Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Penglipur lara diserikan Tuanku

Penglipur lara diserikan Tuanku banner

Kanak-kanak Kampung Orang Asli Sungai Gabong telah menerima kunjungan kehormat apabila Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan bercerita yang merupakan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun pada 7 September 2019.

Seramai 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kanak-kanak dan kakitangan Great Eastern Takaful turut berada di pertandingan bercerita tersebut yang disertai 11 kanak-kanak berumur 8 hingga 16 tahun berasal daripada komuniti Orang Asli.

Ada peserta yang malu-malu, ada yang berani dan ekspresif, ada yang menghias muka dengan lukisan, ada juga yang berhias dengan bulu pelepah dan sayap untuk mendalami watak yang diceritakan. Semua kanak-kanak berjaya memikat dan mencuit hati para hadirin yang ketawa pada beberapa waktu tertentu sepanjang pertandingan.

Turut hadir memeriahkan program khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial ini ialah para juri yang dihormati – Ketua Pembelajaran & Biasiswa Yayasan Hasanah, Dr Nur Anuar Abdul Muthalib, Penyunting Berita New Straits Times, Faridul Anwar Farinordin dan Ketua Penjenamaan & Komunikasi Pemasaran GETB, Tengku Sheila Tengku Azib.

Pemenang bagi pertandingan bercerita kategori sekolah rendah ialah adik Nur Syazwanis Safia binti Abdul Rahman, 8 dari SK Sulaiman yang menceritakan tentang “Bangau menipu Ikan” dengan penuh keyakinan dan ekspresi.

Manakala Haslinna a/p Zaili yang berumur 14 tahun dari SMK Khai Mun telah menang bagi kategori sekolah menengah bagi penceritaannya berkenaan “Semut dan Merpati”.

Setelah tamat pertandingan bercerita, para wanita telah dijemput ke bengkel pemerkasaan diri, di mana mereka diajar untuk menjahit sulaman pada beg jut. Perancangan jangka panjang bagi program khidmat komuniti dan tanggungjawab sosial ini adalah untuk membantu wanita-wanita Kampung Orang Asli Sungai Gabong menjana sedikit duit poket daripada peluang perniagaan ini.

Pihak kami benar-benar komited dalam membantu mereka yang memerlukan panduan ke arah kestabilan ekonomi demi kemajuan negara bersama. Hal ini menepati tujuan kami iaitu, Saling Membantu Mereka Yang Memerlukan. Kerana Kita Boleh.
 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo