Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

i-Great Infiniti - Tawaran Terhad!

Kongsi

Dari 4 Disember 2023 - 15 Januari 2024

Pelan Perlindungan Takaful Simpanan i-Great Infiniti

Klik untuk ketahui lebih lanjut:

» Brosur

Pelan takaful simpanan dan perancangan kewangan dengan manfaat yang berterusan untuk generasi di masa hadapan

Dalam hidup ini, terdapat banyak perkara penting yang perlu anda lindungi. Bertindak sekarang untuk memastikan generasi anda yang seterusnya ditinggalkan dengan legasi yang bermakna. 

i-Great Infiniti adalah pelan takaful simpanan yang memastikan keluarga anda dilindungi dan menerima bayaran bulanan tunai berterusan sehingga umur 100 tahun hari lahir berikutnya.

Dengan memulakan perancangan kewangan keluarga dan pengurusan legasi lebih awal, ia boleh memberikan anda ketenangan fikiran bahawa anda telah memberikan perlindungan kewangan dan meninggalkan legasi berharga  bagi insan tersayang untuk menyelesaikan liabiliti anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Kembangkan simpanan anda dengan pelan yang direka khusus untuk untuk membantu keluarga anda mencapai inspirasi yang diimpikan.

Sertai pelan takaful simpanan i-Great Infiniti yang juga menawarkan manfaat tambahan kematian akibat kemalangan dan manfaat matang dengan kemasukan tanpa pengunderaitan perubatan. Promosi berlangsung dari 4 Disember 2023 - 15 Januari 2024 sahaja. Daftarlah sekarang!


Isi borang ini untuk membuat janji temu dengan Penasihat Takaful kami untuk mendapatkan tawaran hebat ini


Ruang bertanda * wajib diisi.
 

Maklumat yang anda berikan di dalam borang ini mungkin akan digunakan oleh Great Eastern Takaful Berhad (Syarikat), ejen-ejennya, dan syarikat berkaitan Syarikat untuk memaklumkan anda pengumuman, maklumat dan berita penting mengenai Syarikat, produk dan khidmatnya, promosi dan tawaran dari masa ke semasa. Anda boleh menarik kebenaran untuk sebarang tujuan komunikasi di atas dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1 300-13-8338 atau menulis kepada kami di i-greatcare@greateasterntakaful.com

 

Manfaat

 

  1. Bayaran Tunai Bulanan 
    Apabila tempoh pembayaran caruman telah tamat atau tamat Tahun Sijil ke-10 yang mana terdahulu, sesuatu peratus (%) caruman tahunan akan dibahagikan kepada 12 dan dibayar setiap bulan sehingga kematian, HUPK,

  2. Tiada pengunderaitan perubatan
    Dapatkan perlindungan ini tanpa perlu melalui kerumitan proses pengunderaitan perubatan.

  3. Manfaat tambahan kematian akibat kemalangan
    Sekiranya berlaku Kematian Akibat Kemalangan sebelum Ulang Tahun Sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh (70) tahun hari lahir berikutnya, suatu jumlah tambahan akan dibayar bersama dengan Manfaat Kematian.

  4. Manfaat Kematian / Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
    Manfaat kematian dibayar sebelum Ulang Tahun Sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur seratus 100 tahun hari lahir berikutnya, manakala manfaat HUPK dibayar sebelum Ulang Tahun Sijil apabila Orang yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh 70 tahun hari lahir berikutnya.

  5. Manfaat matang
    Apabila pelan anda matang, sekiranya semua caruman dibayar jelas sehingga kini, anda akan menerima suatu amaun dalam jumlah sekaligus bagi mana-mana yang lebih tinggi:
    105% Jumlah Caruman yang Dibayar ditolak Jumlah Bayaran Tunai yang diterima;
    atau
    Nilai UTA;
    dan Nilai PRA (jika ada).

  6. Kemudahan tidak luput
    Sijil ini tidak akan luput dan kekal berkuatkuasa walaupun Nilai UTA tidak cukup untuk membayar yuran-yuran dan caj-caj, dengan syarat semua Caruman dibayar pada masanya (dalam tempoh tenggang) dan dibayar sehingga kini.

  7. Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah
    Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

 

Nota:
Tertakluk pada terma dan syarat.

1Akaun Universal Takaful atau UTA merujuk kepada akaun yang mana sebahagian daripada caruman dan sebarang lebihan dan/atau keuntungan akan diperuntukkan.
2 Akaun Pelaburan Semula Peserta atau PRA merujuk kepada akaun yang diwujudkan untuk pelaburan semula Pembayaran Tunai jika pilihan Pelaburan Semula dipilih.
3Tabarru’ merujuk kepada bahagian Caruman yang diperuntukkan ke dalam Dana(-dana) Tabarru’ sebagai derma yang Anda rela berikan untuk membantu dan memberikan pertolongan kepada Peserta yang memerlukan.
4 Jumlah Atas Risiko merujuk kepada lebihan Jumlah Perlindungan Semasa ke atas Nilai UTA pada permulaan bulan Sijil termasuk sebarang caruman yang diperuntukkan bagi bulan tersebut, tertakluk kepada minimum sifar. Jumlah Atas Risiko dibayar daripada Dana Tabarru’ 1.
5Dana(-dana) Tabarru’ bermaksud sejumlah dana terkumpul yang ditubuhkan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama di antara
Peserta-Peserta dalam:
(a) Dana Tabarru’ 1 – untuk peristiwa musibah (pembayaran tuntutan);
(b) Dana Tabarru’ 2 – untuk peristiwa-peristiwa selain dari yang dinyatakan dalam (a) di atas.

Infografik i-Great Infiniti
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo