Sebagai salah satu syarikat yang berwawasan dalam industri takaful, kami mengambil berat tentang keperluan anda dan melindungi masa depan anda.
Sejak Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan pada 5 November 2014, ramai peserta takaful menarik nafas lega. Ini bermaksud sebarang manfaat kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka.
Namun begitu, hampir 7 tahun sejak resolusi daripada MPS itu diumumkan, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, “Apa itu hibah? Apa manfaat dan kelebihannya?” Kita selalu dengar perkataan tersebut tetapi tidak begitu faham apa itu hibah dan juga maksudnya.
Pada yang tidak mengetahui apa itu hibah? Ianya bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan, ia juga bermaksud hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup. Sekiranya anda sebagai pencarum takaful meninggal dunia, penama yang dilantik oleh anda akan mendapat pampasan mutlak manfaat pelan takaful yang anda sertai.
Apa itu hibah takaful dan manfaatnya? Berikut adalah 4 manfaat tersebut:
Semua orang akan menghadapi kematian. Kematian seorang pencari nafkah utama bagi keluarga merupakan satu kehilangan yang amat pedih dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga yang lain. Kehilangan mengejut ini juga mengakibatkan waris kehilangan segala punca pendapatan sara diri dan nafkah bulanan. Perbelanjaan untuk isteri, anak-anak dan ibu bapa akan terhenti. Isteri yang dahulunya seorang suri rumah dan tidak tahu tentang apa itu hibah mungkin terpaksa mencari kerja untuk menyara keluarga, anak-anak juga perlu berjimat-cermat dan mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Di sinilah hibah takaful memainkan peranan penting bagi memastikan waris yang anda tinggalkan dapat hidup dengan selesa. Lihat contoh di bawah untuk gambaran lebih jelas:
Simpanan Tanpa Takaful | Caruman Pelan Takaful + Hibah | ||
---|---|---|---|
Nama | Emran | ||
Umur | 30 tahun | ||
Status Merokok | Tidak merokok | ||
Simpanan Bulanan | RM320 | Caruman Bulanan | RM320 |
Jumlah Selama 10 Tahun | RM38,400 | Jumlah Perlindungan | RM600,000 |
Manfaat Tambahan | - | Manfaat Rangsangan | RM60,000 |
Jumlah Ditinggalkan Pada Waris | RM38,400 | Jumlah Ditinggalkan Pada Waris | RM960,000 |
Tertakluk pada terma & syarat. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Lihat perbezaan pada amaun yang mampu anda tinggalkan kepada waris anda. Dengan amaun yang sama setiap bulan selama 10 tahun, anda mampu meninggalkan jumlah berkali ganda untuk waris anda. Walaupun wang tidak dapat mengganti kehilangan yang tersayang, tetapi yang ditinggalkan perlukan bantuan kewangan untuk meneruskan hidup. Dengan takaful yang dihibahkan, dapatlah waris anda menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terbeban dengan masalah kewangan.
Nak tahu berapa jumlah yang anda perlukan? Ini formulanya:
Bujang: [Pendapatan sebulan x 12] x 3 tahun = Nilai hibah
Berkahwin: [Pendapatan sebulan x 12] x 10 tahun = Nilai hibah
Apa itu hibah dan bolehkah ia digunakan untuk membayar hutang? Jawapannya Ya. Islam sangat menuntut penyelesaian hutang dalam kehidupan walaupun setelah kematian. Sabda Rasulullah SAW, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang” (Hadis Riwayat Muslim). Kalangan alim ulama dan ustaz juga telah berpesan-pesan bahawa hutang ialah perkara utama yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus selepas kematian seseorang dan mayatnya diurus rapi. Bahkan waris wajib melangsaikan hutang si mati terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan hartanya kepada waris.
Sekiranya anda berhutang dengan rakan-rakan sebanyak RM100-RM200, mungkin waris anda boleh melangsaikannya. Tetapi bagaimana pula dengan komitmen hutang yang lebih besar seperti hutang perniagaan, pembiayaan peribadi yang beribu-ribu ringgit nilainya? Sudah pasti ianya membebankan waris anda bukan sahaja dari segi kewangan, malahan emosi mereka turut terganggu dek kerana hutang yang ditinggalkan.
Oleh itu, hibah takaful adalah jalan yang terbaik untuk memastikan ‘pemergian’ anda tidak menyukarkan dan membebankan mereka. Dapatlah mereka gunakan wang yang anda tinggalkan untuk melunaskan semua hutang-piutang anda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Apa itu Hibah? Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, ia adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Penerima adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan persengketaan atau perebutan antara ahli keluarga lain yang tidak tahu apa itu hibah, memandangkan penama bagi takaful tersebut dilakukan oleh peserta ketika dia masih hidup dan waras secara sukarela.
Selain itu, proses tuntutan juga sangat mudah dan cepat tanpa melibatkan sebarang kos tambahan. Berbanding wasiat, waris tidak perlu mengupah peguam atau melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Oleh kerana ianya adalah hadiah, nilai tersebut akan diberi 100% kepada penerima tanpa sebarang penolakan. Terdapat juga Pengendali Takaful yang memberikan manfaat tambahan tunai kepada waris seperti manfaat ihsan sebanyak RM2,000 sekiranya peserta meninggal dunia.
Di samping itu, hibah takaful juga boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair, proses tuntutannya lebih mudah dan cepat. Ia boleh dibuat dalam tempoh hanya sebulan sahaja. Dengan takaful yang anda hibahkan, dapatlah waris anda menggunakan wang yang ditinggalkan untuk perbelanjaan kehidupan seharian sebelum mencari sumber pendapatan yang lain.
Anak merupakan penyambung zuriat dan harta dunia akhirat kita. Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat mereka. Kita tentunya mahukan mereka mendapat pembelajaran yang selesa di sekolah atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ternama. Namun begitu, kos pendidikan yang semakin meningkat saban tahun menyukarkan para ibu bapa menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk menanggung kos pendidikan anak-anak.
Dengan hibah takaful, anda mampu menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak melanjutkan pelajaran walaupun ketika anda sudah tiada lagi di sisi mereka. Rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya. Lebih awal anda mencarum takaful, lebih rendah caruman bulanan dan lebih terjamin masa depan anak-anak anda.
Kesimpulannya, hibah takaful memainkan peranan yang amat penting bagi melindungi waris anda apabila kehilangan anda, lebih-lebih lagi jika anda adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika anda belum melantik penama bagi pelan takaful anda, lakukanlah segera. Pastikan penama adalah penerima dan bukannya wasi, kerana wasi bukan penerima mutlak, manfaat masih perlu diagihkan mengikut undang-undang pengurusan harta pusaka. Jika anda masih belum mencarum takaful dan mahu menghibahkannya kepada waris, ataupun mahu mengetahui dengan lebih lanjut apa itu hibah, anda boleh hubungi hubungi kami atau layari pelbagai pelan takaful yang kami tawarkan yang sesuai dengan anda.
Sebagai salah satu syarikat yang berwawasan dalam industri takaful, kami mengambil berat tentang keperluan anda dan melindungi masa depan anda.
Great Eastern Takaful adalah sebuah nama yang anda boleh percayai untuk semua penyelesaian takaful anda.
Pemimpin-pemimpin Great Eastern Takaful yang berwawasan telah menerajui syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya dari tahun ke tahun.