Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Program GREAT Ramadan Membawa Keriangan kepada Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik 2024

Program GREAT Ramadan Membawa Keriangan kepada Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik 2024

Great Eastern Takaful telah menganjurkan satu acara membeli belah barangan kelengkapan Hari Raya di bawah Program GREAT Ramadan, iaitu sebuah inisiatif yang bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan kepada komuniti yang kurang bernasib baik. Dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), program yang berlangsung pada 20 Mac 2024 ini memberikan pengalaman istimewa kepada seramai hampir 70 anak yatim dan asnaf daripada dua rumah kebajikan terpilih, iaitu Pusat Jagaan Kasih Murni dan Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad.

Ditemani 33 kakitangan GETB, mereka dibawa untuk membeli belah dan memilih sendiri pakaian Raya baharu. Inisiatif yang menyentuh hati ini tidak hanya membawa senyuman gembira  di wajah mereka, tetapi juga memberikan mereka pengalaman dalam membuat persiapan Raya dalam suasana berkeluarga.

Program ini bertujuan untuk memupuk kebahagiaan dan kegembiraan bagi mereka yang kurang bernasib baik di samping memahami serta berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.  Melalui inisiatif sebegini, Great Eastern Takaful akan terus dapat memberikan impak positif dan membantu mereka yang memerlukan.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM