Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
i-great inspirasi

Takaful Keluarga

i-Great Inspirasi | Pelan Perlindungan Takaful Dari Penyakit Berjangkit

Mengilhamkan Rakyat Malaysia untuk Mendapatkan Perlindungan Terhadap Penyakit Berjangkit dan Bawaan Nyamuk

Laporan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah merosot sebanyak 4.5% pada suku ketiga 2021. Banyak perniagaan yang telah jatuh muflis yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Situasi ini telah memberi kesan paling dalam kepada golongan belia, dengan 9.5 juta daripada populasi belia menuju ke arah kemelesetan dengan prospek yang agak suram.


i-Great Inspirasi akan membantu anda menumpukan kepada perkara penting dalam hidup; ia memastikan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi kepada anda, dan menyediakan perlindungan mencukupi terhadap penyakit berjangkit dan bawaan nyamuk.

Manfaat utama takaful penyakit berjangkit

i-Great Inspirasi

Perlindungan Penyakit Berjangkit

Sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnosis dengan mana-mana satu daripada 4 Penyakit Berjangkit yang tersenarai (Demam Denggi Berdarah, Malaria, Demam Kuning, MERS-COV), manfaat Penyakit Berjangkit sebanyak RM5,000 akan dibayar sekali gus bagi setiap Orang Yang Dilindungi daripada Dana Tabarru'.

i-Great Inspirasi

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan sehingga 4x Jumlah Perlindungan

Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan. Sila rujuk brosur produk untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya kemalangan berlaku di dalam atau luar negara.

i-Great Inspirasi

Kematian Akibat Penyakit Bawaan Nyamuk

Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 30 hari dari diagnosis daripada mana-mana Penyakit Bawaan Nyamuk berikut (Demam Denggi, Malaria, Chikungunya, Japanese Encephalitis dan virus Zika), 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian yang perlu dibayar.

i-Great Inspirasi

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya Orang Yang Dilindungi didiagnos dengan mana-mana satu daripada 5 penyakit kritikal yang tersenarai (Kanser, Serangan Jantung, Koronari, Strok dan Kegagalan Buah Pinggang), 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas

akan dibayar daripada Dana Tabarru'.

Manfaat tambahan pelan perlindungan penyakit berjangkit

Tiada Pengunderaitan Perubatan

Dapatkan pelan perlindungan penyakit berjangkit ini tanpa perlu melalui kepayahan pengunderaitan perubatan.

Perkhidmatan Telekonsultansi Pesakit Luar

Layak menerima perkhidmatan perundingan kesihatan tanpa had melalui pembekal perkhidmatan GETB yang dilantik melalui tele-perbualan, panggilan video atau mesej teks.

Supreme Assist

Anda layak untuk mengakses Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan di mana-mana sahaja untuk mendapatkan bantuan atau perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Bagaimana perlindungan takaful penyakit berjangkit berfungsi?

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas