Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Infaq Iftar untuk Keluarga Pesakit Kanser

Infaq iftar untuk keluarga pesakit kanser banner

Bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat Great Eastern Takaful, kami telah mengunjungi Ronald McDonald House (RMH) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-baru ini dengan kerjasama Khadijah International Wakaf (L) Yayasan (KIWF) untuk mengedarkan Pek Iftar kepada 14 keluarga yang menetap di RMH.

Great Eastern Takaful Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shahrul Azlan Shahriman dan Ketua Pemasaran Nurul Sheila Khalib sementara KIWF diwakili oleh Hajjah Rohani Mohd Shahir.

Selepas taklimat dari Pembantu Kesihatan Raja Siti Nuraini Raja Zahri mengenai RMH, wakil GETB menemui salah seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang berusia 7 tahun berasal dari Pahang yang sedang menunggu rawatan susulan.

Rata-rata didapati mereka yang tinggal di RMH terdiri daripada ibu bapa kepada kanak-kanak yang dimasukkan ke wad onkologi di HUKM. Sebilangan kanak-kanak telah berada di RMH  sehingga 6 bulan disebabkan komplikasi penyakit yang kritikal. Majoriti daripada mereka terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Selain itu, bagi kanak-kanak yang menetap jauh dari hospital juga mendapatkan tempat tinggal di sini bagi tujuan konsultasi serta rawatan susulan dan dikenakan bayaran hanya RM5 semalam.

Pada masa yang sama pihak KIWF kini sedang mengumpul dana untuk mendirikan rumah berkonsepkan RMH untuk keluarga dengan kanak-kanak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Infaq Pek Iftar ini merupakan salah satu kerjasama yang terbesar yang dijalankan oleh Majlis Ilmu Khadijah dengan kerjasama beberapa pihak lain untuk meraih sumbangan bagi tujuan itu.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo