan Semula Caruman untuk memperbaharui Sijil bertempoh asas / rider bertempoh akan dikeluarkan tidak kurang daripada 30 hari kalendar sebelum tamat Sijil / rider yang sedia ada.

      • Pembatalan / penyerahan Sijil: 10 hari bekerja selepas penerimaan lengkap dokumen - termasuk pemprosesan bayaran balik caruman.
      • Pengeluaran kad perubatan / hospital untuk individu – pada hari perniagaan yang sama Sijil dikeluarkan.

        Nota: Garis masa di atas tidak mengambil kira proses penerimaan - Pengendali Takaful mempunyai proses penerimaan / pengenalan pada produk dan perkhidmatan mereka sendiri.
         
  5. Kami akan lebih terbuka dan telus dalam urusan kami
    Maklumat berikut dapat diakses dengan mudah dan disediakan melalui pelbagai saluran komunikasi seperti cawangan / risalah / pusat panggilan/ media sosial / laman web korporat:

    • Maklumat berkaitan produk, iaitu ciri-ciri produk, risalah pemberitahuan produk, terma dan syarat, fakta utama dan pengecualian akan dikongsi pada masa penyertaan
    • Yuran, caj (selain caruman), serta kewajipan dalam penggunaan produk atau perkhidmatan (contohnya apabila caruman perlu dibayar dan menjelaskan pembayaran sebelum waranti perlindungan).
    • Penyataan anti-penipuan dan perkara penting untuk diingati, iaitu kerahsiaan maklumat pelanggan, tempoh memerhati bebas tidak kurang dari 15 hari kalendar (Takaful Keluarga) dan hak kami untuk menolak atau menerima permohonan.
    • Semua maklumat di atas hendaklah dijelaskan dan dinyatakan menggunakan ayat ringkas dan mudah difahami.
       
  6. Kami akan mengikuti dan memberikan jawapan / maklumat terkini kepada pertanyaan & aduan pelanggan dengan segera

    • Pelanggan yang datang sendiri

      Anda akan dilayan dalam masa 10 minit

    • Telefon

      • Maklum balas terhadap aduan melalui maklumbalas suara automatik kami adalah serta merta
      • Panggilan dijawab dalam tiga deringan.
      • Kes-kes yang mudah dan ringkas akan diselesaikan dan dibalas dengan serta-merta.
      • Kes-kes rumit yang memerlukan susulan, akan dijawab dalam tempoh dua (2) hari bekerja
         
    • Bertulis (E-mel, faks, surat bertulis & media sosial)

      • Maklumbalas automatik untuk pemberitahuan penerimaan akan dihantar kepada penghantar apabila menerima e-mel.
      • Maklum balas e-mel akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan pertanyaan.
      • Surat-menyurat akan dibalas dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan pertanyaan ringkas. Anda akan diberitahu secara kerap jika pertanyaan adalah rumit dan memerlukan siasatan mendalam.
         
    • Kaunter / Cawangan

      • Jika tiada susulan, kami akan berusaha untuk memberikan keputusan awal dengan segera.
      • Sekiranya susulan diperlukan - dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh lawatan pertama.

        Nota: Jika siasatan adalah rumit, kami akan menyediakan jangka masa yang munasabah dan memastikan pelanggan diberitahu dengan sewajarnya.
         
  7. Kami akan memastikan pengendalian aduan yang konsisten dan menyeluruh

    • Untuk mengamalkan perkara berikut:

      • Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pelbagai pilihan untuk mengemukakan aduan melalui saluran yang ada, bergantung kepada saluran sedia ada dan mana-mana yang berkenaan, iaitu menyediakan butiran perhubungan unit aduan (nombor telefon, e-mel dan alamat), laman web, media sosial, dan sebagainya.
      • Proses pengesahan perlu dilakukan ke atas Pemilik Sijil / Peserta.
      • Menyampaikan dengan jelas mengenai isu dan mengumpul maklumat yang mencukupi untuk resolusi yang dimaklumkan.
      • Menyatakan isu ini dengan adil, objektif dan tepat pada masanya dengan memaklumkan kepada pengadu mengenai keputusan kami tidak lewat dari 14 hari kalendar dari tarikh penerimaan aduan.
      • Jika kes rumit atau memerlukan siasatan lanjut, kami akan memaklumkan kepada pengadu dan memaklumkan siasatan terkini setiap 14 hari kalendar. Jika tidak diselesaikan, maklumat terkini akan diberikan dalam masa 14 hari kalendar lagi. Selepas itu, selepas setiap 30 hari kalendar.
      • Memastikan pengadu diberikan maklumat terkini jika tidak dapat menangani isu-isu dalam tempoh yang ditetapkan.
      • Merujuk pengadu ke peringkat yang lebih tinggi jika pengadu tidak berpuas hati dengan keputusan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://www.greateasterntakaful.com/bm/dapatkan-bantuan/khidmat-pelanggan.html

        Nota: Pengendalian aduan dan garis masa dikawal oleh Garis Panduan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Pengendalian Aduan dan Pengendali Takaful hendaklah beroperasi sewajarnya

 

Kembali ke atas

Teras 4: Proses Penyelesaian Tuntutan yang Adil, Telus dan Tepat pada waktu

Menyediakan pengalaman pemprosesan dan penyelesaian tuntutan yang lancar di mana pelanggan menyedari:

  • Prosedur, dokumentasi dan langkah-langkah termasuk pelbagai pilihan (jika ada) untuk pemberitahuan awal sekiranya terdapat tuntutan.
  • Piawaian perkhidmatan seperti yang dijangkakan untuk pemprosesan tuntutan dan masa yang diambil untuk setiap langkah dalam peringkat pemprosesan tuntutan.
  • Pelbagai mekanisme penyelesaian untuk pembayaran tuntutan yang tidak memuaskan.

Matlamat yang Diharapkan
Memberikan ketenangan minda kepada pelanggan

Sasaran Tahap Perkhidmatan

  • 75% pelanggan berpuas hati dengan keputusan dan proses tuntutan.
  • Penurunan nisbah aduan dalam tahun-tahun berikutnya daripada para pelanggan mengenai penyelesaian dan proses tuntutan
  • 100% tuntutan yang sah dibayar dengan sewajarnya.

Komitmen Kami

  1. Kami akan menetapkan tempoh masa yang jelas untuk proses penyelesaian tuntutan dan berusaha untuk menyelesaikan tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan secara telus.

    • Untuk menetapkan tempoh yang jelas untuk proses penyelesaian tuntutan dan berusaha untuk menyelesaikan tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan secara telus dengan mengguna pakai prosedur berikut:

      • Pelanggan akan dimaklumkan mengenai anggaran masa yang diambil untuk proses penyelesaian tuntutan dan tahap perkhidmatan yang diharapkan.

        Untuk Tuntutan Hospital dan Pembedahan, TAT adalah T + 5 hari bekerja. Tuntutan kematian / TPD / CI, TAT adalah T + 7 hari bekerja. Untuk tuntutan Kumpulan, TAT ialah T + 20 hari.

        Nota:
        • *T adalah hari ini
        • * Masa dikira setelah dokumen lengkap diterima
          • Maklumat ini akan disediakan melalui pelbagai saluran (iaitu cawangan / risalah / pusat panggilan / media sosial / laman web).
          • Pelanggan akan dimaklumkan mengenai penerimaan tuntutan mereka dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan.
          • Semua pemberitahuan tuntutan melalui agen mesti diterima oleh Pengendali Takaful dalam masa 3 hari bekerja, kecuali tuntutan berkaitan jenayah yang mesti diberitahu dalam masa 24 jam dari masa kerugian.
          • Jika dokumentasi / maklumat tidak lengkap, pelanggan akan dimaklumkan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan oleh Jabatan Tuntutan.
          • Menyatakan prosedur tuntutan utama dan menetapkan tempohnya, iaitu pelantikan penyiasat, penilaian tuntutan, dan sebagainya.
          • Pelanggan akan diberitahu atas siasatan / keputusan setiap 14 hari bekerja.
          • Sekiranya terdapat bencana / malapetaka, contohnya, sejumlah besar tuntutan mungkin diterima, dimana tuntutan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, kami akan berusaha untuk memaklumkan perkembangan siasatan terkini pada setiap 20 hari bekerja.

            Nota: Penyelesaian tuntutan dan tempoh masa untuk perniagaan Takaful Am adalah ditadbir oleh Garis Panduan Bank Negara Malaysia mengenai Amalan Penyelesaian Tuntutan dan Pengendali Takaful Am hendaklah beroperasi dengan sewajarnya.
             
  2. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan untuk merujuk ke peringkat yang selanjutnya jika penyelesaian / penolakan tuntutan tidak memihak kepadanya.

    • Untuk memastikan pelanggan dimaklumkan mengenai rujukan ke peringkat yang selanjutnya jika penyelesaian / penolakan tuntutan tidak memihak kepadanya.

      • Saluran utntuk pelanggan membuat rayuan/ menangani pertikaian akan disediakan (iaitu cawangan / risalah / pusat panggilan / laman web)
      • Sebarang surat penolakan berkaitan sebarang elemen tuntutan dan pertikaian mengenai kuantum yang berada di dalam bidang kuasa Skim Ombudsman Kewangan mesti mengandungi pernyataan berikut secara jelas: "Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pengendali Takaful, hendaklah merujuk kepada prosedur rayuan seperti yang dinyatakan dalam risalah yang dikeluarkan oleh Skim Kewangan Ombudsman.

Tarikh kuat kuasa
Piagam Perkhidmatan Pelanggan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Kembali ke atas
 

Penafian Perunding Takaful di akaun media sosial

Sebarang pandangan, pendapat, rujukan, dan pernyataan fakta dan/atau kenyataan lain yang mungkin saya nyatakan di akaun media sosial ini atau sebaliknya ialah pandangan peribadi dan tidak semestinya pandangan yang dipegang oleh Great Eastern Takaful. Great Eastern Takaful menolak sebarang liabiliti yang mungkin timbul dari atau berkaitan dengan kenyataan tersebut.

 

 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo