Sebagai salah satu syarikat yang berwawasan dalam industri takaful, kami mengambil berat tentang keperluan anda dan melindungi masa depan anda.
Perlindungan Takaful sangat penting dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, kita mungkin akan menyedari bahawa perlindungan Takaful asas tidak mencukupi bagi menampung cara hidup kita. Kekurangan ini boleh dielakkan dengan menambah rider Takaful. Apakah rider Takaful? Rider Takaful merupakan satu pelan tambahan yang menawarkan manfaat dan perlindungan tambahan yang pelan asas anda tidak lindungi. Terdapat pelan Takaful yang dilengkapkan dengan rider dalam pakej; malah, terdapat juga situasi yang membenarkan kita untuk memilih rider yang bersesuaian dengan keperluan kita. Kita juga boleh memilih rider yang sesuai dengan fasa kehidupan kita, sama ada pada fasa permulaan kerjaya, fasa membina rumah tangga, atau fasa persaraan.
Bagaimanakah kita, sebagai peserta Takaful memastikan perlindungan kita cukup pada setiap fasa kehidupan? Keperluan kita berbeza mengikut peredaran fasa kehidupan, jadi mari kita lihat apakah rider-rider yang dapat membantu memberikan perlindungan yang lebih baik dan menyeluruh.
Apabila memulakan kerjaya, kebanyakan golongan muda dalam umur lingkungan 20-an belajar berdikari, terutamanya dalam pengurusan kewangan. Walaupun masih muda dan sihat, mendapatkan perlindungan Takaful adalah sangat penting! Menyertai pelan Takaful sewaktu muda banyak kelebihannya – caruman Takaful adalah lebih murah berbanding apabila menyertai pelan Takaful pada usia lebih dewasa. Oleh kerana golongan muda biasanya tiada tanggungan, perlindungan asas kesihatan dan kematian sudah mencukupi. Antara rider yang mungkin bersesuaian pada fasa hidup ini adalah rider perubatan dan hospitalisasi.
Ketika seseorang memasuki alam perkahwinan dan membina rumah tangga di umur 25 ke 30-an, tanggungjawab juga akan berubah – realitinya, tanggungjawab akan menjadi lebih besar! Perubahan ini berpunca daripada adanya tambahan tanggungan dalam hidup, seperti pasangan dan anak. Dalam fasa ini, anda mungkin akan lebih berwaspada terhadap kesihatan anda. Anda boleh pertimbangkan untuk menyemak semula dan meningkatkan perlindungan Takaful anda, dengan menyertai pelan Takaful tambahan atau menambah rider Takaful berdasarkan kategori berikutnya.
Dalam perjalanan hidup anda di kemudian hari, anda juga mungkin menginginkan persaraan yang tenang. Bagi persediaan persaraan sewaktu berusia 40-an, perlindungan Takaful anda juga seharusnya dilengkapi dengan pelan Takaful persaraan, bagi memastikan anda bebas hutang, telah mengumpul harta yang cukup bagi keluarga anda, dan menikmati persaraan yang selesa. Rider berikutnya, walaupun telah dihuraikan di atas, ada fungsi yang lain bagi fasa penyediaan persaraan.
Jelas bahawa rider dapat menambah manfaat kepada pelan Takaful asas anda, dan boleh diubahsuai mengikut fasa kehidupan anda. Ia boleh dikatakan sebagai kos tambahan ke atas jumlah caruman Takaful, tetapi sangat berbaloi kerana dapat memenuhi keperluan semasa anda. Anda juga boleh membuat tinjauan di laman web berkaitan untuk pelbagai promosi yang ditawarkan, bagi memastikan caruman Takaful yang lebih bernilai dan komprehensif
Adakah anda berminat menambah rider ke pelan Takaful asas anda? Layari rider yang ditawarkan bagi melengkapkan pelan anda.
Jika anda ingin menyertai pelan Takaful yang boleh disesuaikan dengan pelbagai rider, kunjungi laman web kami di sini.
Rujukan:
Chan, Y., Ganapathy, S.S., Tan, L. et al. The burden of premature mortality among older adults: a population-based study in Malaysia. BMC Public Health 22, 1181 (2022). https://bmcpublichealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12889-022-13608-9
Sebagai salah satu syarikat yang berwawasan dalam industri takaful, kami mengambil berat tentang keperluan anda dan melindungi masa depan anda.
Great Eastern Takaful adalah sebuah nama yang anda boleh percayai untuk semua penyelesaian takaful anda.
Pemimpin-pemimpin Great Eastern Takaful yang berwawasan telah menerajui syarikat untuk mengukuhkan kedudukannya dari tahun ke tahun.