Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Apa itu rider Takaful?

Apa itu rider takaful?


Apa itu rider Takaful?

Jadi, anda telahpun menyedari akan kepentingan perlindungan Takaful dan telah membuat keputusan untuk memilih pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Tetapi, lebih banyak anda mengkaji dan meneliti tentang pelan perlindungan tersebut, anda mendapati pelan-pelan ini juga didatangkan dengan rider. Apa itu rider Takaful? Adakah saya perlu membayar lebih untuknya? Yang paling penting, adakah saya memerlukannya?

Rider Takaful adalah pilihan, yang mana boleh ditambah pada pelan Takaful asas anda. Ia menawarkan manfaat dan perlindungan tambahan yang pelan asas anda tidak lindungi. Apabila anda memilih perlindungan Takaful untuk anda dan yang tersayang, jangan manfaat pelan asas sahaja, tetapi bandingkan juga manfaat yang ditawarkan oleh rider. Terdapat beberapa pelan Takaful yang didatangkan dengan pakej lengkap bersama rider, tetapi anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda mengikut keperluan anda.

Perkara yang baik sudah tentu datang dengan harga. Rider bukanlah suatu yang percuma dan kosnya akan ditambah ke dalam jumlah caruman anda. Secara amnya, terdapat beberapa rider yang tersedia untuk meningkatkan perlindungan Takaful asas anda mengikut keperluan anda. Antara rider yang paling umum adalah kesihatan, penyakit kritikal, kemalangan dan Takaful bertempoh. Mari kita lihat apa yang rider-rider ini tawarkan dan mengapa anda memerlukannya:

Rider penyakit kritikal - perlindungan tambahan untuk pelan perlindungan penyakit kritikal

Rider penyakit kritikal

Masih ramai yang tidak menyedari bahawa perlindungan medikal mungkin tidak melindungi kos rawatan beberapa penyakit kritikal. Jika anda menghidap penyakit kritikal, kemungkinan kos yang perlu ditanggung bukan sahaja memberi kesan emosional, malah kewangan anda juga. Rider penyakit kritikal menambah perlindungan medikal bagi penyakit-penyakit seperti serangan jantung, kanser, lumpuh dan pelbagai lagi penyakit lain yang dilindungi di bawah pelan tersebut. Anda boleh semak bilangan penyakit kritikal yang pelan tersebut lindungi, kerana sesetengah pelan hanya melindungi penyakit kritikal asas sahaja manakala terdapat pelan-pelan lain melindungi sehingga 45 penyakit kritikal. Beberapa Pengendali Takaful juga menawarkan 11 perlindungan penyakit kritikal kanak-kanak. Ia mungkin suatu perlindungan yang anda cari sebelum menambah rider penyakit kritikal pada pelan asas anda agar anda mempunyai perlindungan Takaful yang komprehensif bukan sahaja untuk anda, tetapi untuk orang yang tersayang juga.

Rider penyakit kritikal banyak membantu anda dari segi melindungi anda daripada mengalami masalah kewangan yang besar. Ia menyediakan pembayaran sekali gus sekiranya anda didiagnos dengan salah satu daripada penyakit kritikal yang dilindungi. Perkara ini pastinya dapat membantu anda dengan rawatan pemulihan, perubatan alternative dan juga sebagai penggantian pendapatan sekiranya anda tidak mampu untuk bekerja dan meraih pendapatan apabila anda menghidap penyakit kritikal. Anda boleh menggunakan pembayaran tersebut sebagaimana yang anda mahukan, bagi memastikan kelangsungan hidup keluarga anda dan bagi anda menumpukan perhatian pada proses pemulihan anda.

Terdapat juga beberapa jenis rider penyakit kritikal yang tersedia di pasaran. Sebahagiannya akan menamatkan Takaful bertempoh anda apabila anda menerima pembayaran selepas diagnosis, sementara sebahagian pelan yang lain pula akan mengurangkan jumlah perlindungan asas anda. Ini sudah semestinya berbeza dari satu pelan ke pelan yang lain.

Rider kematian atau hilang upaya akibat kemalangan - menampung kos perubatan dan penghospitalan

Rider kematian atau hilang upaya akibat kemalangan

Rider kematian akibat kemalangan menyediakan jumlah perlindungan tambahan sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang ingin meninggalkan ahli keluarga mereka dengan wang secukupnya sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan secara tiba-tiba. Ramai juga yang salah faham mengenai rider ini, yang mana mereka menyangkakan mereka tidak akan menerima jumlah perlindungan sekiranya kematian tidak berlaku akibat kemalangan. Ini tidak benar sama sekali. Rider kematian akibat kemalangan adalah tambahan kepada jumlah perlindungan asas anda.

Sebagai contoh, jumlah perlindungan asas anda ialah RM100,000 dan anda menambah Rider kematian akibat kemalangan sebanyak RM50,000. Sekiranya kemalangan anda bukan akibat kemalangan, waris anda akan menerima pembayaran sebanyak RM100,000 dan sekiranya kematian anda adalah akibat kemalangan, mereka akan menerima pembayaran berjumlah RM150,000. Oleh kerana kematian akibat kemalangan mungkin melibatkan perbelanjaan perubatan yang lebih tinggi dan liability kewangan yang tidak dapat dipenuhi, keluarga anda boleh menggunakan lebihan bayaran daripada rider tersebut sebagai bantuan kewangan.

Sama juga seperti rider kematian akibat kemalangan, rider hilang upaya akibat kemalangan juga menyediakan manfaat yang serupa, iaitu perlindungan sekiranya hilang upaya penuh dan kekal, hilang upaya kekal atau sementara hanya disebabkan oleh kemalangan, walau bagaimanapun, anda perlu ambil maklum tentang mod pembayaran bagi rider ini, kerana ia berbeza antara satu pengendali Takaful dengan yang lain, tertakluk pada rider yang ditawarkan.

Seringkali rider hilang upaya akibat kemalangan dibayar secara berperingkat, iaitu peratusan daripada jumlah perlindungan setiap tahun, selalunya 10% atau lebih. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengendali Takaful yang menawarkan peratusan jumlah perlindungan yang meningkat setiap tahun, yang boleh digunakan untuk menggantikan kehilangan sumber pendapatan yang timbul akibat hilang upaya penuh dan kekal atau hilang upaya separa yang dialami oleh orang yang dilindungi. Ada juga yang menawarkan 5% daripada jumlah perlindungan awal rider setiap tahun sehingga maksimum 150% daripada jumlah perlindungan awal rider.

Rider kesihatan - Perlindungan takaful untuk perbelanjaan perubatan dan kemasukan ke hospital

Rider kesihatan

Terdapat pelbagai rider kesihatan yang tersedia di pasaran. Ia adalah antara rider yang paling popular yang dicari orang ramai kerana ramai yang tersalah anggap dan menyangkakan dengan mengambil perlindungan perubatan sudah cukup untuk melindungi perbelanjaan perubatan dan penghospitalan, sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada mereka. Mereka tidak mengetahui bahawa pelan perubatan melindungi hanya sebahagian atau mungkin tidak melindungi sesetengah perbelanjaan penghospitalan, bergantung kepada pelan yang mereka sertai. Mereka hanya menyedarinya apabila mereka dimasukkan ke hospital dan menerima bil dengan jumlah yang mengejutkan, yang mereka sangkakan Takaful perubatan akan lindungi. Jangan biarkan ini terjadi kepada anda.

Takaful perubatan biasanya tidak melindungi bil perubatan dan penghospitalan sepenuhnya. Ia selalunya didatangkan dengan had, dan anda perlu membayar sebahagian daripada bil tersebut seperti deduktibel dan ko-Takaful. Sebagai contoh, bil perubatan anda ialah RM10,000 dan amaun deduktibel anda ialah RM3,000 dengan peratusan ko-Takaful sebanyak 10%. Anda perlu membayar RM3,700 manakala baki RM6,300 akan ditanggung oleh Takaful. Di sinilah rider perubatan dapat membantu. Ia akan melindungi deduktibel dan ko-Takaful sama ada sebahagian atau keseluruhannya, jadi anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah besar daripada poket anda untuk membayar bil atau anda tidak perlu membayarnya langsung! Dapatkan rider perubatan yang bagus seperti yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful dengan ciri-ciri tanpa ko-Takaful, melebihi amaun deduktibel.

