Warga kerja Great Eastern Takaful telah menyantuni seramai 50 orang anak-anak kanser dari Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Koptown EDC, Kuala Lumpur pada bulan April 2023.
Anak-anak kanser yang diraikan ini kelihatan cantik bergaya dan gembira dapat sama-sama berbuka puasa dengan teman seperjuangan mereka. Semoga mereka terus bersemangat untuk mencapai kejayaan bersama dan diberikan kekuatan dalam perjuangan mereka melawan kanser kanak-kanak.