Menunaikan Haji ialah rukun kelima Islam dan yang paling penting dalam kepercayaan dan perpaduan Islam. Sebelum membuat perjalanan, jemaah perlu muhasabah diri, melangsaikan hutang dan merancang supaya mempunyai dana yang cukup untuk keluarga yang ditinggalkan ketika mengerjakan Haji atau Umrah. Lindungi perjalanan anda dengan pelan yang terancang rapi.
Jika berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) semasa mengerjakan Haji atau Umrah, Jumlah Perlindungan Asas akan digandakan.
Badal Haji akan diuruskan sekiranya berlaku kematian atau HUPK dan bayaran akan ditolak daripada manfaat takaful sebelum bayaran kepada penama.
Jika berlaku kematian, Jumlah Perlindungan Asas daripada Dana Tabarru dan baki akaun individu (PIA) (jika ada) akan dibayar.
Terima manfaat tunai untuk mengerjakan Qurban ke atas satu bahagian haiwan yang akan dikorbankan. Pilih untuk membuat amalan ini sendiri atau lantik ejen Great Eastern Takaful untuk melakukan Qurban untuk anda.
Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.