Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
hibah takaful - i-great generasi

Takaful Keluarga

i-Great GENerasi | Hibah Takaful Keluarga dengan Tempoh Fleksibel

Hadiah paling bermakna dari anda untuk generasi seterusnya

Di setiap peringkat kehidupan anda, ada perkara-perkara penting yang anda perlu lindungi. Anda bukan sahaja sanggup bekerja keras untuk hidup selesa. Malah kerja keras anda adalah demi memastikan supaya orang yang tersayang dan generasi anda seterusnya dapat menikmati hasil usaha anda. Jika keutamaan anda adalah untuk melindungi masa depan keluarga tercinta. Apa kata anda zahirkan kasih sayang anda pelan hibah takaful kami yang bernama i-Great GENerasi, pelan hibah takaful ini mempunyai tempoh yang fleksibel dengan bayaran bulanan hibah takaful yang tidak membebankan. Ia juga menawarkan peningkatan jumlah perlindungan secara automatik untuk mencukupkan perkembangan keperluan anda di masa hadapan. Dengan ini, anda boleh meninggalkan legasi kasih sayang kepada mereka yang anda kasihi.

Manfaat-manfaat utama

i-Great Generasi

Pelan yang berpatutan dengan Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM250,000 

Dapatkan perlindungan dengan bayaran bulan yang berpatutan dan juga Jumlah Perlindungan hibah takaful yang tinggi bermula dari RM250,000.

i-Great GENerasi

Manfaat Rangsangan Perlindungan

Pada setiap akhir tahun ke-5 Tahun Sijil, Jumlah Perlindungan Asas* akan meningkat sebanyak 10%, sehingga 10 kali peningkatan, atau bersamaan penambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas sepanjang Tempoh Sijil, tertakluk kepada terma dan syarat.

* berdasarkan Jumlah Perlindungan Asas terawal atau Jumlah Perlindungan Asas semasa, yang mana lebih rendah.

i-Great GENerasi

Tingkatkan perlindungan anda dengan pilihan Manfaat Kemalangan

Tingkatkan pelan hibah Takaful i-Great GENerasi anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif dengan 5 rider-rider pilihan ini:

 

Perlindungan Kemalangan

 

Penyakit Kritikal

 

Pengecualian Caruman

Manfaat tambahan

Manfaat Matang

Apabila pelan hibah takaful anda telah matang, anda akan menerima bayaran sekali gus Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta, jika ada.

Perlindungan Lanjutan Automatik

Nikmati perlindungan berterusan dengan Perlindungan Lanjutan Automatik selepas tempoh 30 tahun atau matang pada umur 60 tahun.

Manfaat Kematian semasa menunaikan Haji/Umrah

Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan ke atas Manfaat Kematian.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah perkhidmatan pilihan. Anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Bagaimanakah i-Great GENerasi berfungsi

Kira berapa anda perlukan untuk perlindungan keluarga anda. Gunakan Kalkulator Takaful Tanggungan kami sekarang! 

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas