Atas dasar keprihatinan serta peka akan cabaran hidup yang dihadapi masyarakat, inisiatif GET-Care diperkenalkan untuk membantu mereka yang memerlukan demi meningkatkan kesejahteraan hidup serta taraf sosio-ekonomi yang lebih baik. Program-program di bawah teras ini menyokong masyarakat daripada pelbagai aspek kehidupan seperti taraf ekonomi, kesihatan, bantuan bencana dan lain-lain agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Program kem riadah pejuang kanser di Port Dickson
Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak, Great Eastern Takaful amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak NGO, Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) untuk menceriakan dan menyantuni seramai 50 anak-anak pejuang kanser kanak-kanak di Port Dickson pada 16-17 September 2023.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti berkumpulan, sukaneka, program motivasi dan tazkirah untuk meningkatkan motivasi diri mereka.
Diharapkan program seperti ini dapat menyuntik semangat buat semua peserta dan seterusnya mencapai kejayaan dalam proses pemulihan mereka.
Great Eastern Takaful (GETB) telah bekerjasama dengan pihak Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) pada bulan Jun untuk menyertai program Kembara Korban yang merupakan aktiviti korban haji berskala besar di Malaysia.
>>Baca selanjutnya
Warga kerja Great Eastern Takaful telah menyantuni seramai 50 orang anak-anak kanser dari Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Koptown EDC, Kuala Lumpur pada bulan April 2023.
Lanjutan daripada program GREAT Ramadan dan GREAT Aidiladha, warga kerja Great Eastern Takaful telah berkongsi rezeki dalam bentuk pengagihan barangan keperluan harian bersama Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.
>>Baca selanjutnya
Great Eastern Takaful menyambut bulan Ramadan yang mulia ini melalui program GREAT Ramadan dengan berkongsi rezeki bersama golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada 120 orang anak-anak yatim dan asnaf
>>Baca selanjutnya
Great Eastern Takaful (GETB) sekali lagi berpeluang menyantuni Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) melalui program GETFunJourney di Port Dickson pada bulan Disember 2022.
>>Baca selanjutnya
Sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak 2022, Great Eastern Takaful telah bekerjasama dengan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) daripada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)
>>Baca selanjutnya
Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful, kami telah mengunjungi Ronald McDonald House (RMH) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
>>Baca selanjutnya
Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha, kami di Great Eastern Takaful menjalankan tanggungjawab sosial kami dengan berganding bahu melakukan Program khidmat masyarakat
>>Baca selanjurnya
Penduduk di bandar sudah mula berehat di penghujung tahun ini, tetapi komuniti di Kampung Orang Asli Sg Gabong pula akan sibuk menjaga pokok cili mereka untuk beberapa bulan akan datang.
>>Baca selanjutnya
Pada 20 Jun, sekumpulan wakil dari Great Eastern Takaful membuat lawatan khidmat masyarakat terhadap “keluarga” kami di Kampung Orang Asli Sg Gabong. Tujuan lawatan kami
>>Baca selanjutnya
Pada 13 April, hampir 50 orang sukarelawan daripada Great Eastern Takaful Berhad melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang mesra di Kampung Orang Asli Sg Gabong di Bentong, Pahang, yang mempunyai seramai 400 orang penduduk.
>>Baca selanjutnya