Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Soalan Lazim

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang takaful berkelompok? Kami di sini sedia membantu anda menjawab soalan-soalan yang berkenaan. 


 
  1. Kemaskini Maklumat Peribadi
    Untuk perubahan alamat, nombor telefon dan alamat emel, anda boleh mengemaskini secara dalam talian melalui portal i-Get In Touch di https://igetintouch.greateasterntakaful.com di halaman “My Profile”.

    Untuk mengemaskini butiran peribadi yang lain, sila lengkapkan borang Permohanan Pertukaran Maklumat Peribadi dan hantarkan borang bersama dengan salinan sah dokumen yang telah disahkan atau salinan asal dokumen sokongan melalui alamat/emel ke:

    Group Business Admin, Operations
    Great Eastern Takaful Berhad
    Menara Great Eastern
    Level 3,  303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur.
    Emel: gmbtsadmin@greateasterntakaful.com

    Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Perunding Takaful anda untuk mendapatkan bantuan tentang takaful berkelompok anda. 

    Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengemaskini butiran peribadi saya?
    Untuk kemaskini butiran peribadi seperti pembetulan nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina atau perubahan warganegara bagi takaful berkelompok, sila hantar salinan Sijil Kelahiran/Passport/Kewarganegaraan yang telah disahkan oleh individu yang berkelayakan seperti doktor, peguam, majistret, Pengurus Agensi atau Pegawai Khidmat Pelanggan GETB, dll. Jika nama adalah berbeza daripada rekod asal, sila serahkan dokumen rasmi yang membuktikan perubahan nama daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan dokumen kad pengenalan baru anda.

  2. Pelantikan/Pertukaran Penama
    Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), anda mempunyai pilihan yang berikut untuk menguruskan pengagihan manfaat sijil setelah anda/Orang Yang Dilindungi meninggal dunia:
    a) Benefisiari di bawah hibah bersyarat; atau
    b) Wasi
    c) menggabungkan kedua-dua pilihan di atas.

    Sila lengkapkan borang Pelantikan/Penukaran Penama Sebagai Benefisiari dan hantar kepada:

    Group Business Admin, Operations
    Great Eastern Takaful Berhad
    Menara Great Eastern
    Level 3,  303 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur.

Kembali ke atas


Kemudahan Saluran Caruman Takaful Berkelompok

Saluran Caruman
Pembayaran Automatik Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
Perbankan Internet JomPAY


Pembayaran Automatik
Ia adalah kaedah yang mudah dan selamat. Dengan menggunakan Pembayaran Automatik, caruman untuk takaful berkelompok anda akan dipotong dari akaun gaji anda secara automatik.

Kaedah Pembayaran Borang & Dokumen Diperlukan Catatan
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Borang 1/79 BPA
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan benar (CTC)
  • Salinan slip gaji terkini yang disahkan benar (CTC)
Hanya untuk pencarum yang bekerja dengan badan kerajaan.

Potongan caruman BPA akan berkuat kuasa 2 bulan selepas tarikh penyerahan permohonan. Anda dinasihatkan untuk mengikuti garis masa penyerahan seperti berikut untuk memastikan perlindungan sijil Takaful anda berterusan:

  • Untuk permohonan potongan caruman permulaan, borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Great Eastern Takaful Berhad dalam masa 1 bulan dari tarikh penerimaan surat.
  • Untuk permohonan potongan caruman pembaharuan, borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Great Eastern Takaful Berhad 2 bulan sebelum tarikh bayar caruman berikutnya. Jika tidak, bayaran caruman untuk tarikh bayar caruman berikutnya diperlukan.


Perbankan Internet
JomPAY
Anda boleh membayar caruman takaful berkelompok melalui internet dan bebas daripada caj perkhidmatan dari Akaun Semasa atau Simpanan dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti yang tertera di bawah:

Langkah 1 Log masuk ke Internet atau Perbankan Mudah Alih dan cari JomPAY
Langkah 2 Masukkan 78899 dalam ruang Kod Biller untuk GREAT EASTERN TAKAFUL - GROUP
Langkah 3 Masukkan Nombor Sijil 8-digit anda di ruang "Ref-1"
Contoh: T1234567/Y1234567
Langkah 4 Masukkan Nombor Telefon anda di ruang "Ref-2"
Langkah 5 Masukkan Jumlah Caruman anda
Langkah 6 Tambah Biller sebagai "Kegemaran"

Nota: Resit pembayaran berdasarkan nombor sijil dalam Ref-1

Contoh: Jika anda memegang 5 sijil untuk Nombor Sijil yang berbeza dan ingin membuat pembayaran melalui JomPay, and perlu melakukan transaksi JomPAY masing-masing sebanyak 5 kali untuk memasukkan Nombor Sijil dalam ruang Ref-1 secara individu.

Untuk senarai bank yang menyertai, sila rujuk http://www.jompay.com.my

Kembali ke atas


Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan

Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat mengenai Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan?

Sila klik di sini untuk Panduan Bagi Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan. Panduan ini memberikan anda maklumat umum mengenai bagaimana Sijil Takaful Berkaitan Pelaburan anda berfungsi, faktor-faktor yang mungkin boleh mengurangkan nilai dana anda dan langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk menikmati perlindungan takaful berkelompok sepanjang tempoh sijil anda.

Kembali ke atas

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo