Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

M-Tiara Term Takaful

Takaful

M-Tiara Term Takaful

Terdapat beberapa aspek kehidupan anda yang berbaloi untuk anda berjimat - persaraan anda, pendidikan anak anda, untuk berpendapatan sendiri dan juga berjimat  untuk perbelanjaan yang tidak dijangka, memastikan kehidupan orang yang disayangi sentiasa terpelihara. 

Mulakan hari ini dengan M-Tiara Term Takaful dan simpan dana tersebut untuk kegunaan masa hadapan. Dengan Jumlah Perlindungan Asas yang bermula dari RM250,000 yang meningkat pada kadar 10% setiap 5 tahun (maksimum 3 kali kenaikan), sudah tentu keluarga anda akan dijaga dengan sebaiknya.

Manfaat-manfaat Utama

Kematian
Jumlah Perlindungan

Yakinlah bahawa anda mempunyai perlindungan yang mencukupi pada Jumlah Perlindungan Asas minimum sejumlah RM250,000.

Perlindungan
Penambahan Jumlah Perlindungan

Tingkatkan Jumlah Perlindungan Asas anda pada kadar biasa sebanyak 10% setiap 5 tahun sehingga 15 tahun terma sijil (sebanyak 3 kali penambahan).

Takaful
Tempoh Perlindungan

Pilih tempoh perlindungan yang anda inginkan bermula dari 20, 25, 30 atau 35 tahun, tertakluk kepada maksimum umur 85 tahun (umur hari lahir berikutnya).

Dapatkan pelan ini

Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Notis Penting

1. M-Tiara Term Takaful adalah pelan Takaful Keluarga dengan caruman berkala yang memberi perlindungan ke atas kematian atau HUPK Orang yang Dilindungi.
2. Caruman dibayar sehingga tamat perlindungan atau sehingga kematian atau HUPK, yang mana terdahulu. Caruman hendaklah dibayar secara berkala bagi memastikan PIA anda adlah cukup untuk menampung perlindungan anda pada setiap masa.
3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar,
4. "Tempoh rujukan percuma" selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah carumah yang dibayar, tolak perbelanjaan yang telah ditanggung bagi pemeriksaan perubatan (jika ada).
5. Anda boleh menerima baki jumlah dalam PIA apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PIA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru'.
6. Jumlah di dalam PIA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.
7. Jika anda membuat penyerahan sijil awal, anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang telah anda bayar.
8. Jika anda beralih sijil anda daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dalam Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo