Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

Status Permohonan

  1. Bagaimanakah saya menyemak status permohonan saya?
    Anda boleh hubungi Pegawai kami di talian 03-4259 8335 atau emel kepada DirectChannelMarketing@greateasterntakaful.com

Back to top


Kemaskini Sijil

  1. Bagaimanakah saya menyemak kemaskini sijil saya?
    Anda boleh menyemak kemaskini sijil anda melalui Portal Pelanggan i-Get in Touch. Anda dinasihatkan untuk mendaftar bagi perkhidmatan ini. Berikut adalah langkah untuk mendaftar sebagai Pengguna
    • Pergi ke www.igetintouch.com.my
    • Klik “Daftar Sekarang” untuk memulakan pendaftaran
    • Klik “Terima” untuk halaman terma & syarat
    • Teruskan pendaftaran. Ruangan (*) adalah wajib diisi.
    • Klik butang “Hantar”.
    • Terima pin dalam tempoh 7 hari bekerja. Anda mesti masukkan ID Ahli (iaitu no. KP anda tanpa sengkang) dan kata laluan. Klik “Hantar”.
      Nota: Anda mesti aktifkan akaun dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima pin tersebut.
    • Klik butang “SAYA SETUJU” untuk terima terma dan syarat.
       
  2. Bagaimanakah saya membuat perubahan kepada butiran peribadi/sijil saya?
    Anda boleh menghantar borang-borang berkenaan ke ibu pejabat kami:

    Great Eastern Takaful Berhad
    Tingkat 3 Menara Great Eastern
    303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur

    Anda juga boleh menghantar borang-borang tersebut di mana-mana cawangan cawangan.

Pelantikan Penama

  1. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat Pelantikan Penama?
    Anda boleh melantik sesiapa sahaja yang waras pemikiran untuk menjadi Penama. Penamaan boleh dilakukan dengan mengisi Borang Pelantikan/Penukaran Penama.
    Anda boleh menghantar borang yang dilengkapkan ke:

    Jabatan Khidmat Pelanggan
    Great Eastern Takaful Berhad
    Tingkat 3, Menara Great Eastern
    303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur

    Anda juga boleh menghantar borang tersebut ke mana-mana cawangan cawangan.

Pengurangan / Kenaikan Jumlah Perlindungan Asas

  1. Bolehkah saya mengubah Jumlah Perlindungan Asas saya?
    Anda boleh mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas dengan memilih dari 5 pelan yang sedia ada. Pengurangan Jumlah Perlindungan Asas akan berkuatkuasa dari tarikh caruman berikutnya yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan Jumlah Perlindungan Asas anda bagi pelan ini.

Luput

  1. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya berhenti membayar caruman?
    Anda diberikan tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh caruman berikutnya yang perlu dibayar untuk membayar caruman berikutnya. Selepas tamat tempoh tenggang ini, sijil anda akan luput jika amaun di dalam PIA kurang atau bersamaan sifar.

Penyerahan

  1. Bolehkah saya membuat penyerahan sijil?
    Anda boleh membuat penyerahan sijil dengan memberi notis bertulis kepada Pengendali Takaful. Jika berlaku penyerahan, anda tidak sepatutnya menjangkakan untuk menerima sebarang nilai daripada sijil. Walau bagaimanapun, caruman tidak diguna pakai daripada PIA, dan caruman yang tidak diperuntukkan yang belum diperolehi daripada dana Pengendali Takaful (jika ada) akan dibayar kepada anda.

Penguatkuasaan Semula Sijil

  1. Bolehkah saya membuat penguatkuasaan semula sijil untuk pelan ini?
    Anda boleh membuat penguatkuasaan sijil semula dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh luput tanpa melalui pengunderaitan.
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Cari Perunding Takaful
Great Eastern Takaful Malaysia logo