Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Hobi dan minat: petua kewangan untuk anda amalkan

Hobi dan Minat

Dalam dunia yang bergerak pantas ini, melibatkan diri dalam hobi dan mengembangkan minat bukan sahaja merupakan aktiviti yang menyeronokkan, tetapi juga boleh menelan belanja yang banyak. Oleh yang demikian, kita perlulah bijak berbelanja untuk hobi dan minat kita untuk mengelakkan pembaziran dari berlaku. Menjalankan aktiviti hobi dengan bijak dari segi kewangan adalah satu langkah penting untuk menikmati kesenangan tersebut tanpa memberi kesan negatif kepada kestabilan kewangan. Jangan khuatir, berikut adalah beberapa cara amalan uruskan kewangan yang boleh diamalkan untuk menyokong aktiviti hobi dan minat anda.

Tetapkan budjet

1. Tetapkan bajet untuk hobi dan minat anda

Tidak salah jika anda hendak membelanjakan wang anda untuk membeli barangan atau membayar perkhidmatan untuk minat anda. Walau bagaimanapun, anda perlu menetapkan bajet atau mengehadkan perbelanjaan anda terhadap hobi anda. Hobi dan minat dikategorikan sebagai kehendak kita, jadi ianya bukanlah sebuah kewajipan untuk anda berbelanja berlebihan dan jumlahnya hendaklah kurang daripada keperluan kita. Pastikan keperluan asas seperti kos hidup dan simpanan telah dipenuhi sebelum membelanjakan wang untuk hobi.

Sebagai contoh, dari jumlah pendapatan anda, buat perancangan dengan teliti dan asingkan wang yang akan digunakan untuk hobi dan minat anda. Tentukan bajet khas untuk hobi anda dalam perancangan kewangan bulanan. Ini membantu anda mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran wang. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau jika anda tidak sengaja menggunakan wang untuk simpanan, keperluan dan tanggungjawab yang lain.

2. Manfaatkan diskaun dan tawaran

Salah satu cara terbaik untuk berjimat dan juga memenuhi kehendak hobi dan minat anda adalah dengan memanfaatkan diskaun dan tawaran. Pantau diskaun, tawaran, dan jualan untuk peralatan atau bahan yang berkaitan dengan hobi anda. Ini dapat membantu anda menjimatkan wang tanpa mengorbankan kualiti.

Diskaun dan tawaran adalah antara alternatif yang terbaik bagi pengumpul-pengumpul barangan kerana mereka tidak perlu membayar sepenuhnya harga asal barangan tersebut dan mendapat kualiti yang baik. Di Malaysia, kita seringkali dikurniakan dengan pelbagai peristiwa-peristiwa yang memberikan kita diskaun dan tawaran dalam pasaran seperti jualan 1.1 dan 11.11, jualan Hari Raya, jualan akhir tahun dan sebagainya. Maka, rebutlah peluang untuk berbelanja untuk hobi anda sewaktu peristiwa-peristiwa jualan dan diskaun!

3. Mulakan dengan alternatif ekonomi. 

Kami faham, jikalau kita berbicara tentang hobi dan minat, ada hobi yang mahal dan murah. Jika anda mula berminat tentang sesuatu hobi dan minat, anda dinasihatkan untuk memulakan minat tersebut dengan alternatif ekonomi. Hal ini disebabkan, ada sesetengah orang yang mungkin akan berminat pada awalnya dan akan mula hilang minat separuh jalan, dan akhirnya tidak menggunakan barangan yang dibeli, membiarkannya mengumpul habuk dari masa ke masa.

Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, mula dengan kecil dan gunakan apa yang anda sudah ada. Sebagai contoh, anda berminat dengan fotografi. Anda tidak perlu melaburkan wang anda untuk terus membeli kamera yang mahal dan berkualiti tinggi. Anda boleh mula dengan menggunakan telefon anda, dan belajar teknik-teknik fotografi melalui internet. Selepas anda berkecimpung dengan minat ini, anda boleh semak kembali minat anda. Adakah anda masih berminat dengan hobi ini? Adakah anda rasa anda akan meningkatkan kemahiran dalam hobi ini? Anda boleh menaik taraf perbelanjaan anda apabila anda yakin terhadap hobi dan minat anda ini

Jual hasial buatan anda

4. Jualan hasil buatan anda.

Jika hobi anda melibatkan pembuatan barang atau hasil seni, pertimbangkan untuk menjual hasil kreativiti anda. Ini tidak hanya dapat menampung sebahagian kos hobi, malah memberi peluang untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Jika hobi tersebut mempunyai permintaan yang tinggi, anda juga berpeluang untuk menukarkan hobi anda sebagai punca pendapatan anda atau anda boleh cuba untuk membuat pekerjaan bebas (freelancing).

Sebagai contoh, hobi fotografi sebentar tadi. Apabila anda sudah cekap dan berkemahiran dalam fotografi dan penyuntingan gambar, anda boleh memberi perkhidmatan sebagai jurugambar untuk peristiwa-peristiwa seperti majlis graduasi, perkahwinan, gambar studio dan sebagainya. Bukan sahaja anda mempunyai aktiviti yang anda minat, anda juga mempunyai hobi yang menguntungkan diri anda! 

Kita dapat menyimpulkan bahawa menggabungkan kebijaksanaan kewangan dengan aktiviti hobi bukanlah tugas yang sukar. Dengan perancangan yang baik dan kesedaran terhadap penggunaan wang, hobi bukan sahaja membawa kesenangan tetapi juga memberi peluang untuk pertumbuhan kewangan. Rancanglah kewangan anda untuk kesejahteraan anda dalam pengurusan wang. Teruskan mengamalkan prinsip-prinsip kewangan yang bijak, teruskan mengejar minat dan hobi anda, dan saksikan bagaimana gabungan yang seimbang ini mampu membawa kesejahteraan dan kebahagiaan ke dalam kehidupan anda.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM