Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
High coverage hibah takaful plan for your family with flexible term

Takaful Keluarga

i-Great Nova | Takaful Hibah Perlindungan Tinggi untuk Keluarga dengan Tempoh Fleksibel

Perlindungan meningkat untuk masa depan yang cerah, kini dan seterusnya

Dalam hidup ini, ada perkara-perkara penting yang anda perlu lindungi. Bertindak sekarang untuk memastikan generasi anda yang seterusnya ditinggalkan dengan legasi. i-Great Nova adalah pelan hibah takaful keluarga terbaik yang mampu milik dengan jumlah perlindungan tinggi, dengan tempoh perlindungan yang fleksibel untuk memastikan orang yang tersayang dijaga, di setiap peringkat kehidupan anda.

 

Apakah itu hibah takaful?

Hibah takaful adalah konsep khas dalam kewangan Islam yang bertujuan untuk memberikan perlindungan kewangan kepada individu dan keluarga mereka sambil berpegang kepada prinsip Islam. Ia membolehkan para peserta mengumpulkan sumbangan mereka untuk mencipta dana yang menawarkan perlindungan pada masa yang diperlukan. Aspek unik hibah takaful terletak pada konsep asasnya "hibah," yang bermaksud pemberian sukarela. Ini bermakna sebahagian daripada manfaat takaful keluarga boleh disumbangkan kepada benefisiari yang ditetapkan tanpa sebarang jangkaan pulangan lalu memastikan perlindungan kewangan sampai kepada mereka yang paling memerlukannya.

 

Kepentingan hibah takaful untuk keluarga anda

Dengan mencarum pelan hibah takaful yang terbaik, anda boleh memastikan keluarga anda dilindungi dari segi kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti sakit kritikal atau kemalangan. Konsep hibah membolehkan anda secara sukarela memberikan sebahagian daripada manfaat takaful kepada orang yang anda sayangi, memastikan pemindahan dana yang lancar dan segera kepada mereka tanpa sebarang kelewatan atau komplikasi undang-undang. Sokongan kewangan ini dapat memberikan ketenangan fikiran, mengetahui bahawa keluarga anda akan dijaga walaupun anda tidak lagi berada di sisi untuk memberi mereka nafkah.

 

Kebaikan hibah takaful

Dibawah adalah beberapa kebaikan dan kepentingan hibah takaful yang perlu anda tahu sebelum melanggan pelan hibah takaful.
 

  1. Penggantian pendapatan - Secara amnya, peserta takaful adalah pencari nafkah utama buat keluarga. Dengan adanya konsep hibah, segala tanggungan suami dan isteri akan terus terjaga selepas kematian dengan menerima manfaat kematian sebagai hibah. Manfaat kematian adalah sejumlah wang ringgit yang dibayar secara sekaligus kepada pewaris.
  2. Penyelesaian hutang - Antara manfaat hibah takaful ialah penyelesaian hutang. Dengan wang pampasan yang diterima, pewaris dapat menyelesaikan kesemua hutang-hutang yang ditinggalkan.
  3. Penerima mutlak dan proses yang mudah - Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, hibah adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Penerima adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda.
  4. Dana pendidikan anak - Dengan adanya hibah takaful, sebahagian pampasan itu boleh dijadikan sebagai dana pendidikan anak anda untuk masa akan datang.

 

Pelan hibah takaful adalah hadiah terbaik yang anda boleh beri kepada keluarga anda. Mencarum pelan ini boleh memberi anda ketenangan fikiran kerana mengetahui bahawa keluarga anda akan mempunyai cara untuk meneruskan kehidupan mereka tanpa bersusah payah.

Manfaat-manfaat utama

i-great-nova-ikon-1

Pelan yang berpatutan dengan Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM250,000 

Dapatkan perlindungan dengan bayaran bulan yang berpatutan dan juga Jumlah Perlindungan hibah takaful yang tinggi bermula dari RM250,000.

i-great-nova-ikon-2

Melindungi Waris dengan Tempoh Perlindungan sehingga Umur 80 Tahun

Pilih tempoh perlindungan dengan perlindungan sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun, dan tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan bergantung pada kemampuan individu. 

i-great-nova-ikon-3

Pilihan Meningkatkan Jumlah Perlindungan secara Automatik  setiap 5 tahun

Tingkatkan pelan hibah Takaful i-Great Nova anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif dengan rider pilihan i-Protection Booster Rider yang menyediakan jumlah perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau HUPK ke atas Orang yang Dilindungi dimana jumlah perlindungan rider akan meningkat secara auto setiap 5 tahun sehingga 1000% jumlah perlindungan rider. 

Bagaimanakah i-Great Nova berfungsi

Manfaat tambahan

i-Saver Rider

95% daripada caruman yang telah dibayar di bawah rider ini akan diperuntukkan kepada Akaun Unit Peserta untuk tujuan simpanan dan pelaburan pilihan dana yang ada.

Perlindungan Lanjutan Automatik

Nikmati perlindungan berterusan dengan perlindungan lanjutan automatik selepas akhir tempoh perlindungan di mana perlindungan akan dilanjutkan secara automatik sehingga umur 70 tahun, 80 tahun atau 100 tahun bergantung kepada umur matang.

Manfaat Kematian Tambahan semasa Menunaikan Haji/Umrah

Sekiranya berlaku kematian semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah perkhidmatan pilihan. Anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas