Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
i-great-mega

Takaful Keluarga

i-Great Mega

Fikir jauh, bertindak pantas, ayuh MEGA

Menguruskan pelbagai komitmen dalam kehidupan kita adalah asas kepada kesejahteraan hidup dan kejayaan profesional. Ini termasuk cita-cita peribadi, keutamaan kewangan, dan matlamat jangka panjang.

 

Pastikan anda berada di landasan gaya hidup yang selesa dengan i-Great Mega. Pelan perlindungan kami boleh membantu meningkatkan simpanan serta mencapai impian hidup anda dengan hanya sedikit perancangan dan disiplin.

Manfaat-manfaat utama

i-great-mega-icon-1

Perlindungan tinggi bermula daripada RM250,000

Sertai pelan ini dan dapatkan jumlah perlindungan asas yang bermula daripada RM250,000.

i-great-mega-icon-1

Manfaat kesetiaan sehingga 40% daripada caruman tahunan

Pilih tempoh caruman 10 atau 20 tahun untuk perlindungan selama 25 atau 30 tahun dan anda akan menerima dalam unit akaun peserta jumlah bersamaan peratusan tertentu daripada caruman tahunan asas pada akhir setiap tahun kelima pembayaran sijil bergantung pada terma caruman anda.

i-great-mega-icon-3

4 pilihan fleksibel

Tingkatkan pelan i-Great Mega anda dengan pilihan-pilihan fleksibel yang berikut:

  • Penambahan Caruman Tunggal
  • i-Provider on Dread Disease Rider
  • i-Critical Mega Rider
  • i-Hajj Mega Rider

icon-tick

Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) atau manfaat kematian

Sekiranya berlaku kematian sebelum tempoh matang sijil, atau sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai umur 70 tahun hari lahir berikutnya, sejumlah manfaat akan dibayar secara sekaligus yang merangkumi:

 

  • Jumlah perlindungan asas; atau
  • Jumlah di dalam akaun unit peserta

Mana-mana yang tertinggi

 

Nota: Apabila berlakunya HUPK, anda akan menerima sejumlah wang mengikut peruntukan HUPK yang tertera di sijil yang akan digunakan ke arah memenuhi perbelanjaan hilang upaya anda.

icon-tick

Manfaat ihsan

Waris anda akan menerima wang ihsan sejumlah RM2,000 sekiranya anda meninggal dunia

Bagaimanakah i-Great Mega berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas