Bahasa
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Perlindungan Kesihatan

Kesihatan dan kesejahteraan anda adalah perkara paling berharga yang anda miliki dalam hidup. Dengan kesihatan yang baik, anda akan dapat merealisasikan semua yang anda ingin capai dalam kehidupan seperti keseimbangan kerja-kehidupan, membentuk hubungan, memupuk generasi akan datang dan juga menjadi ahli masyarakat yang berfungsi. Walau bagaimanapun, penyakit dan masalah kesihatan adalah di luar kawalan kita dan tragedi sedemikian benar-benar boleh menjejaskan kehidupan anda. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai beberapa jenis perlindungan kesihatan untuk diri sendiri.

 

Takaful Perubatan dan Kesihatan daripada Great Eastern Takaful


Di Great Eastern Takaful, kami mempunyai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan khusus bersesuaian dengan bajet, umur dan keperluan kesihatan anda bagi memastikan anda mendapat penjagaan kesihatan yang baik. Kami sentiasa optimistik dalam menjadi rakan Takaful Perubatan dan Kesihatan untuk menawarkan perlindungan kesihatan dalam situasi yang kritikal yang melibatkan kesihatan anda dan keluarga.

 

Apakah itu Takaful Perubatan dan Kesihatan?

Mendapatkan perlindungan penjagaan kesihatan yang mencukupi adalah penting untuk anda mengekalkan kehidupan yang seimbang. Pelan takaful memberi anda perlindungan penjagaan kesihatan yang mematuhi prinsip Syariah. Apabila seseorang membuat kontrak (aqad) untuk menyalurkan sejumlah wang tertentu ke dalam dana takaful, mereka menjadi peserta pelan takaful untuk membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami kerugian. Konsep takaful adalah berasaskan kepada membantu peserta apabila mana-mana daripada mereka memerlukannya. Oleh itu, anda akan melabur wang yang berpotensi melindungi anda sambil membantu orang lain juga. Dengan Great Eastern Takaful, kami menawarkan anda pelbagai pelan takaful yang boleh memberi manfaat kepada keperluan penjagaan kesihatan anda. Setiap pelan ini menyediakan perlindungan penjagaan kesihatan dan dilengkapi dengan kad perubatan keluarga takaful yang akan membantu melancarkan prosedur apabila berurusan dengan hospital dan pusat perubatan.

 

Dapatkan Perlindungan Kesihatan yang Anda Perlukan Daripada Great Eastern Takaful

 

Kesihatan anda adalah penting untuk keluarga dan diri anda. Pada zaman ini, hidup anda lebih terdedah kepada kemungkinan untuk terkena penyakit kritikal. Pelan penjagaan kesihatan kami boleh membantu proses pemulihan dengan memberikan anda rawatan yang anda perlukan. Dengan pelan takaful yang betul, anda akan sentiasa lebih bersedia untuk sebarang perkara yang mungkin berlaku, menjadikan anda lebih selamat, dari segi kewangan dan kesihatan. Kad perubatan disertakan dengan mana-mana takaful perubatan yang anda pilih daripada kami. Jadi, jika anda sedang mencari kad perubatan peribadi atau keluarga di Malaysia. Anda boleh memilih mana-mana penyelesaian takaful daripada katalog kami yang memastikan penjagaan kesihatan yang betul dan mengambil kira bajet, kumpulan umur dan keperluan kesihatan bersesuaian.


Great Eastern Takaful Menawarkan Perlindungan Kesihatan yang Sesuai Untuk Anda dan Keluarga Anda

 

Walaupun dunia sekarang sudah beralih ke era pasca-pandemik COVID-19, kita perlu terus berwaspada dan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam penjagaan kesihatan. Sakit dan ajal ini bukan dalam kawalan kita. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan” kita perlu sentiasa bersedia untuk apa jua situasi yang melibatkan kesihatan diri kita dan keluarga. Sebagai manusia, kita boleh cuba sedaya upaya untuk mencegah penyakit dan berusaha untuk bersedia jika kita jatuh sakit. Cara mencegah penyakit adalah pengetahuan am bagi orang ramai. Makan makanan seimbang, selalu bersenam dan menjaga kebersihan, semuanya mudah untuk dilakukan dalam kehidupan seharian. Persediaan untuk penyakit sedikit rumit kerana jika anda jatuh sakit, anda harus bersedia dari segi perubatan, penjagaan dan kewangan. Salah satu solusi untuk perkara ini adalah melalui Takaful Perubatan dan Kesihatan. Berita baik buat anda, kini anda boleh mendapatkan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan secara atas talian.

 

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai pelan takaful kami yang fleksibel dengan berjumpa bersama Perunding Takaful kami di cawangan berhampiran anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pelan perlindungan kesihatan kami.

 

Lindungi anda dan keluarga dari penyakit dan musibah dengan Takaful Perubatan. Pelan-pelan takaful yang fleksibel dan menyeluruh dari Great Eastern Takaful membenarkan anda memilih pelan kesihatan yang paling sesuai berdasarkan kemampuan dan keperluan anda. Sejak 2010, Great Eastern Takaful telah menawarkan pelbagai jenis perlindungan seperti Takaful Perubatan, Takaful Kesihatan, Takaful Keluarga, Takaful Pendidikan dan lain-lain. Kami tekad menjadi sebuah nama yang dipercayai dalam industri perlindungan dengan memberikan servis yang terbaik untuk anda. Untuk ketahui lebih lanjut, layari laman web kami.

Produk lain yang berkaitan

Kami memberi anda akses kepada pelan-pelan peribadi dan pelbagai yang membantu anda melindungi keluarga anda dan menjaga kepentingan anda.

Kami sedia membantu

Hubungi Perunding Takaful

Kembali ke atas