Great Eastern Takaful Malaysia logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Great Eastern Takaful Malaysia logo

M-Tiara Invest Shield

M-Tiara Invest Shield

Apakah yang boleh anda berikan kepada generasi masa depan anda yang berkekalan? Apakah hasil yang anda mahukan daripada harta benda anda? Sebuah pelan warisan memastikan kesinambungan bukan hanya untuk kekayaan anda semata-mata tetapi juga untuk mengekalkan dan meningkatkan nilai murni yang tidak dapat dibeli dengan wang.

Ini adalah sesuatu yang diperlukan untuk pengurusan sumber rezeki keluarga anda dan sesuatu yang sangat peribadi bagi anda.

Pemberian warisan anda adalah sebuah pelaburan yang berharga.

Mari berbincang; Semuanya mengenai M-Tiara Invest Shield.

Manfaat-manfaat Utama

Pengunderaitan Dipermudahkan

Pendaftaran mudah. Direka untuk persekitaran kini yang serba maju dan mereka yang bijak melabur seperti anda!

Peruntukan Pelaburan yang Tinggi

95% daripada caruman akan disalurkan kepada Akaun Unit Peserta (PUA).

Jumlah Perlindungan Asas

125% daripada Caruman Tunggal (caruman tunggal minimum = RM5000).

Dapatkan pelan ini

Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Nota dan Penafian:

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Hubungi 1 300 88 8787, kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat atau layari www.muamalat.com.my.

Notis Penting
  1. M-Tiara Invest Sield merupakan pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman tunggal yang matang pada umur 99 tahun (umur hari lahir berikutnya) beserta manfaat perlindungan takaful keluarga. Pelan ini adalah produk Takaful Keluarga yang dikaitkan dengan prestasi aset, dan bukan produk pelaburan seperti unit amanah.

  2. Anda seharusnya berpuas hato bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

  3. "Tempoh rujukan percuma" selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil diberi kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar bersamaan:
    • sebarang caruman yang tidak diperuntukkan;
    • jumlah nilai di dalam PUA (jika ada) sijil ini; dan
    • sebarang Tabarru' dan Caj Perkhidmatan yang telah ditolak.
       
  4. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam PUA (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PUA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru'.

  5. Jumlah di dalam PUA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PUA mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.

  6. Jika anda menyerahkan sijil anda pada tahun yang awal, anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah yang anda telah bayar.

  7. Jika anda beralih sijil anda daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atai anda mengganti siijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.
Penafian

Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk, Risalah Pernyataan Dana  dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Untuk pertanyaan
Untuk khidmat pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Malaysia logo