Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Program GREAT Ramadan bersama anak-anak yatim dan asnaf

Program Great Ramadan bersama anak yatim banner

Great Eastern Takaful menyambut bulan Ramadan yang mulia ini melalui program GREAT Ramadan dengan berkongsi rezeki bersama golongan yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada 120 orang anak-anak yatim dan asnaf  dari dua buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Dengan kerjasama dari pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), seramai 120 orang anak-anak yatim telah dibawa untuk membeli keperluan menyambut Aidilfitri seperti baju raya, kasut, tudung dan lain-lain dengan diiringi seramai 30 orang warga kerja Great Eastern Takaful.

Program ini bertujuan memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik selain memberikan pengalaman membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga.

Pada hari yang sama, anak-anak ini turut dijemput untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa Besar bersama lebih 1,000 orang perunding takaful di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. 

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo