Great Eastern Takaful Logo
Pilih negara dan bahasa anda
Malaysia (Takaful)
Malaysia
Singapore
Indonesia
Brunei
Great Eastern Takaful Logo

Pengendali Takaful yang bereputasi di Malaysia

Kongsi
GETB telah dianugerahkan dengan Penyedia Takaful Terbaik di Malaysia oleh Global Business Outlook

Perlindungan komprehensif di hujung jari anda!

Tidak dapat kita nafikan, keperluan harian kita kini lebih mudah diuruskan dengan pantas, lancar dan selamat melalui pendigitalan perkhidmatan. Infrastruktur digital juga kini semakin kukuh, seiring dengan perkembangan ekosistem kewangan yang lebih menyeluruh melalui pelbagai platform yang menitikberatkan aspek privasi dan keselamatan data. Dalam era modenisasi ini, sektor kewangan dan pengurusan kesihatan juga tidak terkecuali di mana rakyat Malaysia dapat memanfaatkan kemudahan digital ini dengan yakin.

GETB telah menerima sijil oleh Global Business Outlook untuk Penyedia Takaful Terbaik di Malaysia

Akses perkhidmatan dan penawaran produk Takaful tanpa sempadan

Satu lagi trend semasa yang mula mendapat perhatian ialah inovasi 'Insurtech' atau teknologi insurans dan takaful. Ia termasuklah model perkhidmatan baharu yang lebih moden dan berpotensi mengurangkan jurang perlindungan takaful di kalangan rakyat Malaysia. Great Eastern Takaful Berhad (GETB), yang merupakan sebuah syarikat takaful bereputasi tinggi di Malaysia juga turut bertransformasi dalam usahanya untuk membantu memudahkan urusan para pelanggannya. GETB yang telah dianugerahkan sebagai Penyedia Takaful Terbaik di Malaysia oleh Global Business Outlook ini memainkan peranan penting dalam memperkasakan Insurtech demi capaian peserta takaful yang lebih meluas.

Usaha ini juga sejajar dengan kertas perbincangan mengenai rangka kerja pelesenan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital yang bertujuan untuk menyumbang ke arah pertumbuhan Insurtech yang lebih rancak dan inklusif.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA), industri takaful keluarga kini meningkat sebanyak 16.2%, menyumbang sebanyak RM5.44 bilion berbanding RM4.68 bilion pada tahun 2021. Peningkatan ini sebahagiannya didorong oleh akses mudah yang disediakan oleh operator takaful dalam menawarkan perkhidmatan dan pelan perlindungan secara digital yang boleh dilanggan dengan hanya beberapa klik termasuklah khidmat rundingan jarak jauh serta pengesahan dalam talian.

Kemudahan digital ini memberikan jalan mudah buat para pelanggan untuk mendapatkan perlindungan kesihatan dan kewangan selain mendapatkan informasi produk takaful di mana jua mereka berada. Bukan itu sahaja, perkhidmatan e-pembayaran serta portal pelanggan yang serba lengkap juga dilihat sebagai keperluan digital yang penting untuk memastikan perlindungan yang tidak berterusan untuk mereka dan orang yang tersayang.

Produk kompetetif tarikan utama pelanggan

Akses mudah kepada pelbagai informasi mengenai pelan takaful dalam pasaran dilihat sebagai satu faktor penting yang membantu para pelanggan membuat keputusan sewajarnya mengikut keperluan perlindungan yang sesuai dengan situasi kewangan dan aspirasi hidup mereka. Perkhidmatan digital yang mesra pengguna, unik dan menawarkan pelan perlindungan komprehensif sudah semestinya menarik minat mereka untuk melanggan produk takaful. Mereka boleh membuat perbandingan produk secara mudah dan cepat malah boleh menilai risiko kewangan mereka untuk masa hadapan yang lebih terjamin.

Pelbagai informasi mengenai pengurusan kewangan, pelaburan serta kesihatan seperti perlindungan penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya adalah tersedia untuk para pelanggan. Mereka juga boleh mengakses pelbagai info tambahan serta tips berguna yang membantu mereka dalam memahami keperluan perlindungan mereka dan keluarga. Segalanya kini mudah, hanya di hujung jari!

Lihat pakej-pakej takaful keluarga yang menarik daripada Great Eastern Takaful di sini.

Kembali ke atas
Perlu bantuan?
Great Eastern Takaful Contact Us
Untuk Khidmat Pelanggan
E-mel kepada kami
Kunjungi
kami
Buat tuntutan
Great Eastern Takaful Logo