Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Majlis Penyerahan Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir

Majlis Penyerahan Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir

Pada 15 Disember 2023, Great Eastern Takaful sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Kembara Amal Ventures dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir dengan menyampaikan pek bantuan dalam bentuk “Kotak Rezeki” kepada 200 mangsa banjir di Dewan Kondo Rakyat Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Kotak Rezeki yang telah disalurkan itu mengandungi makanan harian seperti beras, bihun, kicap, makanan sedia dimakan dalam bentuk pes rendang, pes serbaguna, pes sambal serta makanan sedia dimasak dalam bentuk kiub masakan nasi ayam, telur masin, mee kari, rendang dan laksa. Bantuan seperti ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir serta memberi semangat untuk terus cekal dalam menghadapi dugaan ini.

Sebelum itu, pada 13 Disember 2023, telah berlangsung majlis penyerahan pek bantuan tersebut yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful, En. Shahrul Azlan Shariman kepada Pengasas Kembara Amal Ventures yang juga Pakar Motivasi Diri, Keluarga dan Organisasi, Dr. Hjh Azuraida Shahadan bertempat di Menara Great Eastern.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo

Ahli PIDM

TIPS Brochure PIDM