Sempena sambutan Hari Kanak – Kanak Sedunia, Great Eastern Takaful telah menjemput 32 orang kanak kanak yang menghidap barah melalui Kerjasama dengan Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) untuk lawatan pendidikan bertempat di KidZania pada 18 November 2023.
Para peserta telah diberi peluang untuk menerokai pelbagai jenis kerjaya dan berpeluang melakukan simulasi pekerjaan untuk meningkatkan keyakinan mereka serta memahami dengan lebih mendalam bagaimana tugas yang diberikan akan dilakukan.
Program ini juga telah memberi ilmu yang bermakna serta memberi motivasi kepada para peserta untuk untuk terus berusaha dalam akademik dan memberi dorongan kepada mereka untuk menggapai cita-cita mereka.
© Hak cipta 2024 Great Eastern Takaful Berhad 201001032332 (916257-H) Hak Cipta Terpelihara
Ahli PIDM | Brosur TIPS PIDM