Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Notis Perlindungan Data Peribadi

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
 

  1. Maklumat Peribadi

Dengan berinteraksi bersama Great Eastern Takaful Berhad (“Pengendali Takaful”), menyerahkan maklumat kepada Pengendali Takaful, mendaftar untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pengendali Takaful, anda memberikan maklumat peribadi pada Pengendali Takaful.

"Maklumat peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang anda telah berikan atau akan berikan kepada Pengendali Takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, data bio atau profil peribadi, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat emel, imej, pilihan peribadi anda, maklumat akaun kewangan dan perbankan dan sebarang maklumat yang mungkin boleh mengenal pasti anda, orang yang dilindungi, pelaksana, atau benefisiari yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh Pengendali Takaful dari semasa ke semasa. Istilah "maklumat peribadi" juga merangkumi maklumat peribadi sensitif iaitu yang bermaksud sebarang maklumat peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat seumpamanya dan pelakuan atau pengataan pelakuan yang mendakwa anda bagi sebarang kesalahan.

Dengan memberikan maklumat peribadi kepada Pengendali Takaful, anda mengizinkan (dan jika perlu, secara eksplisit bersetuju) terhadap penggunaan maklumat peribadi anda termasuk maklumat peribadi sensitif, mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Keizinan dan kebenaran yang tersebut di sini akan meliputi sebarang maklumat yang diperolehi daripada mana-mana sijil takaful yang diberikan kepada anda pada masa ini, sebarang permohonan baharu kepada Pengendali Takaful untuk sijil takaful, dan pemprosesan tuntutan, rekod kewangan atau kredit sejarah, data atau maklumat sama ada diberikan atau tidak.

Sebagai peraturan am, jika anda berumur di bawah 18 tahun, Pengendali Takaful akan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa, penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap anda. Walau bagaimanapun, jika anda telah mencapai umur 16 tahun dan ingin menyertai sijil takaful keluarga atas kehidupan anda sendiri atau dalam kehidupan lain di mana anda mempunyai kepentingan boleh lindung takaful yang dibenarkan, anda dianggap mempunya keupayaan untuk memberikan kebenaran anda sendiri berkenaan sijil takaful tersebut.
 

  1. Pengumpulan Maklumat Peribadi

Pengendali Takaful mungkin mengumpul maklumat peribadi anda menerusi, termasuk tetapi tidak terhad kepada, cara berikut:

a. Apabila anda menghantar sebarang borang seperti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, borang permohonan, cadangan, dan/atau tuntutan;

b. Apabila anda membuat sebarang perjanjian, memberi dokumen atau maklumat berkaitan dengan interaksi dan transaksi anda dengan Pengendali Takaful, atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pengendali Takaful.

c. Apabila anda berhubung dengan kakitangan Pengendali Takaful seperti pegawai perkhidmatan pelanggan menerusi panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faksimile, perjumpaan bersemuka, platform digital (termasuk media sosial), dan email;

d. Apabila anda menggunakan perkhidmatan disediakan oleh Pengendali Takaful menerusi dalam talian atau platform teknologi lain, seperti laman sesawang dan aplikasi termasuk semasa anda mendaftar sebarang akaun dalam talian dengan Pengendali Takaful;

e. Apabila anda meminta Pengendali Takaful untuk menghubungi anda, disertakan ke dalam email atau senarai mel lain, membalas permintaan Pengendali Takaful bagi maklumat peribadi tambahan, atau tawaran dan/atau inisiatif disediakan oleh Pengendali Takaful;

f. Apabila anda telah dihubungi oleh, atau membalas kepada, wakil yang dibenarkan oleh Pengendali Takaful atau penyedia perkhidmatan lain lain;

g. Apabila Pengendali Takaful menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga, sebagai contoh, di mana anda telah dirujuk oleh mereka;

h. Apbila imej anda ditangkap oleh Pengendali Takaful melalui kamera CCTV semasa anda berada di dalam premis Pengendali Takaful, atau melalui gambar atau video yang diambil oleh Pengendali Takaful atau wakil yang dibenarkan apabila anda menghadiri acara yang dihoskan oleh Pengendali Takaful;

i. Pengendali Takaful mungkin mengumpul dan/atau mengesahkan maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga, seperti seseorang pemilik sijil yang mempunyai sijil takaful ke atas diri anda atau untuk manfaat anda, ejen, broker, rakan niaga dan pihak ketiga yang anda telah dirujuk kepada pihak Pengendali Takaful atau pihak ketiga yang telah Pengendali Takaful peroleh atau terima maklumat berkenaan anda berkaitan dengan polisi, permohonan takaful atau tuntutan anda, sebagai contoh, dari mana-mana kumpulan syarikat Great Eastern, penanggung insurans atau pengendali takaful lain, persatuan insurans dan takaful, hospital, klinik serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Sekiranya anda memberikan Pengendali Takaful maklumat peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuklah apabila anda telah menamakan mereka sebagai orang yang dilindungi, pelaksana, atau benefisiari, atau apabila anda merujuk pihak ketiga kepada Pengendali Takaful bagi tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan Pengendali Takaful kepada pihak ketiga tersebut, anda telah menyatakan kepada Pengendali Takaful bahawa anda telah memperoleh persetujuan daripada pihak ketiga berkenaan bahawa anda akan memberikan Pengendali Takaful maklumat peribadi mereka bagi tujuan yang dinyatakan di sini. Rujukan bagi "maklumat peribadi anda" akan merangkumi maklumat peribadi pihak ketiga yang telah anda berikan.
 

  1. Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi anda mungkin digunakan, direkodkan, disimpan, diarkibkan, dizahirkan atau diproses oleh atau bagi pihak Pengendali Takaful (dan pengganti hak miliknya) untuk tujuan berikut:

a. untuk penyediaan perkhidmatan takaful, yang mungkin berkenaan dan untuk menjalankan sebarang kegiatan atau kewajipan sebagai pengendali takaful, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tujuan operasi dan pengurusan dalaman;

b. untuk menilai atau memproses sebarang cadangan atau permohonan yang dibuat untuk mana-mana produk dan perkhidmatan Pengendali Takaful, termasuk sebarang pengunderaitan pada masa hadapan;

c. sebarang tuntutan atau penyiasatan atau analisis terhadap tuntutan tersebut, termasuklah memastikan sejarah tuntutan anda untuk memperbaiki proses tuntutan dan mencegah tuntutan palsu, termasuk sebarang penilaian tuntutan pada masa hadapan;

d. untuk mengurus dan mengendalikan hubungan Pengendali Takaful dengan anda serta memberi perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan;

e. untuk memadankan dan mengemaskini sebarang maklumat peribadi yang dipegang oleh Pengendali Takaful dan kumpulan syarikat Great Eastern ("Great Eastern") yang berkaitan dengan anda dari semasa ke semasa (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasterntakaful.com);

f. untuk menawarkan dan/atau memproses sebarang pindaan, perubahan, pembatalan atau pembaharuan sebarang produk atau perkhidmatan oleh Pengendali Takaful atau Great Eastern;

g. untuk pemasaran langsung dan pemasaran umum produk dan perkhidmatan daripada Pengendali Takaful, Great Eastern atau pihak ketiga yang patuh Shariah yang mungkin menarik minat anda. Sila pastikan bahawa maklumat pemasaran yang berkenaan dengan produk dan perkhidmatan daripada pihak ketiga hanya akan dihantar kepada anda sekiranya anda telah bersetuju secararasmi untuk menerima perkara yang sama;

h. untuk penyelidikan dan audit termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan sejarah dan statistik;

i. untuk menjalankan sebarang hak subrogasi atau tuntutan mendapatkan hak kembali;

j. untuk mencegah, menyiasat atau melaporkan sebarang wang haram yang berlaku atau yang disyaki, pembiayaan keganasan, sogokan, rasuah, penipuan yang berlaku atau yang disyaki termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan takaful, pengelakan cukai atau sekatan ekonomi atau perdagangan, dan lain-lain kegiatan jenayah atau yang menyalahi undang-undang;

k. untuk retakaful;

l. untuk tindakan undang-undang atau yang berpotensi untuk dikenakan tindakan undang-undang; dan

m. jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat yang jujur, sekiranya tindakan itu perlu:

i. untuk mematuhi mana-mana penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses perundangan, dan / atau

ii. untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta Pengendali Takaful dan Great Eastern (untuk maklumat lanjut, sila layari greateasterntakaful.com).

Maklumat yang anda berikan kepada Pengendali Takaful adalah perlu. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat tersebut, Pengendali Takaful mungkin tidak dapat memberikan perlindungan takaful kepada anda atau memberi respon kepada sebarang tuntutan.
 

  1. Pendedahan Maklumat Peribadi

Pengendali Takaful mungkin menzahirkan dan / atau memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (di dalam dan di luar Malaysia) untuk tujuan yang dinyatakan di atas:

a. wakil-wakil yang diberi kuasa oleh Pengendali Takaful;

b. bagi sijil pihak ketiga, Pemilik Sijil dan / atau Orang yang Dilindungi;

c. bagi sijil kumpulan, Pemilik Sijil dan / atau Ejen atau Broker mereka;

d. pembekal perkhidmatan pihak ketiga (yang menyediakan pentadbiran, telekomunikasi, kemudahan berkaitan komputer termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian perkakasan atau perisian, penambahbaikan sistem, penghijrahan atau penyelenggaraan, jika ada, pembayaran, pemprosesan data, penyimpanan atau perkhidmatan lain kepada Pengendali Takaful yang berkaitan dengan perlakuan atau cara operasi perniagaan kami) untuk memenuhi kewajipan Pengendali Takaful kepada anda;

e. bank dan institusi kewangan;

f. penanggung insurans atau pengendali takaful, perkhidmatan pengesanan dan pencegahan penipuan, pengendali retakaful, persatuan takaful seperti Persatuan Takaful Malaysia dan pihak berkuasa kawal selia industri takaful;

g. mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku kegagalan pembayaran kredit, mana-mana agensi kutipan hutang;

h. mana-mana organisasi perkadaran takaful yang mengumpul maklumat berkenaan sejarah kredit, punca kemalangan, maklumat kecederaan dan jumlah yang dibayar serta berkongsi maklumat dengan syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful lain dan pihak lain yang berhak melihatnya;

i. mana-mana individu yang bertanggungjawab menjaga hal sulit dan telah bersetuju untuk tidak mendedahkan sebarang data sulit, yang telah dilantik oleh Pengendali Takaful untuk menunaikan kewajipannya kepada anda;

j. mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau peserta bersama terhadap hak atau perniagaan Pengendali Takaful;

k. mana-mana individu yang Pengendali Takaful bertanggungjawab membuat penzahiran mengikut keperluan sebarang undang-undang, peraturan, pengawalan, tata amalan atau garis panduan yang mengikat Pengendali Takaful termasuk dan tidak terhad kepada mana-mana badan pengawalan, badan-badan kerajaan, atau badan-badan yang diiktiraf didalam industri seperti Persatuan Takaful Malaysia dan selainnya menurut undang-undang; dan

l. syarikat-syarikat lain di Great Eastern, rakan-rakan sekutu Pengendali Takaful dan;

m. mana-mana rakan perniagaan atau strategik.
 

  1. Langkah Keselamatan pada Maklumat Peribadi Anda

Pengendali Takaful akan mengambil usaha yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi dalam milikan atau kawalan Pengendali Takaful dengan membuat pengaturan keselamatan yang munasabah untuk menghalang akses tanpa kebenaran, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko serupa. Walau bagaimanapun, Pengendali Takaful tidak dapat menjamin sepenuhnya keselamatan sebarang maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada atau tentang anda, atau sebagai contoh tiada kod berbahaya akan memasuki tapak web Pengendali Takaful (sebagai contoh virus, pepijat, kuda trojan, perisian pengintip atau perisian iklan). Anda harus sedar tentang risiko yang berkaitan dengan menggunakan tapak web.

Walaupun Pengendali Takaful berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, Pengendali Takaful tidak dapat memastikan keselamatan maklumat yang anda hantar kepada Pengendali Takaful melalui Internet, dan Pengendali Takaful menyarankan anda untuk mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk melindungi maklumat peribadi anda apabila anda berada di Internet.

Pengendali Takaful mengesyorkan agar anda menukar kata laluan anda dengan kerap, menggunakan gabungan huruf dan nombor, dan pastikan anda menggunakan penyemak imbas yang selamat.

Di mana berkenaan, anda berjanji untuk memastikan nama pengguna dan kata laluan anda selamat dan sulit serta tidak akan mendedahkan atau membenarkan ia didedahkan kepada mana-mana orang yang tiada kebenaran, dan memaklumkan Pengendali Takaful secepat mungkin jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa orang lain mengetahui nama pengguna anda serta kata laluan atau percaya kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda telah hilang, dicuri atau dikompromi dalam apa jua cara atau bahawa transaksi sebenar atau kemungkinan transaksi tanpa kebenaran telah berlaku. Pengendali Takaful tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan akibat daripada sebarang pelanggaran keselamatan yang berkaitan dengan penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda tanpa kebenaran dan/atau penipuan.
 

  1. Pengekalan Maklumat Peribadi

Kami mungkin menyimpan maklumat peribadi anda pada jangka masa yang dianggap perlu bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan operasi, audit, penyiasatan, perundangan, kawal selia, cukai atau perakaunan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang litigasi yang berpotensi, dan pengunderaitan dan penilaian tuntutan masa hadapan tujuan.
 

  1. Penggunaan Kuki dan Teknologi Berkaitan

Laman web dan platform Pengendali Takaful menggunakan kuki dan teknologi lain. Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan dalam pengkomputeran anda atau peranti elektronik lain apabila anda melawati tapak web dan platform Pengendali Takaful untuk tujuan penyimpanan rekod. Kuki disimpan dalam direktori fail penyemak imbas anda, dan pada kali seterusnya anda melawati tapak web atau platform, penyemak imbas anda akan membaca kuki dan menyampaikan kembali maklumat ke tapak web, platform atau elemen yang pada asalnya menetapkan kuki. Bergantung pada jenis kuki itu, kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain.

Suar web (juga dikenali sebagai tag piksel dan GIF jelas) melibatkan grafik yang tidak nyata kepada pengguna. Pautan penjejakan dan/atau teknologi serupa terdiri daripada beberapa baris kod pengaturcaraan dan boleh dibenamkan dalam tapak web atau platform Pengendali Takaful. Suar web biasanya digunakan bersama dengan kuki dan digunakan terutamanya untuk tujuan analisis statistik. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menjejaki corak trafik pada tapak web dan platform, serta mengetahui sama ada e-mel telah diterima dan dibuka dan untuk melihat sama ada terdapat sebarang respons.

Pengendali Takaful mungkin menggunakan kuki dan teknologi lain seperti berikut:

a. maklumat penjejakan seperti bilangan pelawat dan kekerapan penggunaan mereka, profil pelawat dan tapak pilihan mereka;

b. menjadikan tapak web dan platform Pengendali Takaful lebih mudah digunakan. Sebagai contoh, kuki boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan interaksi masa depan anda dengan tapak web dan platform Pengendali Takaful;

c. untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan Pengendali Takaful dengan lebih baik mengikut minat dan keperluan anda. Sebagai contoh, maklumat kuki mungkin dikenal pasti dan didedahkan kepada vendor dan rakan kongsi perniagaan Pengendali Takaful untuk menjana pandangan pengguna;

d. mengumpul maklumat tentang carian dan sejarah penyemakan imbas pengguna;

e. apabila anda berinteraksi dengan Pengendali Takaful di tapak web dan platform Pengendali Takaful, Pengendali Takaful mungkin menerima dan merekod maklumat secara automatik pada log pelayan Pengendali Takaful daripada penyemak imbas anda. Pengendali Takaful mungkin mengumpul untuk tujuan analisis, statistik dan maklumat berkaitan tapak termasuk, tanpa had, maklumat yang berkaitan dengan cara pelawat tiba di tapak web atau platform, pelayar yang digunakan oleh pelawat, sistem pengendalian yang digunakan pelawat, pelawat. Alamat IP, dan maklumat strim klik pelawat dan cap masa (yang mungkin termasuk sebagai contoh, maklumat tentang halaman yang mereka telah lihat, masa halaman itu diakses dan masa yang dihabiskan untuk setiap halaman web);

f. menggunakan maklumat sedemikian untuk memahami cara orang menggunakan tapak web dan platform Pengendali Takaful, dan untuk membantu Pengendali Takaful menambah baik struktur dan kandungan mereka;

g. menggunakan kuki yang diperlukan untuk membolehkan tapak web dan platform Pengendali Takaful beroperasi, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda log masuk ke bahagian selamat tapak web dan platform Pengendali Takaful; dan/atau

h. memperibadikan laman web dan platform untuk anda, termasuk menyampaikan iklan yang mungkin menarik minat anda dan menggunakan maklumat berkaitan kuki untuk membolehkan kami memahami keberkesanan iklan Pengendali Takaful.

Beberapa kuki yang Pengendali Takaful gunakan adalah daripada syarikat pihak ketiga untuk memberikan Pengendali Takaful analisis web dan risikan tentang tapak web dan platform Pengendali Takaful. Syarikat-syarikat ini mengumpulkan maklumat tentang interaksi anda dengan tapak web dan platform Pengendali Takaful. Pengendali Takaful menggunakan maklumat sedemikian untuk menyusun statistik tentang pelawat yang berinteraksi dengan tapak web, platform dan kandungan dalam talian Pengendali Takaful yang lain, untuk mengukur keberkesanan komunikasi Pengendali Takaful, dan untuk memberikan maklumat yang lebih berkaitan kepada pelawat.

Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki tersebut, anda boleh melaraskan tetapan penyemak imbas anda. Melainkan anda telah melaraskan tetapan penyemak imbas anda untuk menyekat kuki, sistem Pengendali Takaful akan mengeluarkan kuki sebaik sahaja anda melawat tapak Pengendali Takaful atau mengklik pada pautan dalam e-mel sasaran yang telah Pengendali Takaful hantar kepada anda, walaupun anda telah memadamkan kuki sebelum ini.

Cara kuki boleh diuruskan bergantung pada penyemak imbas anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengkonfigurasi atau melumpuhkan kuki, sila rujuk pilihan 'Bantuan' pelayar internet anda.

Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi lain oleh Pengendali Takaful seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini, anda harus memadam atau melumpuhkan kuki yang dikaitkan dengan tapak web dan platform Pengendali Takaful dengan menukar tetapan pada penyemak imbas anda dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat memasuki bahagian tertentu tapak web atau platform Pengendali Takaful. Ini juga boleh memberi kesan kepada pengalaman pengguna anda semasa berada di tapak web atau platform Pengendali Takaful.

Analisis data, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin boleh digunakan untuk beberapa tujuan yang dinyatakan dalam perenggan di atas.
 

  1. Hak Anda pada Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengakses maklumat peribadi tertentu yang disimpan oleh Pengendali Takaful berdasarkan undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia.

Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi talian bantuan Pengendali Takaful atau melayari Portal Pelanggan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti menghadkan pemprosesan maklumat tertentu, termasuk membatalkan persetujuan untuk menerima maklumat pemasaran, anda boleh menghubungi talian bantuan Pengendali Takaful atau menulis kepada Pengendali Takaful.

Pengendali Takaful boleh mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pemberian akses. Jika anda boleh menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang disimpan oleh Pengendali Takaful adalah tidak tepat, lengkap dan terkini, Pengendali Takaful akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ia tepat, lengkap dan terkini apabila menerima pengesahan atau maklum balas anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan berhubung dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Privasi Pengendali Takaful.

Untuk keterangan lanjut mengenai cara Pengendali Takaful memproses maklumat peribadi anda, sila layari laman sesawang Pengendali Takaful dan baca Piagam Pelanggan dan Dasar Privasi seperti yang dinyatakan di bawah :

Great Eastern Takaful Berhad
Laman Sesawang www.greateasterntakaful.com
Portal Pelanggan https://igetintouch.greateasterntakaful.com
Talian Bantuan Pengendali Takaful 1300-13-8338
Alamat Emel i-greatcare@greateasterntakaful.com
Pegawai Privasi +60342598381

Pengendali Takaful boleh menyemak dan mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan di dalam undang-undang, perubahan amalan perniagaan, prosedur dan struktur Pengendali Takaful dan Great Eastern, serta perubahan di dalam jangkaan privasi komuniti. Sebarang kemas kini dan / atau perubahan pada Notis ini akan dimuat naik di laman sesawang Pengendali Takaful dan anda dinasihatkan merujuk kepada laman sesawang Pengendali Takaful pada bila-bila masa untuk memastikan anda mendapat maklumat jika ada sebarang perubahan.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Sila layari versi Bahasa Inggeris.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo