Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Pendidikan (GET-Pintar)

Inisiatif GET-Pintar menitikberatkan aspek pendidikan sebagai aset untuk membantu meningkatkan taraf hidup serta kebolehcapaian individu. Program-program di bawah teras ini bermatlamat untuk meningkatkan akses pendidikan yang berkualiti melalui pembangunan kemahiran, latihan vokasional dan teknologi pendidikan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat institut pengajian tinggi. 

Back to school program 2024 (BM)

Great Eastern Takaful Menganjurkan Program Kembali ke Sekolah

Great Eastern Takaful telah menganjurkan program Kembali ke Sekolah untuk para pelajar SK Taman Kosas, Ampang pada 20 Mac 2024. Dengan komitmen untuk membantu mereka yang memerlukan, kami melancarkan inisiatif ini untuk membantu 100 pelajar yang kurang bernasib baik dengan menyediakan keperluan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, tudung, dan beg sekolah.

Pendidikan adalah asas bagi masa hadapan yang lebih cerah, dan Great Eastern Takaful yakin bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dalam apa jua keadaan. Melalui program Kembali ke Sekolah ini, Great Eastern Takaful ingin membantu untuk mengurangkan beban beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memastikan para pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang mencukupi untuk berjaya dalam bidang akademik.

Berpegang teguh kepada prinsip untuk membantu mereka yang memerlukan, Great Eastern Takaful percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi semua kanak-kanak. Melalui inisiatif ini, kami berhasrat mencapai kejayaan dan melakukan perubahan bermakna dalam kehidupan mereka serta menyerlahkan potensi kepada mereka dalam mengejar impian.

Penglipur lara diserikan Tuanku photo

Penglipur lara diserikan Tuanku

Kanak-kanak Kampung Orang Asli Sungai Gabong telah menerima kunjungan kehormat apabila Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan 

>>Baca Selanjutnya

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo