Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Membuat Tuntutan Takaful

Membuat Tuntutan Takaful

Buat pilihan pada menu tarik-bawah yang disediakan untuk membuat tuntutan. Ikut langkah yang diberikan satu persatu bagi memudahkan anda menghantar tuntutan.

Membuat tuntutan

Apakah jenis tuntutan yang anda mahu buat?


Langkah 1: Dapatkan dokumen-dokumen berikut

Untuk tujuan bukti dan pengesahan, kami meminta anda menghantar dokumen-dokumen berikut bagi jenis tuntutan yang dibuat.

Dokumen yang Diperlukan untuk Tuntutan Hilang Upaya Penuh dan Kekal:

  1. Borang Tuntutan Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal
  2. Tuntutan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (Pernyataan Doktor)
  3. Surat Pemberikuasaan/Kebenaran
  4. Senarai Semak Keperluan Penyerahan Tuntutan Keluarga
  5. Borang Kemudahan Kemasukan Kredit

Langkah 2: Menghantar dokumen

Setelah anda memuat turun dan melengkapkan borang-borang tuntutan yang berkaitan, sila hantarkan tuntutan anda bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan menerusi i-Get In Touch (I-GIT) untuk penilaian.

Anda boleh rujuk panduan di bawah tentang cara membuat penyerahan tuntutan:-

Kami tahu anda menantikan jawapan yang cepat dan pantas dari kami. Sila ambil maklum bahawa setiap penyerahan tuntutan dalam talian kini boleh disemak menerusi fungsi Jejak & Kesan di i-GIT untuk status penyerahan tuntutan yang lebih mudah dan pantas.

Sebagai alternatif, sila hantarkan semua dokumen tuntutan anda ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan yang terletak di aras 3 ibu pejabat kami atau ke cawangan yang terdekat.

Ibu pejabat:
Great Eastern Takaful Berhad (916257-H)
Aras 3 Menara Great Eastern
303 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Semak Status Tuntutan

Setelah anda selesai membuat penyerahan tuntutan di i-GIT, sila rujuk panduan di bawah tentang cara penggunaan i-GIT bagi menyemak status tuntutan:-

Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan menghantar e-mel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo