Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Lindungi dan penuhi inspirasi hidup anda dengan pelan simpanan dan persaraan Great Eastern Takaful

Takaful Keluarga

i-Great Prestij | Pelan Persaraan Takaful dengan Simpanan

Lindungi dan persiapkan simpanan persaraan anda dalam satu pelan

Setiap orang mengimpikan untuk menjalani kehidupan yang hebat bersama yang tersayang. Pengertian hebat itu mungkin berbeza bergantung pada pendapat masing-masing. Namun begitu, secara amnya hebat bermaksud anda sihat, bebas dari hutang dan mencapai matlamat kewangan anda, anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran di universiti pilihan mereka dan anda boleh bersara dengan selesa bersama pasangan anda tanpa perlu bimbang tentang situasi kewangan anda.

 

Apa itu pelan persaraan

Pelan simpanan dan persediaan persaraan ialah strategi kewangan yang direka untuk mengetepikan dana kecemasan untuk keperluan jangka pendek dan keselamatan kewangan jangka panjang semasa tahun persaraan. Pelan ini selalunya melibatkan pelbagai pilihan pelaburan jangka panjang dan kelebihan pelepasan cukai peribadi untuk memaksimumkan simpanan dan membina tabungan yang boleh menyokong anda pada tahun-tahun akan datang apabila anda tidak lagi mempunyai pendapatan tetap daripada pekerjaan.

 

Kepentingan pelan persaraan

Pelan simpanan persaraan adalah penting kerana ia membantu menjamin kestabilan kewangan semasa tahun-tahun selepas anda bersara. Ia membolehkan anda membina tabungan simpanan sebagai pendapatan tetap apabila anda tidak lagi mempunyai pekerjaan tetap. Wang yang disimpan daripada pelan persaraan juga boleh dijadikan sebagai bantuan sara hidup tambahan apabila sudah bersara di masa tua. Tanpa rancangan sedemikian, terdapat risiko tekanan kewangan atau kebergantungan kepada orang lain untuk keperluan asas semasa persaraan. Pendek kata, pelan persaraan merupakan sebahagian daripada jaminan masa tua daripada segi kewangan dan sara hidup.

 

Kepentingan pelan seperti i-Great Prestij

Bagaimana anda boleh merealisasikan kehidupan hebat ini? i-Great Prestij merupakan satu pelan persaraan takaful dengan simpanan yang bukan sahaja melindungi diri anda dan orang tersayang dari sebarang kemungkinan. Perlindungan takaful simpanan ini juga membolehkan anda menerima potensi pulangan yang tinggi untuk mencapai aspirasi anda. Impian anda untuk melihat anak-anak berjaya mencapai cita-cita mereka dan anda bersara dengan senang hati pasti bakal menjadi kenyataan.

 

Memperkenalkan dana baharu, Dana i-Ekuiti Global, yang diuruskan oleh abrdn Islamic Malaysia Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Aberdeen Standard Islamic Investments (Malaysia) Sdn Bhd). Ia menawarkan pendedahan global dengan melabur dalam portfolio antarabangsa ekuiti patuh Syariah dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh Syariah untuk memberikan potensi pulangan yang lebih baik. Dana ini juga telah merekodkan prestasi pertumbuhan yang konsisten sepanjang ufuk penanda aras 1, 3 dan 5 tahun.

Manfaat-manfaat utama

i-Great Prestij

Pelaburan Rangsangan Tahunan sehingga 20% daripada caruman

Semasa kelangsungan hidup Orang Yang Dilindungi oleh pelan takaful dengan simpanan i-Great Prestij, peratusan sehingga 20% daripada jumlah Caruman Asas tahunan akan dibayar daripada Dana Tabarru’ 2 ke dalam Akaun Unit Peserta untuk pembelian unit mengikut peruntukan dana Simpanan Wajib berdasarkan kadar peruntukan 100%

i-Great Prestij

Rangsangan Matang sehingga 500% daripada caruman tahunan

Setelah mencapai tempoh matang, peratusan sehingga 500% dari jumlah Caruman Asas tahunan perlindungan takaful simpanan akan dibayar daripada Dana Tabarru’ 2 sebagai tambahan ke atas Manfaat Matang, selagi Sijil berkuat kuasa.

i-Great Prestij

Tingkatkan perlindungan anda dengan pilihan rider

Tingkatkan pelan Takaful dengan simpanan i-Great Prestij anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif dengan rider pilihan ini:

 

  • i-Saver Rider
    95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan ke Akaun Unit Peserta untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

  • i-Provider Critical Illness Term Rider
    Menyediakan caruman masa depan sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan salah satu penyakit kritikal kecuali angioplasti.

  • i-Contributor Protection Plus Term Rider
    Menyediakan caruman masa depan sekiranya Pencarum meninggal dunia, Kehilangan Upaya Penuh & Kekal atau didiagnosis dengan salah satu penyakit kritikal kecuali angioplasti.

 

Nota: Rider pilihan yang dinyatakan di atas adalah rider dengan pembayaran caruman.

Manfaat tambahan

Manfaat Matang

Apabila pelan Takaful dengan simpanan anda telah mencapai tempoh matang, anda akan menerima jumlah berikut:

a) Nilai Matang dari Dana Tabarru’ 2 (jika ada),

b) Nilai Tunai dalam Akaun Individu Peserta (jika ada),

c) Jumlah Nilai Akaun dalam Akaun Unit Peserta (jika ada), dan

d) Jumlah Nilai Akaun daripada i-Saver Rider, (jika ada).

Manfaat Hilang Upaya Penuh & Kekal dan Kematian

Sekiranya Hilang Upaya Penuh & Kekal berlaku sebelum tempoh ulang tahun Sijil sebelum mencapai umur 70 tahun, atau kematian sebelum tempoh matang Sijil, pembayaran sekaligus manfaat akan dibayar. Sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut tentang Takaful dengan simpanan ini.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Manfaat Ihsan

Apabila berlaku kematian Orang Yang Dilindungi, Manfaat Ihsan akan dibayar daripada Dana Tabarru' 1.

Bagaimanakah i-Great Prestij berfungsi

Nota dan penafian

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Kembali ke atas