Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Matlamat anda mungkin untuk membeli rumah, kenderaan ataupun mengerjakan umrah dan juga haji. Melabur adalah kunci untuk mencapai apa sahaja matlamat yang telah anda tetapkan dalam kehidupan. Pada masa yang sama, anda juga perlu memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. i-Great Duo memberikan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua perkara. Anda boleh membuat pelaburan dan juga mendapat perlindungan dengan hanya satu pelan sahaja.