Tambahan lagi, rider kesihatan bukan sahaja melindungi deduktibel dan ko-Takaful. Sesetengah rider direka untuk orang yang dilindungi menambah keperluan yang lain. Contohnya, bilik dan penginapan pelan Takaful anda ialah RM200, tetapi ketika kemasukan ke hospital, semua bilik dengan harga tersebut telah penuh, dan telah memaksa anda untuk menaiktaraf kos bilik anda kepada RM300 semalam. Dengan rider hospitalisasi, anda akan dapat menerima manfaat tunai harian, yang mungkin anda boleh gunakan untuk membayar perbezaan kos bilik yang perlu anda tanggung, seperti yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful.

Pengecualian Caruman - memastikan sijil kekal berkuatkuasa apabila anda tidak lagi mampu membayar

Rider pengecualian caruman

Rider ini adalah rider yang sangat bagus untuk anda pastikan sijil anda kekal berkuat kuasa, apabila anda tidak lagi mampu untuk membayar caruman. Kegagalan pembayaran caruman mungkin terjadi apabila terdapat situasi kewangan seperti kehilangan sumber pendapatan, kematian, penyakit kritikal atau hilang upaya yang dialami oleh pencarum. Kebanyakan sijil Takaful akan luput jika anda tidak membayar caruman pada masa yang ditetapkan, yang menyebabkan tiada manfaat akan dibayar kepada waris anda sepeninggalan anda kerana perlindungan telah ditamatkan kerana tiada pembayaran dilakukan. Oleh yang demikian, rider pengecualian caruman memastikan sijil anda sentiasa berkuat kuasa dengan menawarkan penguatkuasaan sijil berterusan, kerana semua caruman akan datang dikecualikan dan pengendali Takaful akan membayar sendiri caruman tersebut, selalunya daripada dana Tabarru’. Setelah pelan matang, manfaat akan dibayar kepada penama.

Terdapat juga beberapa pilihan untuk anda pilih, dengan perlindungan yang berbeza dari satu pelan ke pelan yang lain. Sesetengah rider menawarkan pengecualian caruman hanya sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia, sesetengahnya pula sekiranya orang yang dilindungi menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya penuh dan kekal, atau kedua-duanya sekali. Terdapat juga yang melindungi kesemua musibah yang dinyatakan, yang memberi lebih ketenangan kepada anda dan yang tersayang. Anda boleh menyesuaikan pelan perlindungan anda mengikut keperluan dan bajet anda.

Lindungi diri anda dan keluarga dengan menambah rider pada pelan takaful asas anda

Kebanyakan pelan asas tidak menyediakan perlindungan tambahan atau disesuaikan mengikut keperluan peribadi anda, tetapi rider dapat membantu memperibadikan perlindungan mengikut kehendak anda. Rider-rider ini sudah pasti terlihat sebagai satu keperluan jika kita mempertimbangkan kemungkinan musibah yang berlaku seperti yang dinyatakan di atas. Benar, kita tidak dapat mengelak daripada perkara tersebut berlaku, tetapi kita boleh merancang sebagai persediaan untuk menghadapinya.

Pastikan anda membaca terma dan syarat sebelum menambah rider kepada pelan perlindungan Takaful asas anda. Terdapat tempoh menunggu yang perlu anda ikuti, terutama sekali rider kesihatan dan penyakit kritikal sebelum perlindungan tersebut berkuat kuasa. Ingatlah juga yang rider-rider ini datang dengan harga, bererti komitmen jangka masa panjang. Walaupun rider-rider ini terlihat sangat menarik, tidak bererti ianya sesuatu yang anda perlukan. Anda disarankan untuk berbincang dengan perunding Takaful anda untuk menilai manfaat rider dan menambah rider yang paling sesuai untuk anda dan keluarga.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menambah rider pada pelan perlindungan Takaful asas anda dan ingin melindungi anda dan yang tersayang, lawati pelbagai rider yang kami tawarkan yang sesuai dengan anda.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo