Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Inisiatif Kelestarian Great Eastern Takaful Malaysia

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) sentiasa komited dalam melaksanakan aspirasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, meningkatkan peluang dan akses pendidikan serta kemahiran hidup di samping membentuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan alam sekitar seiring dengan sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. GETB menggalas tanggungjawab sosial korporat dengan mengimbangi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan memanfaatkan Matlamat Pembangunan Lestari sebagai satu seruan sejagat dalam mengambil tindakan bagi mewujudkan dunia yang lebih lestari dan sejahtera. 

Khidmat komuniti GETB mendukung tanggungjawab sosial korporat melalui tiga teras utamanya iaitu Pendidikan, Persekitaran dan Pembangunan Komuniti. 

Inisiatif Kelestarian

VISI

Menyumbang kepada kesejahteraan negara dengan meneraju dan menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan di samping melindungi kelestarian alam sekitar.

MISI


Membantu seluruh masyarakat bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi sokongan pendidikan, moral dan kesihatan di samping meringankan beban hidup mereka.
 

Pendidikan
(GET-Pintar)

Inisiatif GET-Pintar menitikberatkan aspek pendidikan sebagai aset untuk membantu meningkatkan taraf hidup serta kebolehcapaian individu. 

Baca selanjutnya
Persekitaran
(GET-Green)

Ke arah menjalani gaya hidup dan persekitaran yang lestari, inisiatif GET-Green bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran awam 

Baca selanjutnya
Pembangunan Komuniti
(GET-Care)

Atas dasar keprihatinan serta peka akan cabaran hidup yang dihadapi masyarakat, inisiatif GET-Care diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan 

Baca selanjutnya
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo