Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Myanmar
Group SME Package

Penyelesaian Takaful Berkelompok

Group SME Package

Jimatkan masa dan ganjarkan pekerja anda dengan Group SME Package fleksibel kami

Seorang pemilik bisnes bertaraf perbadanan perusahaan kecil dan sederhana (SME) pasti tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perusahaan. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai visi dan misi tersendiri untuk meneruskan legasi dan mengembangkan bisnes anda. Mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan bukannya mudah, jadi anda pastinya sedaya upaya mahu memastikan kelangsungan perniagaan anda. Tetapi sebagai seorang majikan, anda juga tahu kepentingan untuk menjaga dan melindungi pekerja anda kerana merekalah tunjang operasi dan penggerak kerja. Takaful perniagaan menawarkan solusi buat kedua-dua perkara ini. Dengan takaful perniagaan, anda mampu memberikan tenaga kerja anda perlindungan yang berkualiti agar mereka dapat membantu anda dan bisnes maju ke hadapan dalam pasaran.

 

Manfaat Takaful Perniagaan Kepada Anda

Satu perniagaan itu tidak akan bergerak tanpa tenaga kerja sepasukan daripada para pekerja. Oleh itu, pekerja sememangnya aset utama bagi perusahaan anda, dan mereka terdedah kepada risiko kemalangan pada setiap hari. Musibah yang akan melanda tidak dapat dijangka, sama ada dalam bentuk kemalangan di tempat kerja, di jalan raya, kecederaan akibat kebakaran, ataupun leka semasa menggunakan peralatan berbahaya semasa bekerja. Bukan itu sahaja, pekerja anda juga boleh mendapat penyakit kronik yang boleh membawa maut. Dengan takaful perniagaan, pekerja anda akan menerima satu bentuk perlindungan jika malang menimpa mereka. Pekerja anda tidak akan terbeban dengan adanya takaful perniagaan untuk menanggung bil perubatan yang melambung tinggi. Ahli keluarga mereka juga akan menerima manfaat takaful perniagaan pada saat-saat genting; misalnya, mereka berpeluang menerima khairat jika sebarang kematian berlaku.

 

Apakah pula kebaikan mencarum takaful perniagaan ini kepada anda? Jaminan perlindungan ini juga dapat menjadi sumber motivasi kepada para pekerja untuk menjadi tekun dan bersemangat semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan produktiviti perusahaan anda. Apabila pekerja mendapat jaminan perlindungan, mereka akan gembira dan berbesar hati untuk menjalankan tanggungjawab seharian mereka di perusahaan anda. Pekerja anda juga tidak akan sering merasa bimbang dengan risiko malang yang akan menimpa mereka di mana-mana sahaja mereka berada dengan takaful ini. Kesihatan mereka juga akan terjamin kerana berpeluang mendapat rawatan perubatan yang berkualiti daripada manfaat takaful perniagaan yang anda sertai untuk kebaikan mereka. Dengan menyertai takaful perniagaan, anda juga akan menjadi pengusaha perniagaan contoh dengan imej yang baik kerana cakna akan kesihatan dan keselamatan pekerja anda. Ketua yang menitikberatkan kesejahteraan ahli-ahlinya akan disegani dan menjadi tauladan buat semua, dan anda boleh menginspirasikan kepimpinan itu dengan mendaftar sebagai pencarum takaful perniagaan.

 

Takaful Perniagaan GETB Untuk Semua Jenis Perusahaan

Memperkenalkan pelan penyelesaian takaful berkelompok dari Great Eastern Takaful Berhad dengan Group SME Package. Pelan perlindungan ini adalah khas untuk anda membina tenaga kerja yang produktif dan sihat demi kemajuan perniagaan anda. Takaful ini direka bersesuaian dengan semua jenis perusahaan, sama ada sekecil 10 orang pekerja atau sebesar 150 orang pekerja. Kami menyediakan perlindungan komprehensif dalam pakej ini kepada pekerja anda dan keluarga mereka. Perusahaan anda akan diuruskan dengan baik dengan beberapa faedah seperti:

  • Menuntut Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000
  • Pilihan sehingga 3 pilihan pakej
  • Tiada pengunderaitan perubatan
     

Great Eastern Takaful Pilihan Bijak Untuk Perniagaan Anda

Dapatkan pelan takaful ini untuk kesejahteraan anda dan pekerja anda untuk perniagaan yang lebih maju dan terjamin. Dengan pengalaman dan kepakaran kami dalam perlindungan takaful, kami akan menjadi rakan strategik perniagaan anda yang dapat mengurangkan kebimbangan anda mengenai perlindungan kesihatan untuk ahli organisasi anda.

Manfaat-manfaat utama

Group SME Package

Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000

Pilih sehingga 8 pelan caruman yang mengikut keperluan dan bajet anda.

Group SME Package

Tiada pengunderaitan perubatan

Daftar tanpa pengunderaitan perubatan untuk perniagaan yang mempunyai 11-150 orang pekerja sehingga RM300,000.

Group SME Package

Pilih sehingga 3 pilihan pakej

Lindungi pekerja anda dengan 3 pilihan pakej yang bersesuaian: Group Term Takaful, Group Hospitalisation & Surgical dan pakej komprehensif.

Kembali ke atas