Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Perancangan kewangan ke arah mencapai matlamat menunaikan ibadah umrah dan haji

Cetak
Kongsi
Orang yang mengerjakan umrah dan haji dengan berjalan mengelilingi Kaabah di Mekah

Menjadi impian setiap muslim untuk ke tanah suci Mekah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima, iaitu ibadah haji. Ia merupakan salah satu perjalanan terpenting dalam hidup seorang Muslim dan memerlukan perancangan dan persediaan dari segi rohani, jasmani, ilmu dan kewangan.

Terdapat lima syarat haji iaitu beragama Islam, berakal, baligh, merdeka dan berkemampuan. Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ

Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah Ali ‘Imran, Ayat 97)

Kemampuan yang dimaksudkan dari ayat diatas adalah syarat haji diwajibkan ke atas seorang muslim. Berkemampuan didefinisikan sebagai memiliki harta mencukupi bagi menampung perbelanjaan pergi dan balik serta perbelanjaan sepanjang mengerjakan ibadah haji, serta berkeupayaan dari segi fizikal dan mental, yakni sihat tubuh badan dan waras akalnya.

Walaupun syarat haji hanya wajib ke atas mereka yang mampu, namun Islam menganjurkan supaya umatnya bersegera dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan tuntutan syarak.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pengalaman Haji kecil di tanah suci melalui ibadah umrah. Ibadah umrah adalah fardhu sepertimana ibadah Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie.

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasulullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Perbezaan ibadah umrah dengan haji adalah ibadah umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi haji hanya boleh dilakukan pada bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 yang mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.


Kos menunaikan haji

Pakej paling murah bagi menunaikan ibadah Haji adalah Jemaah Muassasah melalui Tabung Haji yang merangkumi kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Mekah dan Madinah, serta kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Terdapat 2 kategori bagi Jemaah Muassasah iaitu:

  • Kumpulan B40: RM10,980
  • Bukan Kumpulan B40: RM12,980

Kos ini tidak termasuk kos barangan persiapan dan peruntukan kewangan yang perlu diberikan kepada tanggungan yang ditinggalkan sepanjang menunaikan Haji.

Jika anda mahu menunaikan ibadah Haji melalui pakej swasta pula, kosnya bermula daripada RM50,000 hingga RM270,000.

Kos untuk menunaikan Haji oleh Jemaah Muassasah melalui Tabung Haji Malaysia

 

Kos menunaikan ibadah umrah

Anda boleh mendapatkan pakej Ibadah Umrah melalui agensi pelancongan swasta. Harga pakej bermula daripada RM6,000 sehinggalah lebih RM20,000 tertakluk pada keselesaan penginapan, lokasi ziarah dan jenis penerbangan yang anda pilih.

 

Perancangan menunaikan ibadah haji

Mengumpul dana bagi menunaikan ibadah Haji memerlukan perancangan kewangan yang rapi. Anda boleh letakkan menunaikan ibadah Haji sebagai salah satu daripada matlamat kewangan jangka panjang anda.

Jika anda mampu menunaikan ibadah Haji pada usia muda adalah lebih baik. Hal ini kerana ketika muda, anda masih sihat dan mempunyai banyak tenaga untuk mengerjakan ibadah Haji tanpa sebarang masalah kesihatan.

Berikut adalah langkah-langkah perancangan menunaikan ibadah Haji.

  • Buka Akaun Tabung Haji
    Bagi mendapatkan nombor giliran untuk menunaikan Haji, anda perlu menyediakan sebanyak RM1,300 yang disimpan di dalam akaun Tabung Haji anda. Usahakan untuk daftar secepat mungkin kerana giliran menunggu agak lama. Ada yang terpaksa menunggu sehingga umur 70 tahun.
Langkah pertama merancang untuk menunaikan haji - buka akaun Tabung Haji

 
  • Menyimpan Secara Konsisten
    Katakan anda bercita-cita untuk menunaikan Haji dalam 15 tahun lagi. Dengan andaian pulangan pelaburan 5%, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM50 sebulan selama 15 tahun untuk mendapatkan RM13,000 (berdasarkan kalkulator kewangan).

    Jika anda ingin menunaikan ibadah Haji melalui pakej swasta, anda perlu menyimpan sekurangnya RM200 sebulan selama 15 tahun untuk mendapatkan RM50,000.

 

Di mana tempat sesuai menyimpan dana dalam persediaan ibadah umrah dan haji?

Anda boleh menyimpan di Tabung Haji dengan pulangan sekitar 2-3% setahun. Jika anda mahukan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh memilih untuk menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau dana amanah saham daripada syarikat swasta.

Selain itu, anda juga boleh mengambil pelan takaful sewaktu mengerjakan haji dan umrah, yang menggabungkan pelan perlindungan dan pelaburan. Manfaat matang hasil pelaburan daripada pelan takaful ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan Haji atau ibadah Umrah anda. Pelan ini bukan sahaja dapat melindungi anda daripada sebarang musibah, bahkan dapat membantu mencapai matlamat anda untuk menunaikan ibadah haji atau umrah bersama yang tersayang.

Setelah berpenat lelah membina simpanan bagi menunaikan haji atau umrah, pastikan juga anda mengambil pelan takaful sebagai perlindungan ketika berada di tanah suci. Terdapat juga pelan-pelan takaful asas di mana manfaatnya termasuk manfaat kematian semasa menunaikan haji atau umrah, serta/ataupun perkhidmatan badal haji bagi yang tidak mampu menunaikan haji atau umrah disebabkan penyakit, ketuaan atau kematian.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pelan yang kami tawarkan di sini

 

Rancanglah ibadah haji seawal mungkin

Bukanlah suatu perkara mustahil untuk menyediakan sejumlah wang yang besar bagi menyempurnakan ibadah haji. Mulakanlahlah daripada hari ini. Simpan sedikit demi sedikit sehingga mencukupi.

Tanamkan azam dalam diri dan susuli dengan kesungguhan dalam mencari dan menyimpan wang ke arah mencapai matlamat menunaikan haji. Oleh itu, mencarum takaful sebagai perlindungan ketika menunaikan Haji dan Umrah merupakan satu langkah yang boleh diusahakan untuk mencapai impian anda di kemudian hari.

Semoga kita semua diberikan peluang untuk menjejakkan kaki di tanah suci.

 

 

Rujukan:

  • http://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran
  • https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/5341-irsyad-al-fatwa-khas-haji-dan-korban-siri-ke-70-adakah-wajib-menyimpan-duit-untuk-mengerjakan-haji
  • https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/944746/pakej-haji-swasta-tahun-ini-rm50000-hingga-rm270000-seorang
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo