Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Manfaat & pembayaran Takaful: Cara menguruskannya dengan bijak

Kongsi
Cara menggunakan manfaat takaful dengan lebih bijak

Ramai sedia maklum mengenai manfaat dan pembayaran perlindungan Takaful kerana mereka yakin bahawa perlindungan Takaful mampu membantu menjamin masa hadapan keluarga ketika ketiadaan mereka nanti. Namun, terdapat juga segelintir golongan yang masih teragak-agak untuk menyertai perlindungan Takaful kerana mereka berpendapat perlindungan Takaful hanya memberi manfaat kepada waris mereka, bukan kepada mereka sebagai pencarum. Sebagai seorang pencarum yang membayar caruman perlindungan Takaful setiap bulan, sudah tentu anda juga ingin merasa manfaat Takaful, bukan hanya apabila membuat tuntutan.

Tahukah anda bahawa terdapat pelan perlindungan Takaful dengan simpanan yang memberi manfaat bukan sahaja kepada waris anda, tetapi anda sebagai pencarum juga dapat menikmati manfaatnya ketika anda masih hidup. Menarik bukan? Ianya bukan sahaja memberi perlindungan kepada anda dan waris, bahkan memberi pulangan berkala yang dapat anda gunakan untuk mencapai matlamat tertentu dalam hidup anda. Bak kata pepatah melayu, sambil menyelam minum air.

Terdapat pelbagai pelan perlindungan Takaful dengan simpanan yang ditawarkan di pasaran, tetapi pelan yang terbaik tentulah pelan yang memberi pulangan yang tinggi apabila matang. Mari kita lihat bagaimana anda dapat menggunakan pembayaran daripada pelan seperti ini, agar anda dapat merancang kewangan anda dengan lebih teliti. Lebih cepat anda carum, lebih cepat anda dapat nikmati pulangannya!

Manfaat & pembayaran takaful - Pelan perlindungan dan simpanan takaful boleh menyelesaikan hutang

Penyelesaian hutang

Hampir kesemua daripada kita mempunyai hutang. Secara umumnya, hutang terbahagi kepada dua jenis iaitu hutang baik dan hutang lapuk. Hutang baik adalah hutang yang akan membawa pulangan pada masa akan datang seperti pembiayaan rumah dan pembiayaan perniagaan. Manakala hutang lapuk pula adalah hutang yang datang dengan kadar faedah yang tinggi seperti kad kredit dan pembiayaan peribadi. Tidak kira hutang baik atau hutang lapuk, ianya tetap hutang yang memerlukan komitmen jangka panjang yag sudah semestinya memberi kesan terhadap statu kewangan seseorang jika tidak diuruskan sebaiknya.

Oleh yang demikian, pelan perlindungan dengan simpanan boleh dijadikan cara untuk membebaskan anda daripada belenggu hutang apabila usia anda meningkat. Sekiranya anda masih hidup dan tidak membuat tuntutan sepanjang tempoh perlindungan, anda akan mendapat sejumlah wang ketika sijil anda matang. Anda bolehlah menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang-piutang anda agar anda dan keluarga dapat mengecapi kehidupan yang aman dan selesa tanpa beban hutang.

Rancanglah kewangan anda lebih awal untuk mencapai matlamat anda. Sekiranya anda berazam untuk melangsaikan kesemua hutang anda pada usia 50 tahun, segeralah mencarum selewat-lewatnya pada usia anda 30 tahun. Dengan menyertai pelan perlindungan Takaful dengan simpanan, anda hanya perlu membayar caruman selama 5 atau 10 tahun, mengikut kemampuan anda, bagi perlindungan selama 20 tahun. Lebih awal anda mencarum, lebih murah bayaran caruman bulanannya, sekaligus mencapai matlamat anda menjadi seorang yang bebas hutang pada usia 50 tahun.

Manfaat & pembayaran takaful - Pelan perlindungan & simpanan takaful boleh membantu menunaikan haji

Menjalankan ibadah haji

Menunaikan ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan. Sebagai seorang Islam, sudah tentunya anda ingin menunaikan kewajipan anda. Namun, perbelanjaan menunaikan haji semakin lama semakin tinggi. Anda juga sudah tentu ingin menunaikan haji bersama pasangan atau ibu bapa sekiranya mereka masih belum berkesempatan menunaikannya. Jadi, perbelanjaannya sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit. Jika anda tidak merancang dengan teliti, mampukah anda menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah?

Usah risau. Pembayaran manfaat perlindungan Takaful dengan simpanan mampu merealisasikan impian anda. Anda tidak perlu berhutang atau menggadai harta benda semata-mata untuk menunaikan haji seperti yang dilakukan oleh segelintir orang. Banyak pelan perlindungan Takaful dengan simpanan yang ditawarkan di luar sana, tetapi pastikan anda memilih pelan yang menawarkan manfaat tambahan seperti manfaat rangsangan pelaburan dan manfaat rangsangan matang yang memberi pulangan berganda untuk anda. Bukan sahaja menunaikan haji, malah anda juga boleh menggunakan pembayaran manfaat rangsangan untuk melancong bersama keluarga tercinta. Yang penting, tiada hutang tambahan.

Manfaat & pembayaran takaful - Dana persaraan atau pendidikan anak

Dana persaraan atau pendidikan anak

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute yang dikeluarkan pada Disember 2020, purata hayat bagi rakyat Malaysia adalah antara 72.6 hingga 77.6 tahun. Ini bermakna seseorang itu mempunyai anggaran selama 12 hingga 17 tahun kehidupan selepas bersara. Ia merupakan suatu jangka masa yang agak lama untuk meneruskan hidup tanpa pendapatan tetap. Cuba anda bayangkan kehidupan anda selepas bersara pada umur 60 tahun, bagaimana anda ingin meneruskan kehidupan tanpa sebarang pendapatan tetap? Dengan keadaan ekonomi yang tidak tentu dan harga barang keperluan yang meningkat saban tahun, mampukah anda hidup dengan selesa selepas bersara?

Jika anda kini berusia 40an dan fikir anda sudah terlambat untuk mencarum dalam pelan perlindungan takaful dengan simpanan, anda salah. Anda masih belum terlambat untuk merancang kewangan anda dan mengambil tindakan segera untuk memastikan kehidupan anda selepas bersara lebih terjamin kerana pelan ini menawarkan tempoh pembayaran caruman dan perlindungan yang fleksibel. Sebagai contoh, sekiranya anda kini berumur 40 tahun, anda boleh memilih untuk membayar caruman 10 tahun bagi perlindungan 20 tahun. Jadi, ketika anda berumur 50 tahun, anda telah menyelesaikan caruman dan ketika anda mencapai umur 60 tahun, anda akan menerima pembayaran manfaat yang boleh digunakan untuk menampung kos sara hidup anda selepas anda bersara. Anda tidak perlu lagi mencari kerja atau mengharapkan bantuan daripada anak-anak untuk meneruskan kehidupan. Mudah, bukan?

Selain dana persaraan, anda juga boleh menggunakannya sebagai dana pendidikan anak-anak anda. Anda boleh memilih untuk mencarum pelan perlindungan Takaful dengan simpanan ini untuk anak anda agar mereka juga dilindungi sekiranya musibah berlaku kepada mereka dan pada masa yang sama mereka juga menerima manfaat pembayaran apabila Sijil mereka matang. Ia satu tindakan yang bijak, kerana apabila masa itu tiba, anda tidak perlu bersusah-payah membuat pinjaman bank, memohon biasiswa atau berhutang dengan sesiapa pun untuk menghantar anak anda melanjutkan pelajaran ke menara gading. Impian anak anda dan keluarga tercapai tanpa sebarang beban kewangan.

Manfaat & pembayaran takaful - Memenuhi impian hidup dengan takaful simpanan

Memenuhi impian hidup

Setiap orang pasti mempunyai impian dan matlamat dalam hidup. Tidak kira mudah ataupun sukar sesuatu impian itu, anda sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, hanya masa yang menentukan. Pernahkah anda terfikir bahawa pelan perlindungan Takaful dengan simpanan mampu merealisasikan impian anda itu?

Oleh kerana pelan perlindungan Takaful dengan simpanan ini fleksibel, anda bebas memilih tempoh caruman dan perlindungan mengikut kemampuan dan jangka masa yang anda sendiri tetapkan. Sebagai contoh, anda bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri sejak anda masih muda lagi, tetapi tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakan perniagaan. Anda juga tidak mampu untuk memohon pembiayaan kerana komitmen kewangan bulanan yang agak tinggi.

Melalui pelan perlindungan Takaful dengan simpanan ini, anda boleh menetapkan satu masa yang anda ingin capai matlamat tersebut. Anda boleh memilih untuk membayar caruman selama 5, 10 atau 20 tahun bagi perlindungan selama 10, 15, atau 20 tahun. Jadi, ketika Sijil anda matang, anda boleh menggunakan pembayaran tersebut untuk mencapai impian anda – memulakan perniagaan, melancong ke seluruh dunia, menyambung pelajaran atau apa sahaja yang anda impikan tanpa membuat hutang baharu. Seronoknya!

Mohon pelan perlindungan takaful dengan simpanan untuk mendapatkan pulangan yang optimum

Terdapat banyak cara untuk anda menggunakan pembayaran manfaat Takaful. Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, anda bebas menggunakannya untuk tujuan apa sekalipun. Ternyata, perlindungan Takaful tidak hanya terhad kepada perlindungan kesihatan atau kematian, malah pencarum yang masih hidup juga boleh mendapat manfaat darinya ketika masih hidup.

Carilah pelan perlindungan Takaful dengan simpanan yang menawarkan pembayaran manfaat matang yang tinggi dan juga manfaat rangsangan yang lain yang boleh memberi anda pulangan optimum agar anda dapat mencapai matlamat kewangan dan merealisasikan aspirasi hidup anda. Anda boleh mengira jumlah perlindungan yang anda perlukan dengan menggunakan Kalkulator Takaful Persaraan.

Kandungan yang berkaitan
Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM