Lanjutan daripada program GREAT Ramadan dan GREAT Aidiladha, warga kerja Great Eastern Takaful telah berkongsi rezeki dalam bentuk pengagihan barangan keperluan harian bersama Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.
Berpegang teguh kepada prinsip saling membantu antara satu sama lain pada masa yang memerlukan, sejumlah RM4,000 telah berjaya dikumpulkan untuk membantu golongan yang memerlukan untuk membeli keperluan peribadi, penjagaan diri dan barangan keperluan harian yang lain.
Majlis penyerahan yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi telah disempurnakan dengan kehadiran Ketua Pemasaran Great Eastern Takaful.
Terima Kasih diucapkan kepada semua kakitangan Great Eastern Takaful Berhad (GETB), Great Eastern Life Malaysia (GELM) dan Great Eastern General Malaysia (GEGM) yang menyokong dan menyumbang dalam inisiatif ini demi mencapai kejayaan bersama komuniti setempat yang paling memerlukan bantuan.