Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Program MyETS Journey

Program MyETS Journey banner

Sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak 2022, Great Eastern Takaful telah bekerjasama dengan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) daripada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) dalam menjayakan Program MyETS Journey pada 9 – 11 September 2022. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanser kanak-kanak di sepanjang perjalanan dua hala yang bermula dari Kuala Lumpur hingga Alor Setar melalui perkhidmatan Tren Elektrik (ETS). Seramai hampir 30 peserta yang terdiri daripada pesakit kanser kanak-kanak, ahli keluarga dan sukarelawan GETB telah mengedarkan risalah, berkongsi cabaran mereka dalam melawan penyakit kanser ketika melawat pelbagai tempat menarik di sekitar Alor Setar.

Great Eastern Takaful amat prihatin dengan peningkatan jumlah pesakit kanser yang melibatkan golongan kanak-kanak dan menyokong sepenuhnya usaha yang dijalankan pihak KIDS untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang kanser kanak-kanak serta cabaran yang dihadapi oleh pesakit, penjaga dan ahli keluarga terdekat.

Ketua Bahagian Pemasaran Great Eastern Takaful, Pn. Nurul Sheila Khalib berkata, “Inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan dengan kerjasama GETB dan KIDS amat bermakna kerana kami ingin lebih ramai rakyat Malaysia memahami bahawa kanak-kanak turut mempunyai risiko untuk didiagnosis dengan kanser sama seperti pesakit dewasa dan mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk sembuh dan seterusnya dapat menjalani kehidupan yang baik untuk mengejar impian mereka. Kami amat berharap mereka akan lebih bersemangat dan terus positif dalam menghadapi cabaran mendatang.”

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo