Great Eastern Takaful (GETB) telah bekerjasama dengan pihak Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) pada bulan Jun untuk menyertai program Kembara Korban yang merupakan aktiviti korban haji berskala besar di Malaysia. GETB telah menyumbangkan dua ekor lembu bernilai hampir RM12,000 untuk diagihkan kepada enam penerima yang terdiri daripada golongan orang yang kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.
Majlis penyerahan daging korban telah berlangsung di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian yang menyaksikan sebanyak 70kg daging korban beku telah diserahkan kepada wakil GETB. Konsep sejuk beku yang digunakan oleh pihak YBIM dapat memastikan kesegarannya 70kg daging lembu dan memudahkan pengagihan kepada setiap penerima.
Inisiatif ini dapat membantu setiap penerima meraikan perayaan Aidiladha disamping menghidupkan semangat ihsan disamping melaksanakan ibadah korban.